Bab 4

2.2K 65 0
                                    

BAB 4

"IMAN, temankan Zara pergi jogging, jom?" ajak Zara. Dia mahu berjoging kerana pahanya sudah membesar sehingga seluarnya yang bersaiz dua puluh tujuh itu sudah tidak muat lagi! kebanyakannya ketat! Itu membimbangkannya.

"Iman ada kerja yang nak kena siapkan ni. Mana kawan-kawan Zara?" soal Aiman di dalam talian. Zara mendengus. Kalau dia sudah mempunyai kawan untuk menemaninya, buat apa dia minta Aiman untuk temankan dia?

"Alah, diorang semua tak nak berjoging dengan Zara sebab kata diorang, Zara selalu pecut tinggalkan diorang." kata Zara seakan-akan berjauh hati dengan kawan-kawannya.

Yalah! Dah namanya berjoging! Mestilah berlari perlahan begitu. Bukannya berjalan. Kawan-kawan dia pula sibuk melenggang kangkung di sekitar UiTM itu. Bertambah lenggang apabila melewati padang ragbi. Tahulah tumpuan siapa yang cuba dicuri mereka. Pantang nampak abang senior yang kacak-kacak sedang beriadah sama, mulalah mereka membaiki tudung. Hembus atas tepi. Berjalan pun bukan main gemalai lagi. Huh! Tak ada kerja!

"Iman ada kerjalah, Zara. Sorry. Dah dekat nak submit ni." Aiman bersuara serba-salah. Zara mengeluh hampa.

"Alah, bolehlah, bolehlah, bolehlah..." pujuk Zara lagi. Dia pasti akan kesunyian nanti. Kalau tidak memikirkan yang dia hendak mengurangkan lemak di pahanya, sudah tentu dia batalkan sahaja hasrat untuk berjoging itu.

"Alah, tangan Iman ni baru lagi baik." kata Aiman lagi. Mencari alasan.

"Hm, yang nak berlari tu nanti, kaki ke tangan?" sindir Zara geram. Aiman tergelak di hujung talian. Tahu adiknya sudah naik marah.

"Hisy! Kakilah. Iman ada kerja lagi ni." ujar Aiman berlembut. Belum pernah dia menolak pelawaan adiknya tetapi pada hari itu, dia benar-benar terpaksa. Dia ada kerja yang hendak dibereskan. Kerja itu pula yang menentukan carry mark dia nanti. Sebolehnya, dia mahu mencapai carry mark tertinggi bagi membolehkan dia untuk mendapat dekan.

"Tak apalah kalau macam tu, Zara pergi seorang ajelah nampaknya." sayu sahaja suara si adik. Talian dimatikan tanda memprotes.

Zara mencapai earphone lalu disumbat ke dalam telinga dan memegang kemas telefon bimbitnya. Sejurus selepas itu, larian bermula. Lagu dipasang sekuat hati. Pedulilah kalau ada yang ingin menguratnya atau apa? Dia tidak mahu melayan. UiTM Jengka harus ditawaf sebanyak dua atau tiga kali pada setiap hari mulai pada hari ini.

Bermula di padang ragbi, Zara berlari dengan konsisten melalui blok kolej ijazah di mana abangnya tinggal dan kemudian dia berlari sehingga ke bangunan yang berwarna ungu dikenali sebagai bangunan Fast Track yang berada agak jauh dari tempatnya bermula tadi. Mungkin dalam tiga empat ratus meter jaraknya. Di Fast Track, dia berehat sebentar di pondok bas akibat rasa mengah. Sudah lama dia tidak berjoging. Harus mati semput kalau dia menyambung lariannya tanpa berehat tadi.

Setelah hampir lima minit dia berdiri di tempat hentian bas itu, dia melangkah semula dengan penuh semangat untuk menawaf bangunan UiTM itu. Lagu Destiny Childs yang bertajuk Survivor dipasang sekuat hati lantas dia berlari mengikut rentak itu. Terasa bersemangat!

Tiba-tiba tubuhnya dihimpit oleh sekumpulan lelaki sehingga menyebabkan dia terkeluar dari garisan jalan dan hampir terjatuh ke dalam lopak air. Mujur saja dia sempat mengimbang badan dan menarik tangan salah seorang pemuda yang mengekor langkah sekumpulan lelaki tadi.

Something StupidOù les histoires vivent. Découvrez maintenant