Pertempuran 1

20 1 1
                                    

(Daerah Vston, Utara Aurora)

[Jam 8.15 malam]

Di utara kerajaan Aurora berlaku satu pertempuran kecil. Yeonghoon dan yang lain dalam kepenatan. "JIka ini berterusan, mereka pasti akan dapat tumpaskan kita" kata baekhyun tercungap-cungap.

Mereka yang lain berlawan dengan tentera gelap dari sudut demensi yang lain. Kris menggunakan kuasa naga api bergabung dengan api phoenix Chanyeol untuk menghalang kemaraan mereka tentara itu.

"Tidak...tidak kali ini.." Yeonghoon mara kehadapan dengan pantas.

"Yeonghoon ah jangan!! Nanti kau cedera!!!" jerit sehun cuba menarik yeonghoon dengan kuasa angin. tapi yeonghoon menepis kuasa itu membuatkan sehun terkejut.

Yeonghoon menggunakan kuasa telepotasi dan menyelamatkan Suho yang hampir di tangkap oleh tentera gelap. "Macam mana..." tidak sempat suho menghabiskan ayat nya.

"ahhhhhhh!!!!!" Chanyeol dan kris terkena serangan. melihat hal itu Yeonghoon segera menghalang tentera gelap. "Ja...nga..n...." Chanyeol cuba menghalang. Yeonghoon memberi arahan "Lay! bantu mereka." Lay segera melakukan kerjanya "Healing".

"Good work EXO, tapi kamu bukan tandingan mereka, bukan lagi masanya. Masih banyak kamu pelajari, dan biar "penjaga " mengambil alih disini. " bilang yeonghoon. Ahli Exo yang lain tercengang melihat sesama mereka.

Yeonghoon menutup matanya seketika kemudian mata yang menjadi warna hingga mustahil untuk melihatnya. Tiba-tiba kawasan yang mereka berlawan itu menjadi berkabus yang tebal.

"Ini masanya" Suho mengarahkan yang lain untuk bersembunyi.

"Aku adalah Zhang Linghun keturunan yang ke 12 dari kalangan keluarga Diraja! Dan aku adalah pemerintah asal yang sebenar-benarnya memberi peluang kepada kalian! Jika kalian sekarang ini berundur, akan aku lepaskan!"  Yeonghoon memberi amaran.

Tentera gelap tidak  mengendahkan amaran itu malah cuba untuk membunuh Yeonghoon. Tersengih sinis yeonghoon "nampak kalian telah memberi keputusan.SEMUA!!! jika kalian adalah "penjaga" aku titahkan untuk berjuang, pertahankan apa yang kita juangkan!!!" titah Yeonghoon.

Dengan segera kabus tadi itu menghilang tetapi suasana menjadi suram, kemudian api tiba datang dari pelbagai arah hingga mengenai tentera-tentera itu, diikuti dengan sambaran kilat serta ais membeku hingga hampir kesemua mereka mampu dimusnahkan.

Ahli Exo menjadi tak keruan. " kalau kitabersembunyi, tidak nampak seperti pengecutkah?" bisik sehun.

"kita sudah kehabisan tenaga, lihat Lay saja..." bilang Baekhyun menunjuk kearah Lay yang sedang memyembuhkan Chanyeol dan Kris.

"Sudah lay, kau akan penat" kata Chen yang sedari tadi sebelah lay.

Lay hampir terjatuh pengsan sehingga ada yang memengang bahunya. "Benar kata Pemaisuri, kalian masih banyak  yang harus dipelajari" kata orang itu. Exo sekali lagi kaget.

Pertempuran masih berlangsung tentera gelap tidak putus-putus masuk ke kerajaan Aurora. "TONG!!!TONG!!!TONG!!!" kedengaran bunyi gong yang amat kuat bunyinya. Kelihatan penduduk disekitar itu keluar dengan siap sedia untuk berperang.

________________________________________________________________________________

(Di istana Aelis, Pusat kerajaan Aurora)

[Jam 9 Malam]

Xiumin mengigit bibir bawahnya, menandakan risau. Dia melihat sudut bawah kelihatan orang ramai sudah memenuhi dewan cuma, "tetamu" yang dia harapkan masih tidak muncul. Kemudian mengalihkan pandangan kearah sudut kanan, kelihatan ahli lembaga gelak ketawa seperti ada perkara lucu yang diceritakan.

Xiumin menghentak beranda dia, dan cuba menahan amarahnya dari membekukan beranda dihadapannya itu. "Tuanku" luhan datang bersama seseorang.

"Ada apa luhan?" Xiumin masih tidak mengalihkan pandangan.

"Kaunselor daerah Vston, Sir Paul ingin bertemu dengan tuanku" bilang Luhan.

Xiumin segera memusingkan badannya. Seperti tidak percaya Kaunselor Vston akan datang ke majlis ini. Kerana Kaunselor Vston adalah Elf. Elf adalah penduduk tempatan di sebelah utara kerajaan Aurora, mereka dikenali gelaran "manusia abadi" yang mampu hidup lama melebihi jangka usia manusia. Dikatakan kerajaan Aurora bermula disana.

"Sir Paul?! Beta tidak sangka kamu akan datang ke sini" Xiumin kelihatan seronok dan tertanya-tanya. Sepengetahuan Xiumin, Elf bukan kelompok yang suka bercampur tetapi mereka menghormati orang lain. Malah keturunan diraja Aurora mempunyai hubungan istimewa dengan Elf.

"Patik tidak datang untuk meraikan Tuanku. Tetapi oleh sebab perintah dari Raja yang dahulu patik hadirkan diri" tutur kata yang sungguh mendalam oleh Sir Paul.

"Raja yang dahulu?" tanya xiumin.

"ya Tuanku" Sir Paul mengiyakan.

"Apa maksud Sir Paul?" tanya Xiumin lagi.

Sir Paul tersenyum kemudian memdekatkan jaraknya kearah xiumin "Patik hadirkan diri untuk menepati janji Tuanku Pemaisuri Zhang Linghun akan menyambut hari kelahiran Raja yang sekarang" perlahan suaranya menerangkan.

Xiumin tersentap, kemudian membalas senyuman Sir Paul sambil mengangguk perlahan "Sememangnya Elf adalah kelompok menepati janjinya. "Tetapi, hanya itu sahaja yang diperintahkan oleh Tuanku Pemaisuri? Setahu beta, kalian tidak akan berjanji hanya perkara yang kecil saja bukan?" tanya xiumin.

Sir Paul mengangguk "Bagus tuanku, tuanku lulus" bilangnya kemudian berlalu pergi.

Xiumin kehairanan Sir Paul meninggalkannya sedang asyik berbicara. Kedengaran pintu dewan terbuka tiba-tiba, Xiumin mengalihkan pandangan dan terlihat akan "Tetamu" yang nantikan saat ini.

Para tetamu yang hadir turut melihat kehadiran "tetamu" membicarakan akan kecantikkan dan ketampanan mereka.


EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]Where stories live. Discover now