PCH - Suka

4.3K 333 25
                                    

Eunri menjengahkan sedikit kepalanya di balik pintu dapur. Eunna menyusun pinggan, mangkuk dan cawan yang telah dicucinya di kabinet. Si adik mendekati si kakaknya.

" Ehem.. Eonnie." Panggilnya lembut.

" APA?!"

" Uish! Garangnya? Lembut-lembutlah sikit!" Eunri merengek sambil menggaru lehernya yang tidak selesa. Eunna memusingkan badan, memandang Eunri lantas menjongketkan keningnya.

" Dahtu?"

" Eonnie ingat tak Min Yoongi?"

" Mana eh? Gemuk? Pendek? Hitam?"

Eunri laju menggelengkan kepalanya. " Hoo bukanlah. Yang putih bagaikan air susu lembu yang segar dari ladang."

" Oh, dia. Kenapa dengan dia?"

" Dia suka eonnie!" Eunna mengerutkan dahinya. Budak baya Eunri menaruh hati padanya? Ceh.

" Kau buat lawak bodoh ke, Ri?"

" Apa ni, eonnie?! Orang betul-betul ni!" Eunna meneguk air liurnya. Budak kaya itu menaruh hati terhadapnya. Sinetron ke apa?

" Eleh. Yelah tu... Mana engkau tahu? Ha? Ha?"

" Dia kan bestfriend aku."

" Kau tak kecewa ke dia suka aku?"

" Eh? Kecewa? Apa alasan untuk aku kecewa? Hoho, tak logik."

Eunna mengecilkan matanya. " Apa?!" Eunri mula rasa tidak selesa dengan pandangan kakaknya itu.

" Aku tahulah. Dari muka kau je, aku tahu kau suka dia."

" Ah! Kau ingat kau tu ahli nujum?!"

" Memang pun." Eunna menjelirkan lidah lalu bergerak ke peti ais. Tekaknya terasa kering.

" Kalau kau nak cari aku, aku dekat tandas. Sakit perut." Eunna mengangguk tanpa memandang Eunri. Hidungnya terhidu bau yang agak meloyakan. Dengan segera, Eunna menutup hidungnya. Pengotor!

" Peh, busuknya bau kentut kau!"

Ketika Eunna ingin berlalu ke ruang tamu, matanya tertancap pada telefon bimbit milik Eunri yang tertinggal di atas meja makan di mana Eunri berada tadi. Eunna mengambil dan memasukkan kata laluan, 'suga'. Hehe.

" Kawan baik konon... sampai password pun nama dia."

Eunna tersenyum senget membaca chat Eunri dan Yoongi. Comel.


SugaFree: Sayang, engkau dah ulangkaji? Esok subjek membunuh.


Eunriii: Ulangkaji tu apa, ya, sayang? Sejenis binatang atau tumbuhan?


SugaFree: Binatang betul kau ni, sayang. Aku betul-betul ni... kau tak risau ke?


Eunriii: Weh, nantilah sambung. Aku nak berak.

Eunna ketawa. " Mesej macam budak kecil je." Jarinya begitu lincah meneroka telefon adiknya. Dia terpaku dengan sebuah ikon buku diari. Ikon tersebut dikunci dengan kata laluan. Eunna mencuba beberapa kali tetapi gagal.

Apa lah yang nak dirahsiakan sangat oleh gadis itu... Tak kan pasal Yoongi, kan?



Perutnya memulas lagi sekaligus mengundang kesakitan yang teramat. Tangan Eunri mencapai berus giginya lalu diletakkan di dalam mulut dan digigit sekuat hati. Dia menahan diri daripada menjerit kuat. " Ngh..." Hanya erangan halus sekali-sekala terkeluar.

Air mata dengan perlahan-lahan menitis dan mengalir deras. Mutiara hangat yang berjuraian tanpa henti itu tidak dihiraukan. Eunri menghamburkan pelbagai kata cacian terhadap dirinya sendiri. Degil sangat tak mahu ambil ubat, kan dah tanggung sakit!

