Bab 1

36.8K 583 24
                                    

Prolog

"Tuannn..."

"Apa?"

"Ini bukan jalan ke pejabat. Awak nak nak bawa saya ke mana ni?"

"Awak ingat tak... Awak selalu tanya, kenapa saya pergi, tapi tak pernah sampai?"

Dahi aku berkerut.

"Saya nak bawa awak ke tempat itulah..."

"Ehhh... Saya ada site meeting hari ini."

"Site meeting dengan sayalah, Cik Ayu."

"Nenda ni!!!"

Tuan Anas ketawa.

Dan motor itu... meluncur laju.

***

Bab 1

Mak demam.

Jarang sekali mak demam teruk macam ini. Selalunya kalau mak demam pun, mak akan pergi kerja. Macam mana pun, dia akan gigih pergi kerja. Tapi kali ini dia angkat bendera putih. Angkat setengah jam saja. Ada hati tu nak pergi kerja juga. Macamlah aku nak bagi. Setakat cuci sikit-sikit tu, aku pun boleh buat. Macam tak biasa. Kerja dekat rumah ni aku yang buat pun.

"Jom kita pi klinik."

"Tak payah. Mak dah makan Panadol."

"Mak kena makan antibiotik. Baru baik, mak oiii."

"Kalau tak baik, baru kita pi. La ni biar mak tidur sekejap. Setengah jam. Mak dah mesej tuan, mak lewat sikit."

Mata aku terbeliak. "Jangan nak mengada-adalah, mak oi... Nak pi kerja macam ni? Elok boleh mop lantai orang tu, dengan mak tersungkur ke lantai."

"Siapa nak bersihkan rumah tuan tu kalau mak sakit? Dia tu bukannya percaya kat orang lain. Kalau seminggu mak sakit, seminggulah tak bersih. Kalau mak tak pi seminggu, mak juga yang kena cover kerja mak tu. Lagi teruk mak ni, Ayu."

Aku terdiam. Degil... Degil sungguh!

"Haih, degil sungguhlah mak ni. Patut orang pun degil. Jangan nak salahkan orang kalau orang tak dengar cakap mak, eh..."

Aku bingkas bangun. Aku letakkan segala ubat dan air di sebelah katil mak. Kemudian aku bersiap. Jean dan T-shirt sudah. Aku capai baju kerja mak. Besar pun besarlah!

Dahi mak berkerut. "Ayu nak ke mana?"

"Rumah Tuan Anas Mikael itulah..."

"Haihhh... Tak payahlah, Ayu. Kerja mak, biarlah mak buat nanti."

"Kerja mak, duk atas katil dan tidur. Lagipun, apa susah sangat nak cuci rumah Tuan Anas Mikael tu? Sama sajakan macam Ayu cuci rumah kita ni?"

"Lain, Ayu!"

"Mak pilih. Nak orang bawa mak pi klinik atau orang pi cuci untuk mak?"

Mak diam.

"Dahlah... Pi tidur. Pandailah Ayu settle."

"Ingat. Jangan berbual dengan dia. Buat macam Ayu tolong mak, lepas tu balik."

Takut sangat mak tu. Macamlah aku tak biasa buat kerja-kerja ni. Takut betul dia dengan Tuan Anas Mikael tu. Nama pun tuan rumah, takkanlah aku nak jadi kaduk naik junjung pula? Taulah aku buat kerja aku. Bukan tak biasa. Bukan susah pun. Setakat buang sampah, lap habuk, mop lantai, sapu sampah... Itu kan kerja-kerja orang kasar macam aku ni.

Tak pernah aku ikut mak pergi kerja. Bukan tak nak ikut, mak yang tak bagi. Mak suruh aku belajar rajin-rajin dan jangan jadi macam dia. Jadi macam dia pun bangga apa. Cari rezeki halal untuk anak tunggal dia selepas tiga tahun ayah meninggal dunia. Masa itu aku baru masuk semester pertama. Ijazah dalam bidang kewangan. Mak tak bagi aku berhenti sehinggalah sekarang, aku dah habis dan sedang mencari kerja.

Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)Where stories live. Discover now