Bab 6

16.9K 279 0
                                    

Aku cepat-cepat masuk ke rumah aku. Nak bersiap. Tuan Anas suruh aku ikut dia ke pejabat. Hantar dia katanya. Drebar yang sepatutnya ambil dia tu MC pula. Aku anggukan saja. Biasalah, kerja sampingan.

Masuk saja rumah, mak terus tanya kerja aku macam mana? Boleh buat ke? Aku pun mulalah cerita hal tadi. Mak ketawa mengekek-ngekek. Nasib baik dia berpangkat mak. Kalau dia mak cik jiran sebelah rumah aku, memang aku dah belasah! Ada ke patut gelakkan anak sendiri?

"Itulah, confident sangat..."

"Selama ni orang masak mak telan saja."

"Takkanlah nak membazir? Anak mak nak memasak, dah cukup bagus. Sedap ke tak sedap, belakang kiralah."

"Sikap mak itulah buat orang confident yang orang ni pandai masak. Rupa-rupanya telur goreng pun tak pass!"

Ketawa mak lagi besar. Sama besarnya dengan ketawa Tuan Anas. Nampaknya, tipislah nak merasa sepuluh ribu duk dalam akaun. Haih, tak boleh mengalah, Ayu. Kau kena berusaha! Mana boleh bagi Tuan Anas tu menang!

"Selalunya pagi-pagi lagi restoran kegemaran dia tu akan datang hantar makanan. Dapur tu tak pernah digunakan pun. Mak pun bawa bekal saja dari rumah. Lagipun tengah hari dia jarang balik. Malam pula makan sekeping biskut saja. Kenapa pula sekarang semuanya dia suruh Ayu pula?"

"Mak ni..."

"Apa? Nak sediakan kamu sebagai bakal bini dia kut, Ayu?"

"Eh, eh... Mak ni. Bukan orang ni tak standard jadi isteri dia, dia tu tak standard jadi suami orang!"

"Perasan!"

"Mak tu yang perasan dan fikir yang bukan-bukan. Dia tu tak puas hati dengan orang. Nak balas dendam. Biasalah... Orang kaya, kan! Macamlah mak tak tahu. Keluarga ayah pun daripada golongan ini juga, kan? Mak pun dah biasa kena, mak tahulah!"

"Dah, tak payah nak ungkit-ungkit kisah lama tu! Biarlah, arwah ayah pun dah meninggal. Mereka tu tak ada kena-mengena dah dengan kita."

Aku diam. Mak cukup marah kalau aku sebut-sebut hal keluarga ayah. Sampai arwah ayah meninggal pun mereka tak nak mengaku ayah merupakan darah daging mereka kerana ayah berkahwin dengan perempuan bukan pilihan mereka. Macamlah darah mereka tu diperbuat daripada emas!

Ada aku kesah ke?

Tak kaya pun tak apalah... Gaji sepuluh ribu juga!

"Alamakkk!!!"

"Apaaa... Apa?" Mak terkejut melihat aku sudah menggelabah. Sebut saja sepuluh ribu, terlintas wajah serius Tuan Anas! Teringat terus kerja seterusnya yang perlu aku buat!

"Orang tak siap lagi. Tuan nak pergi kerja. Orang nak kena hantar tuan sebab drebar dia MC. Itulah, berbual-bual dengan mak, orang jadi tak fokus. Mak ni... Kacau konsentrasi!"

"Mak pula yang dipersalahkan. Dia yang balik ajak kita bersembang..."

"Mak yang tanya siapa suruh? Orang balik nak mandi, nak hantar tuan pi pejabat."

Aku capai tuala lantas menuju ke bilik air.

"Eh, Ayu... Kamu nak hantar pi pejabat naik apa ni?"

"Motorlah. Orang mana ada lesen kereta!"

Aku cepat-cepat masuk ke bilik air. Baru aku terfikir. Haah... Beria-ia Tuan Anas suruh aku bawa jalan kereta-kereta dia, dia tak pernah tanya aku ada lesen ke dak. Aku pula tak ada nak buka mulut kata aku tak ada lesen. Ini... nak pi ke pejabat naik motor... boleh ke? Takkanlah Tuan Anas pula yang bawa kereta, aku duduk sebelah pula!

Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)Where stories live. Discover now