Bila dia ngomong,
lagaknya persis Tuhan,
Boleh buatmu lupa siang maupun malam,
Wahyunya mendesak berhenti berlari,
Lalu segera terjun ke dalam cerun,
Sambil lidah basah menyebut namanya,
menghembuskan nafasnya.
Bila kaki mencecah dasar,
Saat jasad terburai,
Dan roh melafazkan cerai,
Baru kau mengerti,
Bahwa ia bukan suara Tuhan.
Kerana zikirmu membawamu kepada sembahanmu,
Maka bahagialah Sang Iblis,
Kerana ia punya teman,
Untuk bersenggama di dalam neraka.
-Eliyyah, 20 Ogos 2013
ВЫ ЧИТАЕТЕ
Debunga Terbang
ПоэзияHayat di dalam jasad cuma dilingkungi angka seratus. Seratus tahun dahulu, jasad belum maujud dan seratus tahun akan datang, jasad juga tidak akan maujud. Debunga Terbang ialah kumpulan puisi yang dikarang saban hayat untuk didendangkan di dalam hat...