Bab 3

2.4K 83 0
                                    

BAB 3

"ADIK, Iman nak pakai lappy boleh?" Aiman menelefon Zara untuk meminjam komputer riba adiknya. Dia benar-benar terdesak. Banyak assignment yang perlu disiapkan. Banyak juga kerja yang masih tergendala. Ini semua gara-gara dia terlalu aktif bersukan.

Laptopnya pula waktu inilah nak rosak. Macam dah tak ada waktu lain! Zara mencebir. Bila nak minta pertolongan, baru nak panggil dia adik? Bila di hadapan kawan-kawan pula, Zara-Iman. Manalah orang tak fikir bukan-bukan? Jatuh market aku. Zara mendengus.

"Lah, Iman nak buat apa dengan laptop Zara?" soal Zara menggumam geram.

Mana boleh? Dia mana pernah berpisah dengan komputer ribanya selama ini. Buat apa dia berpenat lelah bekerja di kedai makan di kawasan perumahannya selama beberapa bulan semata-mata untuk membeli komputer riba itu jika akhirnya jatuh ke tangan Aiman? Bagaimana dia hendak menonton drama Hawai Five O selepas ini? Bagaimana dengan cerita-cerita hindustan yang masih belum ditonton itu?

"Iman nak buat kerjalah. Assignment berlambak. Nanti kena buat report lagi. Minggu depan dah nak kena hantar assignment tu semua. Slide show untuk presentation pun belum buat satu habuk lagi ni. Bolehlah dik? Bolehlah eh? Bolehlah, bolehlah, bolehlah eh?" soal Aiman memujuk. Zara berfikir-fikir sebelum memberi jawapan. Ah! Aiman ingat dia gila ke? Bukankah Aiman sudah ada komputer riba sendiri?

"Jangan nak mengada ek. Mana perginya lappy Iman?" soal Zara merengus.

"Lappy Iman dah kena histeria baru-baru ni. Iman hantar kat 'ustaz' suruh buang 'hantu-hantu' tu. Sebab itulah Iman nak pinjam lappy Zara. Kalau tak, Iman lagi selesa guna lappy Iman." Aiman menjawab selamba. Zara menahan senyum. Perumpamaan yang dahsyat.

"Histerialah sangat! Hantar kedailah tu! Masuk virus?" soal Zara.

"Hmm..." Aiman menyahut.

"Hiss! Lappy Iman tu kan baru lagi beli? Takkanlah dah masuk virus. Iman dah masukkan apa dalam lappy tu? Sampai histeria dia. Kasihan betul kat lappy dapat tuan yang bela hantu macam Iman ni." bebel Zara geram.

"Lelaki kan... masuk apa lagi agak-agak Zara?!" soal Aiman selamba. Zara menjelirkan lidahnya. Geli sungguh! Adalah 'bendanya' tu. His! Tak senonoh punya abang.

"Euww!" Zara menggeliat kegelian. Aiman tergelak kuat.

"Yang fikir benda bukan-bukan tu pasal apa? Iman masukkan macam-macam softwarelah. Video editor, photoshop segala benda. Berat lappy Iman. Semua kena format semula. Sedih tau dak?!" Aiman membebel. Zara ketap bibir. Mana dia tahu? Dah Aiman kata, lelaki kan? Jadi dia boleh fikir apa?

"Nanti eloklah tu." Zara masih berat hati hendak melepaskan komputer ribanya ke tangan Aiman. Entah Aiman boleh jaga entahkan tidak. Jangan-jangan komputer ribanya bakal histeria sama!

"Alah bagilah Iman. Please? Iman perlukan laptop tu lebih dari Zara perlukannya. Percayalah cakap Iman ni, dik. Nanti dah siap buang histeria tu, Iman bagi adik guna seminggu. Lepas tu, Iman download cerita-cerita kartun semua untuk Zara. Cerita Usop Sontorian dengan Totally Spies eh?" Aiman mengumpan si adik. Zara seperti tertarik dengan tawaran Aiman itu. Lama dia terdiam. Seperti termakan dengan umpan Aiman.

Something StupidWhere stories live. Discover now