Remaja / Chapter 10

6.8K 182 49
                                    

*video tentang Skytrex Adventure

Haikal duduk makan malam bertiga dengan Hisha and John. John yang ajak dia makan malam tu bersama-sama kat Dewan Makan. Hari ni hari jumaat, esok ialah hari sabtu, and lepas hari sabtu ialah hari ahad. So boleh la kalau nak describe, hari ni, pada waktu itu, pada waktu makan malam itu, ianya bagaikan syurga kecil untuk student sebab bebas dari cikgu dekat sekolah and jugak kerja sekolah segala bagai. KAH KAH KAH. Entah pape entah kau punya perumpamaan ni Haikal. Hari jumaat pada malam hari ialah permulaan cuti kot. Ianya patut diraikan macam sambut hari raya. Okay, yang tu macam over la pulak.

Tapi Haikal terima je ajakan John tu tanpa ada masalah sebab sah-sah Imran atau Paan tak boleh kacau kalau nampak dia makan dengan Hisha ataupun John. First and foremost sebab Hisha ni pun banyak pengaruh dekat sekolah.

"Esok kitorang nak jejalan Shah Alam. Nak ikut tak?" Tanya John.

Haikal sumbat nasi ke dalam mulut sebelum pandang John. Dia telan nasi sebelum cakap dengan John. "err, dekat mana?" Tanya Haikal ragu-ragu

"Memula kita pi Taman Botani kat Seksyen 8 dulu and then, kita pergi Extreme Park kat Seksyen 13 pulak" Jawab John. "Actually, kitorang nak main Skytrex and Paintball, tapi kurang seorang ahli. Ada kawan kitorang sorang tu ada hal family esok so dia kena balik rumah. Alang-alang memang kurang seorang, tu yang kitorang decide nak ajak kau. Nak ikut?" Tanya John lagi.

Haikal angkat bahu. "Tak kisah je sebenarnya. Siapa je pergi lagi?" Tanya Haikal curious.

"Aku, Hisha and ada la kengkawan kitorang sikit."

Haikal usha Hisha lepas tu. Mamat tu husyuk makan and tak sampuk pun perbualan dorang berdua. "Hisha and kengkawan korang ni okay ke kalau aku join sama?"

Hisha dongak pandang dia. "okay je. aku rasa dorang tak kisah. Lagipun kitorang memang kurang sorang and da bayar segala bagai siap-siap. So daripada membazir , baik kitorang ajak kau kan? At least dapat jejalan jugak hujung minggu ni. Ke kau ada rancangan kau sendiri?"

"eh tak la." Nafi Haikal. "okay je nak join. Lagipun bosan jugak duk hostel tak buat apa." Haikal gelak hambar. "Kengkawan aku pun tak cakap nak pergi mana-mana. So, okay je kot nak follow korang."

"cool. So, esok jumpa kat Dewan Makan je la. Kita gerak lepas breakfast." Bagitahu Hisha.

"okay." Haikal sengih lebar. Yeayyyyyyy! Dia da terasa nak buat joget lambak da kat situ. Boleh jugak aku chow dari kolej. At least kalau Paan atau Imran carik dia, sah-sah dia da takde kat kolej. Hip Hip Hooray. Sah-sah si setan dua ekor tu tak boleh nak kacau dia kat kolej esok.

"kau apesal nampak macam happy sangat ni?" tanya John pelik.

Haikal senyum lagi. "takde apa-apa. Just happy." Senyum lagi.

"tak salah." John balas. "geez, you look pervert,"

Haikal angkat bahu tanda tak kisah sebelum sambung makan.

"malam ni kau tidur bilik kitorang lagi ke Haikal?" tanya John.

Automatik dia pandang Hisha and Hisha pandang dia balik. haha. Entah kenapa dia bertindak balas sebegitu rupa lepas dengar soalan John. Hisha angkat-angkat kening seolah-olah tanya dia sama ada dia tidur kat bilik dorang ataupun tak malam ni.

John petik-petik jari. "guys, tak payah la nak berbalas pandangan antara satu sama lain macam tu." John pandang dorang berdua silih bergantu. "Korang sumpah pelik." Gumam John.

"aah, tidur kot bilik korang malam ni." Jawab Haikal sebelum perlahan-lahan kasi jawapan dekat John. Dia nampak Hisha sengih kecik sambil tunduk hadap makann.

RemajaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora