Bab 4

22.8K 294 0
                                    

Banyak kut perbezaan kalau buang satu kosong. Memang taklah aku nak tolak. Sudah pasti aku akan terima punya. Kawan-kawan aku yang grad sama dengan aku pun belum tentu boleh dapat gaji banyak macam tu. Kalau jadi pegawai bank pun dalam dua ribu lima ratus ringgit gitu. Tapi aku boleh dapat sepuluh ribu! Nampaknya, bulan pertama gaji saja dah bolehlah aku beli kereta dan rumah sendiri nanti. Mulalah tu nak berangan.

Tapi...

Untuk mendapatkan gaji sepuluh ribu sebulan tu bukan kerja senang. Bukan hanya menjadi tukang cuci. Sahlah kerja pun kerja yang berharga sepuluh ribu sebulanlah. Tengoklah JD yang diberikan kepada aku. Mak yang baca pun... tak tertelan air liurnya! Mulanya aku pun tak yakin tapi oleh kerana aku tak ada pilihan lain, aku sain sajalah. Boleh ke tak boleh ke... itu belakang kira! Paling teruk pun kena pecat saja. Kalau kena pecat, lebih baiklah! Tak payah kerja dengan Tuan Anas Mikael kekwat meluat tu!

Job Description.

Ayu Maisarah binti Ayman.

Kerja bermula pukul empat pagi, berakhir pada waktu tidak diperlukan.

Aku baca itu saja, aku dah menelan air liur. Empat pagi tu tak apa lagi, tapi berakhir pada waktu tidak diperlukan? Itu memang gila. Aku dapat bayangkan dua puluh empat jam aku akan duduk bersebelahan dengan dia. Mana taknya, kalau tengok senarai JD aku... dah macam kerja jadi isteri dia pula.

1. Jam empat pagi, ketuk pintu bilik. Kejutkan bangun pagi. Sediakan pakaian untuk bersenam.

2. Rumah perlu dibersihkan sebelum jam tujuh pagi. (Sila tengok lampiran.)

Aku buka lampiran. Cadar perlu ditukarkan setiap hari Ahad, setiap lima bilik. Lantai perlu disapu dan mop setiap hari. Susun atur jangan diubah. Kalau senget, sengetlah! Dahi berkerut... Pula?

3. Sarapan perlu disediakan sebelum jam tujuh setengah pagi. (Sila tengok menu di lampiran.)

Menu! Makkk aiii...

Ni semua aku kena masak ke? Apa kejadah? Green Chile Tortilla Scramble? Errr... Pesto Scrambled Eggs? Tak boleh ke roti canai cecah kari?

4. Siapkan baju untuk ke tempat kerja setiap jam lapan pagi. Sila pilih baju mengikut kod. (Sila tengok senarai kod di lampiran.)

Aku selak lampiran. Sekali lagi aku menelan air liur. Sebulan punya senarai. Isnin lain... Rabu lain... Hari-hari lain! Berapa besar mamat tu punya almari baju? Huh!

5. Update semua appointment dengan Kay.

6. Siapkan makan tengah hari sebelum pukul satu petang. (Sila tengok menu di lampiran.)

Menu lagi...

Tak ada maknanya mamat ni makan makanan Melayu! Semua makanan berbelit-belit nak menyebutnya. Dah serupa menonton MasterChef dah! Kalau dah namanya orang kaya berlagak... macam inilah, Ayu oiii... Apalah kau nak harapkan?

7. Hantar dobi, ambil dobi. Baju semua dry clean. Sila susun ikut kod.

8. Sediakan makan petang tepat jam lima petang. (Sila tengok menu di lampiran.)

Kuat betul mamat ni makan. Kali ini makanan untuk minum petang tak panjang. Satu saja. Karipap inti daging cincang dan kentang. Itu sajalah masakan Melayu yang aku tengok. Hemmm... Ada apa dengan karipap inti daging cincang dan kentang ni?

9. Semua kenderaan di basement perlu berjalan dua kali sebulan. Pastikan semua kenderaan mempunyai minyak secukupnya. Jangan lupa untuk cuci dan servis bila tiba masanya. Take note bila kena renew road tax dan insurans. (Senarai ada di lampiran.)

Aku buka lampiran. Kenyang telan air liur sendiri! Sepuluh buah kereta dan lima buah motor berkuasa besar... Gila!

10. Bersihkan set golf setiap kali selepas permainan.

11. Makan malam pukul tujuh malam. Segelas susu dan sekeping biskut oat.

12. Pastikan rumah berkunci dan alarm on sebelum tidur.

13. Kerja-kerja adhoc lain.

Huh!

