Suami Idaman

17.2K 668 4
                                    

"Amboi Cik Laila dah sarat pun nak datang kerja lagi. Rehat kat rumah jelah kitaorang boleh handle kan. Hehe" usik Nabila sambil menggantung jubah. "Alaa takpelah lepas ni kan saya nak cuti bersalin, berpantang dah. Lagi satu lepas dah ada baby mungkin saya jarang masuk butik. Saya nak fokus baby and suami saya. Saya akan masuk sekali sekala je. But, saya still akan design dari rumah. Saya percayakan korang tau. Please kerja betul-betul ye?" jelas Laila panjang. Nabila dan Balqis tersengih menurut kata boss mereka sambil mencuit perut Laila yang semakin besar.

Ameer merenung isterinya yang sedang membaca buku tentang Teknik Penafasan Ketika Bersalin. Dilihat wajah Laila semakin lama, semakin berseri. Usia kandungan Laila kini cukup 9 bulan. Tunggu masa saja. Ameer tak sabar menanti kelahiran seorang baby yang ditunggu-tunggu keluarga. "Abang... boleh tak Laila nak berpantang rumah ibu nanti?" tanya Laila sambil menggosok perlahan perutnya. "Boleh sayang. Sepanjang proses pantang abang pun akan duduk rumah ibu. Abang nak sama-sama jaga baby nanti. Mummy pun ada cakap nak jaga Laila pantang nanti, untunglah awak sayang semua orang begitu sayangkan awak" perli Ameer sambil menyentuh lembut pipi Laila.

"Abang kita nak bagi nama apa untuk baby kita ni? Baby girl Laila suka nama Nur Khayla Ameera maksudnya Cahaya Cantik Puteri" tanya Laila sambil membelek buku nama bayi islam. Hatinya sudah terpaut dengan nama itu. Ameer setuju memandangkan nama tersebut ada gabungan namanya dan Laila. Nama bayi lelaki tidak terlintas lansung difikiran Laila. Mungkin kerana ramai yang meneka Laila akan mendapat baby perempuan disebabkan bentuk perut dan muka Laila yang semakin berseri.

"Dah sayang cukup, pergi rehat kat sofa sana. Kesian abang tengok Laila dengan perut siapkan makanan ish tak sanggup lah, pergi rehat abang hidangkan ye?" Pelawa Ameer membantu isterinya duduk di sofa. Pinggangnya memang sakit akhir-akhir ini. Tidurnya sering terganggu. Laila rajin membaca tentang kehamilan dan pengalaman orang bersalin. Kadang dia rasa ngeri, kadang dia rasa suka. Ameer selalu bangun malam menolong Laila mengurut pinggangnya yang sakit.

"Abang... sakitlah. Setiap 5 minit sakit abang" keluh Laila sambil menarik nafas perlahan. Ameer semakin tidak sanggup melihat Laila kesakitan. Hati Ameer sayu melihat isterinya setiap kali langkahnya keluar untuk pergi kerja. Hati Ameer berat meninggalkan isterinya sendirian. "Laila duduk rumah ibu jelah bila abang pergi kerja? Abang risaulah sayang sorang-sorang kat rumah. Abang hantar pergi rumah ibu ye?" arah Ameer. Laila hanya mengangguk setuju. Dia lebih selesa dengan ibunya.

"Ibu setiap 5 minit perut Laila sakit, kenapa eh ibu?" Tanya Laila sambil duduk perlahan. "Itu namanya contraction, perut akan mengeras setiap 5 minit. Tandanya nak dekat sangat dah tu dengan kelahiran. Nanti kalau Laila nampak tanda macam darah ke air ketuban pecah ke Laila cepat-cepat bagitahu ibu eh?" Jelas Puan Mariam yang lebih mengetahui. "Haa Laila ada teringin nak makan ape-ape tak? Mummy boleh masakkan sebut je ye apepun demi menantu and bakal cucu kesayangan mummy hehe" terang Datin Sharifah yang sentiasa tersenyum gembira maklumlah orang bakal menimang cucu.

Ameer dan Laila berkumpul dengan kedua keluarga di rumah ibu Laila untuk makan malam. Setelah selesai makan masing-masing berkumpul di ruang tamu berbual. "Haa Laila baju baby, barang keperluan baby ape semua dah sediakan ke? Tanya ayah Laila. "Semua dah siap ayah tinggal tunggu masa je, itupun Laila bawak barang penting dalam kereta selalu takut kan tiba masa kat mana-mana" balas Laila sambil menggosok perutnya yang semakin besar. Perasaan takut dan nervous selalu ada.

