Part 1

1.4K 48 11
                                    

Skrin komputer riba aku tatap lama. Jari-jemari masih lagi keras kaku di atas papan kekunci. Belum bersedia untuk beraksi. Otak blur menyebabkan idea di dalam kepala tidak serasi dengan jari.

Sudah 30 minit aku duduk mengadap skrin komputer namun tiada satu patah perkataan pun aku taip. Aku lebih banyak berfikir - fikiran kusut.

"Kalau kau tenung skrin tu lama-lama pun tak akan mampu ubah apa-apa. Komputer kau tu tak akan menaip dengan sendiri" Kata kawan aku, Ville Valo. Mungkin dia sudah bosan perhatikan aku dari terus mengadap depan komputer riba tetapi tidak menaip sepatah kata.

"Aku tak ada idea" Aku jawab ringkas.

"Kau taip je apa kau nak taip. Tak payah fikir sangat apa yang kau nak taip, biarkan jari kau dan otak kau selari. Kalau kau terus fikir apa yang kau nak taip, sampai bila-bila pun kau akan tak dapat idea"

"Tapi aku tak tahu nak taip apa. Otak aku blur"

Ville Valo mengeluh. Kotak rokok Pall Mall aku yang berada di atas meja diambil lalu dikeluarkan sebatang dan membakarnya tanpa meminta izin dari aku.

Dalam 3 kali sedutan, asap rokok yang dihembus Ville Valo memenuhi ruang dalam ruang. Kipas yang berputar pada kelajuan 3 tidak mampu menghalau asap rokok dari terus mencemar udara.

"Kau mengalami writers block ?" Ville Valo bertanya.

"Tak. Aku tak mengalami writers block. Ayat writers block tu digunakan bila seseorang tu sedang menulis dan secara tiba-tiba ideanya hilang. Jika seseorang itu belum sepatah kata seperti keadaan aku sekarang, ia tak dipanggil writers block" Aku jawab tanpa memandang ke arah Ville Valo. Di skrin komputer riba, aku tulis 'Skizo'.

Viile Valo diam berbaring di atas sofa. Keadaan di ruang tamu itu hanya bertemankan suara pembaca berita di kaca tv dan diselang-selikan dengan bunyi bilah kipas membelah udara.

Di kaca tv, seorang pembaca berita wanita bercakap tentang satu kes pembunuhan - suami bunuh isteri sendiri kerana cemburu. Dari apa yang diperkatakan oleh pembaca berita itu, si suami cemburu pada isterinya kerana si isteri keluar makan bersama teman sekerja si isteri.

Merasa curiga dengan si isteri, si suami memaksa isterinya mengaku akan hal itu. Dan bila si isteri mengaku yang dirinya hanya keluar makan tanpa menjalinkan apa-apa hubungan sulit atau curang, si suami tidak mempercayainya lalu dirodok perut isterinya beberapa kali dengan sebilah pisau rambo.

"Manusia sekarang dah gila. Ayah perempuan tu bukan main susah jaga anak perempuan dia dari kecil sampai besar, ditatangnya bagai air sirap yang penuh di dalam cawan, diberikan kasih sayang seeloknya tapi bila si lelaki tu ambil tanggunjawab dari ayah perempuan tu, senang-senang dia bunuh. Akad nikah tu bukan satu lesen untuk menganiaya orang perempuan sesuka hati" Ville Valo bercakap dengan mata masih lagi tertancap pada tv. Sesekali kepalanya menggeleng.

Aku diam tidak memberi sebarang respon namun di dalam hati, aku merasa sedikit kagum dengan pendirian Ville Valo. Aku bersetuju dengan pendapat Ville Valo - wanita itu tidak perlu dilindungi jika lelaki pandai menghargai.

"Antara binatang, Ibilis dan manusia, aku lebih bimbangkan manusia. Binatang memang tetap jadi binatang dan Iblis tetap menjadi Iblis. Manusia ini boleh berubah dalam sekelip mata bila masa dan keadaan memaksa, berubah menjadi binatang, berubah menjadi Iblis. Jadi Tuhan pun boleh" Ville Valo menambah.

Aku pandang Ville Valo.

"Kau gila ? Manusia tak boleh jadi Tuhan sebab kita sebagai manusia, kita tak boleh miliki semua perkara" Aku bidas Ville Valo.

Ville Valo mengalih pandangannya dari terus menonton tv. Dia pandang aku sambil tersenyum.

"Kau tengok Ayah Pin, senang-senang dia mengaku diri dia Tuhan. Lelaki yang bunuh isteri dalam berita tadi, dia pun ambil kerja Tuhan. Kalau tidak, mustahil dia boleh ambil nyawa isteri dia sendiri. Hidup dan mati seseorang bukan manusia yang tentukan" Ville Valo jawab sinis.

Di hadapan skrin komputer riba yang tertaip Skizo, aku kehilangan kata-kata. Otak aku ligat berfikir.

SkizoWhere stories live. Discover now