Nampak macam sikit. Nampak macam senang. Tapi, aku rasa sangat sibuk. Setiap jam ada saja kerjanya. Nombor tiga belas tu paling nayalah. Seram pula apabila aku fikirkan hari esok!

Tapi, sepuluh ribu punya pasal...

"Kenapa? Kalau awak rasa waswas, saya boleh saja kurangkan satu kosong!"

"Tak baik kalau dah bagi, tarik balik. Buruk siku kepala lutut namanya!"

Tuan Anas Mikael serius saja memandang aku. Dia langsung tak senyum. Sikit pun tak ada. Aku dengar dia gelak pun dari walkie-talkie tu. Itupun aku tak yakin dia yang gelak. Mungkin dia suruh sesiapa menyamar. Boleh ke dia gelak kalau dia serius saja macam ni? Tangannya asyik berpeluk tubuh. Bererti dia ialah seorang yang sangat kejam. Orang yang suka berpeluk tubuh ni orang yang tak ada keyakinan diri. Tapi mata redup dan tajam memandang dengan kening lebat dan tersusun. Buat lagi seram! Tapi setakat dia ni... apa ada hal? Aku lagi takut Tuhan!

"Jangan lupa buat full medical check up selepas ini sebelum dia sain surat ni, Kay. Takut kita lantik orang kepala otak tak betul buat kerja! Jangan buat rugi 0.0001 peratus duit saya!"

"Kalau saya tak betul pun, bukan kerana dilahirkan tak betul. Tapi ditakdirkan berjumpa dengan tuan," bebel aku perlahan.

"Apa awak cakap?"

"Terima kasih tuan sebab bagi saya kerja."

Aku pusing. Heh... Mampuih kalau dia dengar!

"Dalam rumah ni ada banyak CCTV. Kalau awak buat macam-macam, Cik Ayu... Awak tahulah nasib awak. Pergi buat medical check up. Kalau approved, sila sain surat itu. Pindah masuk hari ini juga dan bersedia untuk bayar hutang awak esok!"

Keras arahan Tuan Anas Mikael. Jadi, tadi Kay bawa aku pergi klinik dan buat pemeriksaan kesihatan. Aku lulus dengan cemerlang dan bolehlah Tuan Anas Mikael tu nak belasah tulang empat kerat aku yang terlebih kalsium ni.

"Tuan Anas tu baik orangnya."

"Ada CCTV ke dalam kereta ni, Kay?"

Kay ketawa. "Saya memuji bukan sebab saya nak gaji lebih. Tapi dia memang seorang majikan yang baik hati. Dia prihatin dengan kesihatan Cik Su. Itu sebab dia suruh Cik Su buat kerja ringan-ringan saja. Kalau tak siap pukul sepuluh pagi, rehat, pukul dua belas tengah hari buat pula."

Aku terdiam.

Yalah tu. Baik ada maknaaa...

Akhirnya, aku dan mak aku pindah juga ke rumah Tuan Anas. Mak... seronok. Rumah yang aku dan mak duduk itu memang bersambung dengan rumah Tuan Anas. Bahagian dapur ke dapur. Agak besar juga. Cukuplah aku dengan mak. Rumah sedia ada yang aku dan mak tinggal pun rumah sewa saja. Tak apalah. Nanti gaji, kumpul-kumpul, aku beli rumah untuk mak.

"Tidurlah. Esok nak bangun pukul empat pagi."

Mak menguak pintu bilik aku.

"Hemmm..."

Aku masih melipat baju kemudian masukkan ke dalam almari. Aku baru selesai membaca senarai kerja itu sekali lagi. Sajalah... Sambil lipat baju, sambil rancang apa yang aku nak buat esok. Aku memang suka merancang dulu. Jadi, tak adalah kelam-kabut dan tak yakin dalam menyiapkan kerja.

"Kerja elok-elok, Ayu. Jangan sia-siakan peluang ni. Walaupun kerjanya renyah, setimpallah dengan apa yang Ayu dapat."

"Orang kaya, mak... Kalau tak dapat nak belit, bukan orang kayalah, mak. Tapi kalau orang beriman, maaf itu sudah cukup. Orang yang memberi maaf itu bukan saja menghapuskan dosa, tapi memudahkan jalan ke syurga tau!"

Mak senyum. "Jadi... anak mak kenalah mula dulu. Maafkanlah dia!"

Memang taklah!!!

Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)Where stories live. Discover now