Bodoh bodoh bodoh!

Di luar tandas, kedengaran suara Eunna. " Aku letak telefon engkau dekat meja belajar tau."

Eunri memandang kosong pintu bilik air yang sudah dikunci dari dalam. Ketukan pada pintu menyentakkan Eunri. " Engkau sakit sangat ke? Sembelit eh?" Eunri mencengkam hujung sinki dengan kuat. Kudratnya kini terhad.

Lama juga Eunna menunggu jawapan namun tiada. Dia berlalu keluar sambil mengangkat bahu. Dia menganggap adiknya tidak mahu diganggu semasa proses penyahtinjaan sedang berlaku.

Pensel yang sedang dipegang Yoongi tergelincir dari tangannya dan jatuh ke lantai. Hatinya berasa tidak sedap pada hari itu. " Kenapa ni? Tak sedap hati pula."

Yoongi berdiri dan menghampiri katil lantas mengambil telefonnya. Lama benar Eunri membuang air  besar. Hampir 30 minit selepas mesej terakhir mereka berdua. " Lebih baik aku telefon dia."

Nombor telefon Eunri didail seraya telefonnya diletakkan di tepi telinga. Dia menunggu gadis itu menjawab. 'Kalau aku bernasib baik, mungkin Eunna yang jawab ngehehe,' Yoongi tersengih.

" Hello? " Kedengaran satu suara asing menerpa cuping telinganya.


Yoongi mengangkat muka apabila Eunri duduk bersila di hadapannya. Buku rujukan ditutup lalu Yoongi menghadiahkan sekuntum senyuman manis kepada Eunri yang baru tiba.

" Kenapa engkau ni?"

" Semalam aku berbual dengan Eunna."

" Dalam mimpi?" Yoongi menggeleng. " Orang tua tengah cakap, dengar... bukannya menyampuk! Aku telefon kau tapi dia yang jawab. Dia kata kau sakit perut."

" Oh. Mesti engkau call time dia hantar susu dekat bilik aku."

" Mesti sedap, kan? Teringinnya..." Eunri memutarkan biji matanya. Meluat betul dengan perangai Yoongi yang gila bayang akan Eunna itu. Yoongi menjentik dahi Eunri kuat.

Pak!

"Juling betul-betul nanti baru tahu."

" Eleh. Aku kisah apa."

" Kau tu bakal adik ipar aku jadi kau kena jaga imej kau tu sikit."

" Tahi kau! Kau ingat Eunna suka kau? Dengan hingus meleleh, ada hati nak kahwin konon!"

Yoongi mengelap hidungnya. Mana ada hingusnya meleleh! " Tipulah. Kau ni, tak baik!" Eunri ketawa besar melihat Yoongi yang merajuk.

Eunri cuba untuk berlagak biasa. Dia cemburu. Cemburu yang teramat. Yoongi ini terlalu berharap. Belum tentu Eunna mempunyai perasaan yang sama sepertinya.

" Kau sepatutnya sokong aku. Kau tak teringin ke nak ada abang ipar yang kaya, kacak lagikan bijaksana macam aku ni, ha?"

" Cair tahi telinga aku... Aku tak nak abang ipar jenis ulat buku tapi bajet gangster macam kau ni."

" Oi, oi. Sedar diri sikit. Kau tiru jawapan aku juga, kan?" Bibir Eunri mengukir sengihan yang lebar. Yoongi turut tersenyum.

" Engkau restu hubungan aku dengan Eunna, kan?" Jantung Eunri bagaikan berhenti berdegup buat seketika. Eunri berdehem perlahan lantas mengangguk sambil membuat muka selamba. Bibir kecil Yoongi itu tersenyum.

" of course lah aku restu."

" Terima kasih, Kim Eunri yang cantik, comel, bijak meniru, dan baik!"

" Mesti puji tak ikhlas ni..."

Tawa Yoongi berderai.

Psycho • Yoongi ✔️Where stories live. Discover now