Part 3

908 35 19
                                    

"Kau ikat tali tu kuat-kuat" Aku pesan pada Ville Valo. Tangan aku tepat ditujukan pada kipas tidak berpusing di syiling.

Ville Valo yang sedang berdiri di atas kerusi hanya diam tidak berkata apa-apa. Mukanya ketat. Tangannya hanya buat seperti apa aku suruh - mengikat tali pada kipas untuk dijadikan tali gantung.

Jika diikutkan Ville Valo, memang dia mahu mengikat tali dengan cara terapung di udara menggunakan sayap kecilnya namun aku membantah cadangan itu. Sengaja aku menyuruhnya mengikat tali dengan berdiri atas kerusi supaya dia dapat merasai kegigihan dan nikmat orang membunuh dirinya sendiri.

Pada mulanya Ville Valo memang tidak bersetuju dengan cadangan bunuh diri seperti yang aku cadangkan tadi namun setelah aku berjaya menyakinkannya, dia bersetuju tanpa sebarang syarat. Mungkin kerana dia mahu menolong aku menyiapkan cerita ini.

"Kau pasti ke tak menyakitkan ?" Ville Valo bertanya tanpa memandang ke arah aku.

"Tak tahu. Aku tak pernah pernah mati dan aku tak tahu macam mana rasanya nyawa ditarik malaikat" Aku jawab jujur. Asap rokok dihembus.

Ville Valo diam. 

Ville Valo terus mengikat tali pada kipas di syiling dan setelah dia yakin ikatan itu kuat dan kukuh, dia simpulkan tali menjadi satu bulatan di hujungnya seperti yang aku katakan. 

Caranya kematiannya mudah. Kedua-dua tangan Ville Valo aku akan ikat ke belakang badannya dan dia perlu berdiri di atas sebuah kerusi selepas bulatan tali itu dimasukkan ke dalam kepalanya dan aku akan menarik kerusi itu agar dia jatuh tergantung dan bulatan tali itu nanti akan terus menjerut lehernya.

"Siap" Ville Valo turun dari kerusi.

Aku senyum. Ville Valo datang dan duduk di atas sofa bertentangan dengan aku. Gelas yang masih terisi wain Streaming Eagle Carbenat yang berada di atas meja di tengah-tengah antara aku dan Ville Valo, aku ambil dan hulurkan padanya. 

"Minum" Aku dan Ville Valo saling mempelawa. Gelas dilagakan seperti ahli korporat meraikan kejayaan besar.

Ville Valo menyandar sebaik saja menghabiskan segelas wain. Dibakar sebatang rokok dan dihisap dalam-dalam. Wajahnya tetap tenang walaupun kematian akan datang menjemput sebentar lagi. 

Komputer riba di atas meja aku biarkan menyala. Aku tiada idea hendak menaip. Sesekali aku memandang ke arah tali yang tergantung pada kipas dan kemudiannya memandang Ville Valo

"Pukul berapa nak buat ?" Ville Valo bertanya.

"Bila kau dah bersedia" Aku jawab.

"Bila aku mati nanti, mayat aku macam mana ? Kau nak bakar atau tanam ?" 

Aku gelak mendengar soalan Ville Valo. Aku biarkan soalan itu tidak berjawab.

"Kau dah sedia ?" Aku tanya.

Ville Valo angguk. Botol wain di atas meja dicapai lalu terus diteguk rakus. Sedikit wain meleleh keluar dari mulutnya.

"Jom" Katanya.

Aku bingkas bangun dan terus mencapai tali yang berada di bawah sofa.

"Kau pusing. Aku nak ikat tangan dan sayap kau" Aku menyuruh Viile Valo pusing ke belakang supaya aku dapat mengikat tangan dan sayapnya.

"Kenapa kau nak ikat tangan dan sayap aku ?" Ville Valo minta kepastian.

"Sebab aku nak tolong kurangkan kesakitan kau dari terus menggelupur. Kalau aku tak ikat tangan dan sayap kau, bila-bila masa je kau boleh guna tangan kau dari berpaut pada tali dan kau dapat gunakan sayap kau untuk terus terapung di udara. Jadi, untuk pastikan perkara ni berjalan lancar, aku kena ikat tangan dan sayap kau. Faham ?" Aku terang panjang lebar.

Ville Valo angguk tanda faham dengan penjelasan aku. Badan di pusing ke belakang dan aku terus mengikat kedua-dua tangan dan sayap kecilnya dengan kemas. Bulu sayapnya yang putih seperti kain kapan sedikit tercarik akibat diikat dengan kemas.

Setelah aku yakin dengan ikatan aku, aku menolong Ville Valo naik berdiri di atas kerusi. Kemudiannya aku ambil sebuah lagi kerusi dan letakkan di hadapan Ville Valo. Aku naik ke atas kerusi dan memasukkan bulatan tali yang dibuat Ville Valo tadi ke lehernya.

Aku turun dari kerusi. Dari bawah aku cuma tersenyum memandang ke arah Ville Valo yang berdiri tegak di atas kerusi dan dia membalas senyuman aku dengan juga satu senyuman. 

"Kau ada nak cakap apa-apa ?" Kerusi dibawah kaki Ville Valo aku pegang erat. Bersedia untuk ditarik.

"Aku cuma nak tahu, aku nak jawapan yang jujur dari kau. Kenapa kau suruh aku bunuh diri ? Soal Ville Valo entah ke berapa kali.

"Hihihi. Aku nak buktikan sesuatu pada kau" 

Aku terus menarik kerusi yang berada di bawah kaki Ville Valo tanpa menunggu reaksi seterusnya. Tali di leher terus menjerut lehernya dan Ville Valo mengelupur bagai ayam disembelih.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SkizoWhere stories live. Discover now