•Chapter 4•

129 11 0
                                    

Pada pagi itu, Min Gyu membuka pintu biliknya di mana Si Young dikurung. Dia melihat semua barangnya berterabur di atas lantai manakala tingkap pula terbuka. Kelibat Si Young tiada di dalam bilik tersebut.

Min Gyu: Tak guna!

Min Gyu berlari ke tingkat bawah dan terus keluar dari rumahnya. Dia melihat Si Young betul-betul terbaring di atas tanah di laman rumahnya. Min Gyu mendapatkan Si Young yang sedang terbaring di situ.

Si Young: Jangan dekat dengan aku!

Min gyu tidak mempedulikan kata-kata Si Young. Dia terus mengangkat Si Young yang tidak mampu berjalan itu kerana kakinya luka.

Min Gyu: Rumah ni merbahaya dan kebal. Kau cubalah untuk melepaskan diri macam mana sekalipun, kau tidak akan berjaya Si Young!

Si Young memukul-mukul dada Min Gyu yang tegap itu supaya dia dapat melepaskan dirinya daripada Min Gyu, namun sia-sia sahaja.

Min Gyu meletakkan Si Young di atas sofa yang empuk itu. Dia terus mengambil peti kecemasan first Aid. Tanpa banyak soal, Min Gyu terus membersihkan luka di kaki Si Young.

Si Young: Auuchh! Sakitlah.
Min Gyu: Tahan.

Si Young menjeling ke arah Min Gyu. Dia merenung setiap raut wajah Min Gyu daripada mata, hidung sehinggalah ke bibirnya yang merah jambu itu.

Si Young: Kenapa kau culik aku?
Min Gyu: Kau pernah tolak cinta aku dulu.
Si Young: Jadi? Apa masalahnya?

Min Gyu menolak bahu Si Young dengan kuatnya ke belakang. Si Young menepis. Min Gyu tidak menjawab persoalan Si Young kerana egonya dan kesan luka di dalam hatinya itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Telah beberapa kali Jota menekan loceng di rumah Si Young tetapi tiada siapa pun yang menyambutnya. Si Young sememangnya tiada di rumah sejak semalam lagi. Jota cuba berfikiran positif. Dia menyangkakan mungkin Si Young pulang ke kampung untuk beberapa hari. Jota melangkah kecewa bercampur hampa ke rumahnya.

Dia cuba menelefon Si Young tetapi tidak diangkat oleh gadis itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Min Gyu menunjukkan skrin telefon pintar Si Young pada Si Young setelah dia mendapat panggilan daripada Jota.

Min Gyu: Jota?
Si Young: Hei, bagilah! Itu telefon aku!

Si Young cuba untuk mecapai telefon itu daripada tangan Min Gyu tetapi gagal.

Min Gyu: Jangan harap aku nak bagi.

Min Gyu membaling telefon pintar milik Si young itu ke belakang. Jatuh berderai telefon pintar itu di atas lantai. Si Young agak terkejut dengan tindakan Min Gyu. Min Gyu juga telah mematahkan Sim card milik Si Young.

Si Young: Kau... Kau memang kejam! Min Gyu!

Min Gyu tidak membalas kata-kata dari mulut Si Young. Dia terus pergi dari situ. Si Young merangkak mendapatkan cebisan handphone miliknya yang hancur itu. Dia menangis dan tertidur di situ.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Esoknya, pagi-pagi lagi Min Gyu telah memakai suit pengantin lelaki. Dia kelihatan amat kacak pada pagi itu. Min Gyu mengeluarkan sehelai gaun pengantin perempuan dan diserahkan kepada orang gajinya.

Min Gyu: Pastikan Si Young pakai ini. Kalau dia tidak mahu, cakap pada dia, pakai gaun ini dan kahwini aku atau nyawa Jota hilang.

Orang gaji itu mengangguk faham. Dia mengeluarkan beg peralatan soleknya dan masuk ke dalam bilik Si young ditempatkan.

Orang gaji: Cik, berhentilah menangis. Saya datang ini kerana tuan suruh cik pakai gaun ini.
Si Young: Gaun? Untuk apa?
Orang gaji: Pada hari ini, cik akan dikahwinkan dengan Tuan Min Gyu.
Si Young: Apa? Tidak mahu!!

Orang gaji tersebut memberitahu Si Young akibatnya seperti yang diarahkan oleh Min Gyu kepadanya. Oleh kerana ini melibatkan nyawa Jota kesayangannya, Si Young akur.

Si Young: Jota, kau kata kau akan selamatkan aku? Tetapi kau tidak datang untuk selamatkan aku pun.

Si Young masih lagi menangis ketika orang gaji itu sibuk mendandankannya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Min Gyu memaksa Si Young untuk bersetuju berkahwin dengannya. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh Si Young melainkan akur akan arahan Min Gyu. Dia bimbang jika Min Gyu sanggup melukakan Jota.

Akhirnya, Min Gyu dan Si Young disahkan sebagai sepasang suami isteri di dewan hotel lima bintang.

MARRIED TO THE CRUEL GUYWhere stories live. Discover now