Remaja / Chapter 3

7.8K 215 24
                                    

Haikal duduk sorang-sorang dalam Dewan Makan. Dia takde mood nak cakap dengan siapa-siapa. Jadi apa yang dia buat sekarang ialah makan dan makan dan makan. Hisha duduk dekat depan dia.

"da okay demam?" Tanya budak lelaki tu.

Haikal hanya mengangguk sebab dalam mulut dia ada buah tembikai. Kang dia cakap, mahunya tersembur keluar kena dekat Hisha. Mahunya knight saviour dia tu mengamuk. Haha.

" em, aku da cakap dengan Imran yang malam tadi kau tidur bilik aku. Dia risau sebab kau demam, tapi tak bagi tahu dia pun."

Haikal da tak tahu nak bagi reaksi apa. Adus, yang Hisha ni pun suka-suka je nak bantai cakap dengan Imran yang aku tidur kat bilik lain malam tadi. Tapi macam yang Hisha cakap semalam, Imran tu kan ketua blok. =.=' aigoo. Dan ketua blok kena amik tahu semua hal-hal anak buah.

Ye la. Amik tahu sampai dia liwat aku. Celaka apakah? Rasa macam nak tunjuk middle finger je sebab geram dengan perangai senior-senior sekolah dia ni. Not all la yang jahat and teruk tapi kes Imran and Paan ni, haila, memang la buat jantung dia macam nak gugur jatuh je sebab tak suka betul dengan dorang berdua.

"emm." Hanya itu sahaja reaksi Haikal.

"teruk demam kau. Kau homesick ke Haikal?" Tanya Hisha curious sambil senyum pandang dia.

Eh? "takde la Hisha. Mana ada homesick. Ingat saya ni budak kecik ke?" Haikal tergelak kecil.

Hisha tergelak. "mana la tahu kan. Demam semacam je. Sampai meracau-racau. Apa yang kau mimpi malam tadi?"

Haikal da kerut dahi. Apa pulak yang aku meracau ni? Aku tahu la orang demam selalu mengigau bila da over panas, aku malam tadi macam tu jugak ke?

"apa yang saya cakap malam tadi?" Tanya Haikal pada Hisha.

Hisha kerut dahi memikir. "em, kau cakap something, sakit, sakit." Hisha lakonkan balik macam mana dia mengigau malam tadi siap dengan gerak tangan lagi. Haikal rasa muka dia panas sebab malu. "And keep repeating. Lepas tu peluk aku kemain kuat lagi. Apesal? Kau pernah kena dera ke? Eh? Takde la gurau je." Tambah Hisha pantas setelah melihat riak muka Haikal berubah.

Crap. Nasib baik tak terlepas cakap dalam mimpi tu. Kalau tak, mampus la aku.

"takde la Hisha. Da biasa da meracau tu. Tapi tak tahu kenapa." Senyum. Cover Haikal. Mari kita cover.

"oh,k,k. Malam ni kau nak tidur bilik aku ke nak balik tidur bilik kau?"

Haikal terkejut. "boleh ke tidur kat bilik Hisha lagi?"

"kenapa? Kau tak suka ke?" Hisha angkat kening.

"suka!" Jawab Haikal pantas. "okay, malam ni saya tidur bilik Hisha." Lepas tu Haikal tersenyum lebar. Hisha da gelak-gelak.

"kenapa?" Tanya Haikal pelik.

"kau suka kena peluk dengan aku ye?"

Haikal buat muka. "jangan nak mengarut." Haikal bangun. "thanks Hisha sebab bagi tidur lagi sama-sama malam ni." Haikal lepas tu terus senyum lebar selebarnya sampai nampak lesung pipit dekat pipi dia. "em,balik bilik dulu. Babai." Dan Haikal terus berlalu dari situ.

"ok, babai."





"Haikal. Abang Imran panggil kau." Bagitahu Dani.

Haikal tersentak. Dia yang tengah gigih tekan kalkulator terus pandang Dani. " abang Imran nak apa? Dia ada cakap dekat kau tak?"

RemajaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz