Mentari sembunyi di balik joon,
Hingga titis berkilau turun dibawa malaikat,
Kudrat tua pun dipaksa-paksa,
Tiba-tiba kakinya tersadung,
Lalu batiknya terselak,
Nyata kuping melata di betis,
Melihat anaknya di sana,
Langsung terlupa pedihnya luka.
Anaknya tidak pula malu,
Punya ibu kaki berkudis,
Kerana kudis-kudisnya tercacah indah,
Menjadi tatu halal,
berbentuk syurga.
-Eliyyah, 20 Ogos 2013
![](https://img.wattpad.com/cover/46982052-288-k220504.jpg)
YOU ARE READING
Debunga Terbang
PoetryHayat di dalam jasad cuma dilingkungi angka seratus. Seratus tahun dahulu, jasad belum maujud dan seratus tahun akan datang, jasad juga tidak akan maujud. Debunga Terbang ialah kumpulan puisi yang dikarang saban hayat untuk didendangkan di dalam hat...