Aku menguak pintu rumah yang di duduki oleh papa dan mama. Maklumlah abang dan kakak sulung aku sudah kahwin, masing masing tinggal di rumah sendiri. Alamaknya aku bertiga jelah yang tinggal di rumah banglo papa aku ini.
"hai anak dara baru nak balik. dah pukul 9 malam ni. pergi mana?" soal mama sebaik sahaja aku melangkah masuk ke ruang tamu.
"selesai kerja"
"kerja memanjang. ni duduk sebelah mama kejap" tanpa berkata aku terus melabuh punggung di atas sofa bersebelahan mama di hadapan kaca Tv.
"Pe ma?" soal aku dengan wajah yang berkerut penat sudah melebihi had.
"Mama ada nak cakap sikit. Esok jangan pergi kerja. Kita gerak balik Terengganu, tengok nenek sakit. Ni keputusan papa. Apa apa pun Reen kena ikut papa mama esok. Lepastu nanti Reen call Nadia suruh dia tolong uruskan kerja masa Reen tak ada. kita duduk seminggu kat sana jaga nenek" Aku mencebik bibir. Satu hari aku pon tak boleh tahan dengan perangai nenek yang entah apa tu. Apatah lagi satu minggu.
Aku memeluk tubuh, tanpa menjawab apa apa.
"Reen..jangan macam ni. Mama tahu Reen tak suka nenek. tapi terpaksa Reen. Reen ikut mama papa balik okay? Nenek kat sana dah bebel anak cucu semua tak balik jenguk dia" pujuk mama lagi.
"Padanlah muka anak cucu tak balik. bila balik di bebel itu ini. Bila tak balik pon sama jugak. Pastu, cakap orang anak derhaka la. Maki oranglah. dia nak orang balik. dia tak hargai pon. kerja dia bebel je yang tahu. dia tak tahu susah orang nak jumpa dia...bila jumpa dia halau semua orang, dengan cucu cucu dia halau. Ni bebel pulak orang tak balik jenguk. Dia yang halau orang. Dia pulak yang tiberr... ajak orang jenguk dia. Menyampah"
Bebel aku panjang lebar. Mama mengeleng kepala."Tak baik cakap camtu. Apa apa dia nenek Reen tau. Dah dah no excuse, kena ikut mama papa jugak esok" mama semakin tegas. Aku semakin merengek dan cuba mencari alasan.
"Maaaaaaa.... orang tak nak pergi!!! Mama ajak la abang ngah ke kak long ke!! asyik ajak orang je! orang banyak kerja la esok!" suara ku mula mendayu memujuk mama.
"no no no no. Abang ngah dan Kak Long dah kahwin. Diorang.. dah bincang nak jenguk nenek minggu depan. Kamu ni ha belum kahwin. Dan satu lagi kerja kamu tu wedding planner je. Bukan kerja macam papa. Kerja pejabat. Suruh Nadia tolong ambik alih! pergi esok! pergi kemas baju sekarang! jangan bantah! kalau tak nak kena marah dengan papa esok" Mama berlalu pergi menaiki tangga.
"mamaaa!! tak nak pergiiiiiii!" jerit aku tetapi mama hanya memekak telinga sahaja.Aku bangun dari tempat duduk dan melompat geram. Digenggam kedua belah tangan. Dah macam kanak ribena.
"eeeeeeeeee tak nak pergii!! orang tak nak pergiiii!" omelku sambil menumbuk bantal.
"Ada apa jerit jerit malam malam buta ni?" tersentak aku kemudian menyusun kemas bantal. Tersengih sumbing seperti tiada apa berlaku. Aku kembali normal selepas melihat kelibat papa. Gila kau.... papa garang...
"hee.. tak ada apa papa. bersenam sikit. hiyaaaa!" aku membuat gaya bersenam. Papa mengangkat kening.
"Pergi masuk bilik mandi lepastu kemas baju kita bertolak esok ke Terengganu. and i don't want hear anything your reason. Tido awal. Goodnight Assalamualaikum" sepantas cheetah pesanan papa.
"Okayy.. goodnight too. waa waa alaikumusalamm" jawabku tanpa membantah terselit sedikit gagap. Pandangan Papa sudah tiada. Aku beransur naik ke bilik. Perasaan marah, buat aku melompat atas katil. Ini memang cara aku. Kalau marah, serabut, menangis, kecewa memang begini lah aku hamburkan semua. Hmm.. taknak balik kampung.
YOU ARE READING
Queen Of The Husband
RomanceKerna kau selamanya Muhammad Hanas Mikhail. baru di buat okay❤️