Prolog

7.9K 257 5
                                    

Aku seorang yang penuh dengan rahsia kerana aku tidak memiliki sahabat yang boleh aku percayai selepas dia pergi jauh daripada aku, bukan kerana marah tetapi kerana kami belajar di tempat yang berbeza kini. Aku sendirian memerhati suasana alam yang berbeza dengan dirinya yang berada jauh dari mataku.

Aku mencipta sebuah buku diari yang memampatkan beberapa buah kisah yang aku alami dan adanya dari sudut pengalaman insan yang lainnya. Namaku Disyalina Yaniz atau dikenali sebagai Disya, seorang mahasiswi yang baru mengorak langkah menuju ke alam dewasa.

Tatkala buku dibuka, aku mula menulis tentang kisah-kisah yang mengerikan dan agak nyata untuk difikirkan. Perkara tersebut bermula di sini, aku namakan tajuknya ialah MISTERI.


Apa khabar semua? Ini ialah mampatan kisah-kisah yang mungkin benar. Pertama kali saya paparkan kisah-kisah ini. Harap kalian dapat menghayatinya dengan nyata.

-Mizuki_Anazuki-

Diari PuakaWhere stories live. Discover now