"Laila dah ada nama ke untuk baby? Rasanya dah ni. Tersengih je" tegur mummy memeriahkan suasana. "Memang dah ada tapi rahsia lah mummy hehehe nanti baby dah ade Laila bagitahu mummy ye?" Balas Laila. Laila berjalan perlahan menaiki tangga untuk ke bilik berehat. Sekejap dia pusing kiri, sekejap dia pusing kanan. Sakit pinggang yang amat sangat. "Kenapa sayang? Sakit pinggang lagi ye? Meh abang urutkan. Kesian dia". Laila hanya bersetuju sambil menghulurkan minyak angin kepada Ameer.

Jam menunjukkan pukul empat pagi. Laila segera bangun tak tahan nak buang air kecil. Eh air apa ni? Kenapa warna putih? "Abang... sekejap abang. Bangunlah" kejut Laila sambil memanggil Ameer yang lena diulik mimpi. Ameer segera mendapatkan isterinya. "Abang ni air ape? Tiba tiba je keluar banyak pulak tu" soal Laila yang kehairanan. "Ya Allah sayang ini air ketuban dah pecah! Sayang nak bersalin dah ni. Cepat kita pergi hospital" arah Ameer menolong Laila keluar. Puan Mariam, Datin Sharifah dan yang lain dikejutkan.

Laila agak hairan kerana dia tak berasa sakit sedikit pun. Dia lebih pelik yang lain panik sedangkan dia hanya duduk dengan tenang seperti tiada apa yang berlaku. Sesampai di hospital, Laila ditempatkan di wad dulu. "Puan Laila since air ketuban awak dah pecah, kita kena masuk ubat bagi cm terbuka sikit-sikit sebab bila ketuban pecah baby boleh lemas kalau lama-lama" terang Dokter Hanim sambil menyuntik tangan Laila untuk dimasukkan air ubat. Laila masih tenang meminta suaminya membelikan makanan. Dia teringin nak makan chicken chop sekarang. Saat-saat akhir Laila masih mengidam. Ameer segera keluar membeli makanan demi isteri kesayangannya.

"Laila tak sakit ke? Usually at this time perempuan lain dah sakit tau" soal Ameer yang melihat isterinya baring dengan tenang dan ketawa walaupun jalan dah terbuka 6cm. Sempat Laila oncall dengan Nabila dan Balqis. Isteri aku ni Hulk agaknya, selamba betul! Muka Laila berkerut tiba-tiba. Tangan Ameer digenggam kuat. Makin sakit dia rasakan. "Abang... sakit..." Laila mengadu sakit kepada Ameer. Ameer sayu melihat isterinya. Dia tak sanggup. Mata Laila semakin tertutup. Dia meracau memanggil suaminya. Ameer memegang erat tangan Laila untuk menenangkan Laila.

"Well Dokter Ameer, dah tiba masanya. Kami perlu bawa your wife masuk labour room sekarang" jelas Dokter Hanim yang segera menolak katil Laila masuk ke dalam labour room. Ameer mengikuti langkah mereka. "Abang... Laila minta maaf. Laila banyak buat salah dengan abang. Laila banyak menyusahkan abang. Abang maafkan segala salah dan silap Laila ye?" suara Laila kedengaran sayu meminta maaf. Ameer hanya mengangguk dan mengusap perlahan kepala Laila.
"Dokter Hanim can i be here with her? Saya nak bagi dia semangat" rayu Ameer supaya dia dekat dengan Laila.

"Okay Puan Laila ikut saja ape yang saya arahkan ye? InShaaAllah jangan risau ye?" Terang Dokter Hanim. Laila mengangguk lemah. Dua kali push saja Ameer melihat kepala bayi yang semakin keluar perlahan. Baby selamat dikeluarkan kali ketiga Laila push. Alhamdulillah ya Allah. Syukur. Laila selamat lahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg. Laila terkulai layu. Ameer segera keluad dari labour room untuk memaklumkan kepada keluarga yang menunggu di luar. Masing-masing menyebut Alhamdulillah.

Beberapa nurse menolak katil masuk ke dalam wad. Ameer melihat dari tingkap bayi mereka dibersihkan dan disusukan oleh salah seorang nurse yang lebih berpengalaman. Ameer membiarkan Laila bereht seketika dan tidur. Ameer meletakkan kepalanya di sisi katil Laila menunggu Laila sedar. Ameer melelapkan matanya seketika. "Abang... bangun. Kenapa tidur kat sini. Abang penat abang balik berehat kat rumah lah ye?" Tegur Laila setelah sedar. "Takpe abang nak tunggu Laila, Laila nak makan ke nak minum?" Jawab Ameer sambil menghulurkan air milo kepada Laila.


Hi there hehehe lame tak update(2 hari je pun hahahah) busy sikit luangkan masa dengan family. Jgan lupa vote ye. Terima kasih banyak
Truly,
DaisyDee

Suami IdamanWhere stories live. Discover now