RISAU??

237 16 1
                                    

"Yeonghon - ah, kamu boleh dah balik" bilang wen unnie menepuk perlahan bahuku. " Ya ke?"aku melihat jam tangan. "Sudah pukul 10. Baliklah nanti lewat pulak" bilang unnie lagi senyum padaku. "Ok..eh,nanti siapa nak tutup kedai?"giliran aku bertanya. Takklah nak bagi Wen unnie buat lagipun dia perempuan yang 'lemah lembut' di bandingkan aku, lagi-lagi tu buaya-buaya darat suka tengok unnie seseorang macam hari itu. Kalau aku tak ada masa tu jadi gulai unnie aku seorang ini. "Aku ada" kata Xiumin Sunbae yang tiba - tiba muncul di belakang unnie "Kau?"dia mengangguk perlahan. Aku melihat tepat matanya yang berwarna perang gelap tu. "Yeonghon, takkan lah kamu tak percaya sunbae kamu?"tanya wen unnie mengangkat kening. Aku melihat unnie dan senyum padanya." Bukan tak percaya...tak ada apalah"aku menyekat mulutku dari memberi tahu perkara sebenar. Lalu aku meminta izin untuk menukar pakaian. Ketika selesai menukar pakaian, aku rasa ada orang di belakang. Aku mengalih ke kanan sedikit sahaja sebelum mengadap semula ke depan mengetahui siapa geranan di belakangku. "Ada apa?"tanyaku sambil meletakkan snapback ku kepala. Rimas betul lah kalau berdiri belakang tapi tak cakap apa-apa. Aku memusingkan badan dengan mengalas beg dan bertanya lagi "kau nak apa?"suaraku tinggi tapi mampu mengawalnya. "Kau fikir apa sampai kau tengok aku macam tu?"tanya Xiumin Sunbae yang akhirnya bersuara juga. Aku mengeluh perlahan "unnie pernah hampir jadi mangsa dengan 'vampire'. Aku takut kalau kau ada lagi mereka nak.." Xiumin Sunbae memintas " kau tak perlu risau. Aku boleh lindungi dia"bilangnya. Aku membetulkan snapback dan berjalan di sebelahnya dan berbisik "Jaga dia baik-baik, kalau jadi apa-apa..." sengaja aku menggantungkan ayat itu dan menepuk perlahan bahunya serta menghadiahkan senyuman sebelum berlalu pergi.

EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]Where stories live. Discover now