Kisah 7 : Jiwaku Dibunuhnya

2K 79 19
                                    

Aku bagaikan tidak bernyawa tatkala bertemu dengannya. Hati aku sakit, remuk dan terbakar kerana dia. Jiwa aku rasa seperti direntap kuat sehingga separuh nyawa. Sangat sakit tidak terkata. Dia masih boleh ketawa ketika melihat aku menderita. Sungguh kejamnya dia. Dalam diam hatinya berbicara, "Aku yang berkuasa. Kau tiada hak untuk pertikaikannya."

Kemarahan aku mula membara apabila mendengarnya. Bahang terasa pada badan ini walaupun sepuluh kali aku mandi. Kepala ini terasa sakit ketika memikirkan kata-katanya. Hati ini panas kerana dia. Hal ini kerana aku boleh baca fikirannya yang kejam itu.

Dia telah memakan kepercayaan aku terhadapnya sehingga membuatkan aku membencinya. Bagi aku dirinya sangat kejam jika melayani aku sedemikian. Hal ini demikian kerana aku masih menganggap dia rakan. Tapi jika dia mahu melihat kemarahan aku, silakan. Aku sudah bersedia untuk tunjukkan betapa kejamnya aku sebenarnya.

Sayang sekali, wajah tampak suci tapi hati kotor macam longkang. Tiada disiplin, tiada tanggungjawab, tidak amanah dan tidak jujur. Itukah diri sebenar seorang gadis yang kelihatan suci ini. Bagi aku dia ialah gadis yang kotor jiwanya.

"Kau perlu habiskan dia secepat mungkin," bisikan syaitan kedengaran pada telinga kiri aku.

"Belum tiba masanya lagi. Aku akan bermula secara perlahan-lahan. Dari sudut mental," ketika ini aku melihat ke arah cermin pintu pusat karate yang berada di hadapan aku.

"Masa untuk lepaskan tekanan," ujarku bersemangat. Pintu dibuka, setapak aku melangkah masuk ke dalamnya. Banyak mata melihat ke arahku. Masing-masing kelihatan gerun.

"Zack, kau nampak panas je hari ini. Apa hal?" Soal rakan aku, Melina. Dia pernah menjuarai pertandingan karate peringkat negeri pada minggu lepas.

"Kau rasa apa?" Aku sengaja tidak menjawabnya sebaliknya aku pula yang menyoalnya.

"Budak tu lagi ke? Kau terlalu berlembut sebab itu dia naik lemak," bengangnya.

"Sekejam-kejam aku ni, aku masih ada hati dan perasaan sebab itu aku beri dia peluang..... TERAKHIR," memang api membara ketika berbicara tentang itu.

"Kau tak kejam tapi berani," pujinya yang selalu mendorong aku untuk berusaha.

"Zakiah!" Panggil seorang lelaki yang sangat aku kenali, Cikgu Hamdan. Aku berpaling melihatnya.

"Zakiah, pergi berlatih di sana sendirian. Lepaskan stress kamu dulu sebelum berlatih," nasihatnya sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah sebuah bilik yang berada tidak jauh dari kawasan itu.

"Baiklah," aku akur dengan arahannya lalu menuju ke sana.

"Cikgu, saya risaukan dia," ujar Melina. Aku mendengarnya dalam perjalanan ke sana.

"Berani betul budak tu cari pasal dengan Zakiah," keluhan Cikgu Hamdan kedengaran berat.

Segala kemarahan aku dilepaskan kepada patung-patung getah yang terdapat di dalam bilik itu sehingga tiga daripada sepuluh patung-patung di situ rosak teruk dan ada yang hancur. Mereka yang melihatnya dari luar tergamam temasuklah Cikgu Hamdan.

"Dah berapa lama kamu pendamkan semua ini sendirian?" Soalnya seraya memasuki bilik itu.

"Lima bulan. Cikgu rasa?" Pandangan tajam ditujukan kepadanya tanpa disengajakan.

"Patutlah kamu selalu ponteng kelas......" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya aku mencelah.

"Sebab saya tak nak libatkan orang lain dalam kemarahan saya. Saya minta maaf kerana telah menyusahkan cikgu selama ini."

Aku mengatur langkah dan berselisihan dengannya. "Terlalu baik dengan orang pun tidak berbaloi sebab kita akan dipijak nanti," nasihatnya.

"Saya tahu. Tapi buat masa sekarang ni saya serahkan segalanya kepada takdir Yang Maha Esa," ujarku.

"Syukurlah kalau macam tu. Jangan bertindak melulu. Ingat!"

"Ya," aku berlalu pergi meninggalkan pusat latihan itu.

*****

Panas tidak terhingga buatkan aku rasa sakit sehingga aku boleh melihat sesuatu yang tidak sepatutnya. Fikiran aku bercelaru, jiwa aku berapi. Jari-jemari mengepal-ngepal penumbuk yang paling dalam sehingga menampakkan urat-urat tangan.

Aku marah kepada dia lagi kerana dia sudah ganggu hak aku, hal peribadi aku. Nyata dalam hatinya, "Kau cuma bahan untuk dipergunakan saja."

Tapi kau silap, tidak semudah itu aku tunduk kepada kau. Segalanya bakal berakhir dalam masa yang singkat. Aku sudah lama tidak jadi singa buas. Sekarang kau yang cabar aku jadi.....

"Kau dah buat aku marah. Kau tahu tak?" Aku menyatakannya di hadapan dia kerana aku sudah tidak tahan memendam kemarahan ini.

"Tak tahu," sengaja buat muka pelik yang hodoh.

"Aku berbaik dengan kau sebab aku nak berkawan tapi....... kau dah buat aku hilang kepercayaan kepada kau," nada ditinggikan kerana geram.

"Nak marah sebab apa?"

"Sebab kau penipu, tidak amanah, keji, dan yang paling penting tidak berwawasan," kutuk aku.

"Berani kau cakap macam tu," geramnya.

"Aku berani sebab aku ada bukti. Kalau aku cakap perkara yang benar, kau akan terima balanya nanti. Aku tak nak jadi hakim sendiri. Biar Yang Berkuasa tentukan hukumannya. Aku tak nak tengok lagi muka kau. Buat semak je," aku berlalu pergi meninggalkannya di taman itu.

"Tak guna," gumamnya. Aku dengar itu.

*****

Sudah aku katakan kepada dia sebelum ini. Kalau kata-kata aku benar, maka dia akan terseksa. Aku hanya tersenyum puas kerana doa aku dimakbulkan. Dia telah berhadapan dengan pelbagai masalah dan hampir meragut nyawanya dalam masa seminggu ini.

Kau anggaplah itu satu amaran untuk kau. Kalau kau tidak berubah lagi, tanggunglah sendiri. Kau yang berani cari pasal dengan aku, siapa suruh. Aku tidak suka marah dan membenci kerana ini, balasan kemarahan aku dibayar tunai di atas muka bumi ini. Hal ini demikian kerana aku serahkan segala kesakitan dalam hati ini kepada-Nya. Aku tidak mahu kotorkan tangan sendiri kerana bisikan syaitan yang menarik aku ke neraka Jahanam.

Diari PuakaWhere stories live. Discover now