Blok C

895 34 5
                                    

Malam itu tidak tenang. Suara garau meronta meminta diri dilepaskan bergema melenyapkan sunyi. Anak-anak gadis hanya berkelubung di dalam telekung di pinggir kamar tidur sambil memeluk al-Quran. Mulut terkumat-kamit membaca sesuatu. Melihat Surya menjerit meronta seakan begitu terseksa apabila ayat suci dan selawat dibaca kepadanya.

Rizal cuba membantu Encik Basri menguruskan Surya. Kelebihan yang ada pada dirinya terpaksa digunapakai malam itu. Demi kesejahteraan bersama. Kaki Surya dipegang erat. Begitu juga tangan dan tubuhnya. Terpaksa dipegang.

"Kita cuba bawa ke surau. Lekas." Arah Encik Basri. "Kalau dibiarkan dalam bilik ni takut lain pulak jadinya."

Surya diusung oleh 10 orang lelaki dewasa. Termasuk Rizal. Ustazah Amni cuba membantu tapi dihalang Encik Basri. Katanya lebih baik dia menjaga teman bilik Surya dan siswi yang lain. Ustazah Amni hanya mengangguk, menerima arahan.

"Argh! Lepaslah, bodoh!" Surya meronta-ronta. Suaranya semakin garau. Tangan Surya terlepas daripada pegangan Zamani. Satu cakaran singgah di muka Zamani. Surya meronta sekuat tubunya dan terlepas.

"Allah!"

*

"Kenapa, Surya jadi macam tu?" Ustazah Amni cuba mendapat kepastian teman bilik Surya.

Aishah cuma berdiam. Menunduk seakan ada jutaan kesilapan telah dilakukan. Fatihah pula masih pucat. Terkelu, kerana dia orang pertama yang melihat Surya menjadi 'harimau'. Mengaum di dalam bilik tatkala azan Maghrib dilaungkan.

"Blok C..." Shikin bersuara perlahan.

"Blok C?"

"Ya, ustazah..." Shikin menjawab. Aishah dan Fatihah terkedu. Mereka memandang tepat ke arah Shikin.

Air muka Ustazah Amni berubah sambil memandang wajah tiga anak gadis di hadapannya. Seperti mahu bebel tapi tidak terluah. Wajah mereka bertiga masih lagi pucat. Menggigil walaupun bukan hari dingin.

Mengucap panjang Rizal sambil cuba mengejar Surya. Meskipun dia atlet pecut, namun Surya lebih laju. Terpaksa meminta beberapa orang untuk mengepung Surya daripada lari keluar pagar kampus.

"Rizal, Encik Basri, dia dapat lari. Dia pergi blok C!" Jerit salah seorang yang membantu mengepung Surya.

Blok C. Sebuah blok kolej kediaman lama yang telah lama ditinggalkan. Lebih kurang seabad. Punca ditinggalkan kerana sudah terlalu usang dan banyak kerosakan. Sudah dimohon untuk dirobohkan, tetapi masih belum diluluskan pihak kampus.

Gagahkan juga hati Rizal untuk naik ke Blok C. Matanya begitu tajam melihat makhluk-makhluk yang manusia lain tidak nampak. Pemberian Tuhan yang agak membebankan, tetapi terpaksa redha. Encik Basri masih terkumat-kamit membaca sesuatu. Di tangannya sudah menggenggam lada hitam untuk Surya.

"Argh!"

Suara Surya kedengaran. Kaki lelaki berlima pantas menaiki tangga. Tingkat 4. Tingkat teratas.

"Kau. Jangan ganggu aku!" Bukan suara Surya. Menghalau mereka berlima setelah mereka berjaya menjejak Surya.

"Wahai makhluk Allah. Lepaskan dia. Dia bukan milik mu." Encik Basri cuba berunding sambil kakinya melangkah perlahan menuju ke arah Surya. Mulut Encik Basri membacakan sesuatu.

"Arghhh... manusia bangsat. Sudah menceroboh rumah aku... tiada adab! Arghhh! Panas!" Tubuh Surya mula meronta. Seakan dicurah air panas.

***

"Aishah, Shikin, Teha, seriuslah korang nak naik bangunan tu? Dah nak maghrib kot..."

"Awal lagi. Baru pukul 6.30. Maghrib apanya. Hahaha..." Fatihah cuba meyakinkan Surya. Shikin dan Aishah cuma ketawa. Apa yang gembira pun entahlah.

"Kita lepak kejap je. Lagipun view sini cantik do." Aishah pula meyakinkan Surya.

Ya. Tidak dinafikan. Lokasi blok C cukup baik. Terletak di atas tanah yang lebih tinggi berbanding blok-blok kolej siswi lain. Tetapi disebabkan kes kebakaran dua tahun lepas melibatkan satu aras, ianya terpaksa ditinggalkan kerana kos membaiki agak tinggi. Alasan pihak atasan, masih tiada kewangan, walaupun sudah memohon insurans. Politik.

Azan maghrib berkumandang. Mereka bergelak-tawa ditingkat 4. Melihat permandangan sambil makan-makan makanan ringan. Tiba-tiba Surya diam. Menunduk memandang lantai.

"Surya. Kau okay tak...?" Shikin mula bimbang.

Surya menyeringai. Seakan marahkan sesuatu. Tetapi tiada suara yang keluar. Matanya membuntang melihat wajah rakannya.

"Weh. Okay tak?" Aishah menepuk bahu.

Tika itu Surya terus membuka kuda-kuda silat. Kemudian, menunduk dan melutut sebelum mengubah posisi tubuhnya. Seakan harimau.

"Arghhh."

***

"Allahu Akbar!" Encik Basri melaungkan nama Tuhan.

Surya dipegang kemas oleh Rizal dan empat orang rakannya. Masih meronta tubuh Surya cuba melepaskan diri. Namun, kudratnya kian lemah selepas 'bertarung' dengan Encik Basri.

Encik Basri membacakan sesuatu, sambil Rizal dan rakan-rakan membacakan ayat Kursi. Menjerit Surya seakan diseksa.

Tiba-tiba Encik Basri tertunduk. Kepalanya diketuk sesuatu. Tidak sempat untuk mengelak. Ada makhluk lain membantu makhluk yang ada di dalam tubuh Surya.

Tubuh Rizal pula ditarik ke belakang dan empat rakannya ditolak rakus. Surya terlepas.

"Aku ambil budak ini. Selamat tinggal manusia." Surya bersuara garau. Kemudian berdekah ketawa seakan sudah menang.

Encik Basri cuba bangun namun ada 'ramai' yang menghalangnya. Begitu juga Rizal dan yang lain. Cuba bangkit. Namun, tidak mampu. Suara mereka juga tersekat. Ya. Mereka bawa geng.

Surya berjalan perlahan menuju ke sebuah bilik. Pintu bilik dikuak perlahan. Mata Surya memandang bulat ke arah mereka berlima.

Selepas setengah jam, mereka 'dilepaskan'. Rizal bangkit menuju ke bilik di mana Surya masuk. Pintu dibuka. Tiada siapa. Cuma sepasang katil usang dan perabut-perabut usang. Surya hilang.



CERPENWhere stories live. Discover now