BAB 3

1.2K 62 3
                                    

Aku berjalan untuk memasuki ke dalam rumahku. Kelihatan Pak Abu sedang membasuh kereta papa. Pak Abu ialah driver kami sekeluarga. Aku hanya berjalan tanpa menghiraukan apa-apa kerana terlalu penat.
"Assalamualaikum!" Aku memberi salam sambil mengetuk pintu.
"Waalaikumsalam."
Sayup-sayup kedengaran suara Mak Siti, 'bibik'ku menjawab salam.
Selepas beberapa ketika, pintu utama rumahku terbuka. Aku terus mepangkah masuk dan terus menyalam tangan tua Mak Siti yang telah kuanggap seperti ibuku sendiri kerana dia sudah lebih 20 tahun bekerja dirumah agam milik papaku.
"Mak, mana mama?" soalku kepada Mak Siti.
"Mama dan papa Qis pergi berjumpa kawan katanya kerana ada urusan yang perlu dibincangkan."
"Baiklah, mak." Jawabku sambil tersenyum.
Setelah itu, aku terus melangkah naik ke atas dan menuju ke bilikku. Aku melihat jam menunjukkan pukul 1:45 tengah hari. Aku bergegas menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk dan segera menunaikan solat Zohor.
Setelah selesai solat, aku terus mencapai telefon bimbitku dan terus bermain dengan aplikasi WeChat sehingga terlelap.
Tepat pukul 3:30 petang, aku tersedar apabila terdengar mama mengejutkan aku.
"Ye, ada apa mama?" soalku.
"Pergi mandi, sekejap lagi solat. Lepas tu mama nak Qis bersiap dan pakai baju yang mama dan papa belikan tadi." arah mama.
"But, kenapa kena pakai baju yang mama beli? Kita nak keluar ke ataupun ada tetamu yang akan datang?" soalku.
"Shhh... jangan banyak tanya! Just ikut arahan mama." Mama sengaja mengerutkan dahi agar aku akur akan perintahnya.
Aku terus mengangguk dan berlalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menyiapkan diri untuk menunaikan solat.

Aku menilik diriku di hadapan cermin. Jubah hitam? Shawl merah? Apa mama ni? Aku masih tertanya-tanya.
Setelah mengenakan sedikit lipstick merah jambu dan sedikit bedak kompak, aku terus menuruni anak tangga. Kelihatan, mama menunggu aku dihadapan pintu utama.
Setelah sampai di hadapan aku terus bertanya kepada mama. "Mama, kita nak kemana sebenarnya ni?" soalku dengan wajah yang masam.
"Mama dan papa nak pergi rumah Datin Rozana dan Qis dan abang kena ikut juga."
"But, why?" soalku dengan gaya protes.
"Ada hal yang harus kita semua bincangkan." Jawab mama, tenang.
Aku hanya akur dengan jawapan mama dan terus mencapai kasut yang mama baru belikan.
Aku terasa agak kekok tanpa cermin mata besarku. Rasa macam lain macam. Rasa macam di dunia lain pun ada. Nak pakai cermin mata, mama tak bagi pulak! Macam nak jumpa bakal suami aku pulak sampai itu tak boleh, ini pun tak boleh. Aku terus berjalan masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah abangku yang leka dengan handphone di tangan. Aku diam sahaja sepanjang perjalanan.

Kau, Aku, Kita.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora