Cemburu

307 12 1
                                    

Berdengus Anita menghempas pintu. Mahu saja dia menendang segala apa yang ada di hadapannya. Matanya juga merah seakan mengawal tangis. Marah, bengang, kecewa. "Celaka punya jantan! Dasar gigolo!" Terlalu kecewa. "Argggggghhhh!!" Menjerit dia sepuas hati. Rambutnya juga kusut masai. Seperti orang sasau.

Punggung Anita dihempas ke katil empuknya. Tubuhnya direbahkan kemudian. Selesa. Tapi pada hatinya masih bengang.

"Nazrul. Kau curang dengan aku ke?" Sendirian Anita berbicara. Terbayang wajah kekasih hatinya. Malah dia juga terbayang perubahan kekasihnya secara tiba-tiba. Bagaikan ada wanita lain. Seolah-olah ada rahsia.

"Ahhh... Pasti... Ada... Perempuan... Lain!"

Wajahnya disembamkan pada bantal.

Pagi itu, Anita bangun dengan penuh kepuasan. Tidur penuh lena tiada sebarang mimpi ngeri ataupun apa apa gangguan. Bahagia. Aman damai. Dibelek iPhone-nya di atas katil. Satu notifikasi. Dibuka.

Nazrul : Babe, you kenapa balik awal semalam? Tak tunggu I. Kenapa?

"Pergi mampus kau jantan!" iPhone tercampak ke bawah bantal. Anita bangkit mengambil tuala. Mahu mandi. Rimas pula selepas seharian semalam tidak mandi.

Ding! Satu notifikasi masuk lagi. Daripada Nazrul.

"Babe, kita jumpa petang ni. Boleh? I belanja you Magnum. Your fav... Baby."

"K..."

Satu tuala diikat berkemban dan satu lagi dililit pada kepala seakan turban Yuna. Cuma lebih tinggi. Punggungnya dihempas ke katil. Mencampak iPhone-nya sedikit jauh agar ditenangkan seketika rasa marahnya pada Nazrul.

Petang itu, suasana agak suram dengan mentari dilindung sebalik awan dan angin perlahan menyejukkan suasana. Suasana di luar gudang beli-belah itu sangat suram walaupun ada yang berselfie dan berpeluk mesra dengan suami isteri dan tak kecuali yang belum tentu akan jadi laki-bini. Sesekali meluat Anita melihat budak-budak sekolah beraksi mengalahkan orang dah dewasa. Budak-budak.

Langkah Nazrul mengikuti saja rentak Anita. Tujuan utama mereka gedung itu cuma memenuhi janjinya pagi tadi dengan Anita.

Teringat Nazrul semalam di mana dia dan Anita bergaduh besar. Tidak menyangka Anita sebegitu besar cemburunya. Sesekali Nazrul menggeleng kepala tiap kali melihat tingkah laku Anita malam itu hingga dia ditinggalkan.

Selepas memperoleh apa yang dihajati, mereka duduk di satu sudut kafe. Anita memandang manisan yang ada dengan penuh selera. Ketika Nazrul sedang membelek telefon bimbitnya, Anita bersuara. "Babe, do you still love me?"

Nazrul pantas mengangkat wajahnya. "I do, babe. Kenapa?" Wajahnya kebingungan. Telefon bimbitnya diletakan. Matanya menatap wajah Anita sedalam yang mampu. "Kenapa tiba-tiba aje? Semalam you blah macam tu aje. I pelik."

"Betul you sayangkan I, Nazrul Haziq?" Soalan Nazrul diabaikan.

"Yes. I do, Anita Sofea."

"Habis kalau you sayangkan I, siapa you panggil-panggil 'honey bear' tu? I thought you are cheated on me!"

"Oh, sebab tu ke you merajuk? Hahahaha. Ingatkan apalah..." Menggeleng kepala Nazrul sambil mengusap-usap wajahnya. Berair mata. "Cemburu betul you, ya."

"Of course, I cemburu. Siapa yang you panggil 'honey bear' tu?" Suara Anita ditinggikan.

"You're really wanna know who is my honey bear isn't it?" Perlahan Nazrul mengangkat telefon bimbit barunya. "This is my honey bear. Honor 7. My phone, babe. But you're still my queen of my heart."

Anita seakan merah mukanya. "Habis dekat kelab malam tu yang you cakap 'oh, I dah ada honey bear...' tu, means you dah beli phone barulah?"

"Yup..." Nazrul tersenyum.

"Eheh..."

"Cerita ni inspired by Iklan Honor 7 dekat Youtube. Harapnya korang sukalah." :')

CERPENWo Geschichten leben. Entdecke jetzt