Pocong

7.3K 316 86
                                    

-author sebenarnya paling seram dgn pocong berbanding hantu-hantu yg ada di Malaysia ni. Mungkin sebab kita pun akan jadi macam tu. Hish. Terpaksa kuatkan semangat nak tulis part ni! Gambar akan diletakkan kemudian...-

Alkisahnya...

Seorang perempuan yg tinggal bersendirian di sebuah pangsapuri yg terletak di Serdang walaupun dia bekerja di KL. Dia sering jugak dengar mendengar cerita-cerita hantu daripada penduduk setempat. Dia pun malas nak ambil kisah sebb selama dia duduk menyewa takde ape pun yg berlaku.

Suatu hari tu, kecoh satu block pangsapuri tentang salah seorang penduduk di situ terserempak atau ternampak kelibat pocong yg melompat lompat di sekitar block tu. Pak Guard kat situ pun pernah jugak ternampak kelibat 'manusia' berbungkus tu tapi itu semua tak dapat nak lemahkan semangat si perempuan tu. Dia tak akan percaya perkara sebegitu sehinggalah dia menjumpai kesahihannya.

Ada lah satu malam ni, si perempuan tu cuba nak tidur tapi tak boleh. Puas dipaksa matanya tetapi tidak mahu jugak terlena. Mana taknya, esok kene kerja nanti tak pasal-pasal tertidur waktu bekerja siang hari.

Dia pun cuba ikhtiar dgn membaca buku untuk menjemput rasa mengantuk tu. Akhirnya dia berjaya menidurkan diri. Entah macam mane, dia terjaga dan rasa seperti diperhatikan seseorg.

TERGAMAM! TERKEDU!

Apabila yg memerhatikannya adalah makhluk yg pernah menggemparkan tempat sewanya iaitu POCONG! Elok saja dia berdiri di hujung katil perempuan tu.

Lampu yg tidak ditutupnya sebelum tidur tu lah dia dapat lihat susuk si POCONG tu. Dengan jelas dia nampak kain yg membaluti makhluk terdebut mempunyai kesan tanah, muka berwarna hijau (bukan mak ko hijou eh readers sekalian), dahi yg berlipat buruk sekali dan matanya yg seakan-akan hendak terkeluar atau terbeliak.

Dia seperti dipaksa bertentang mata dgn si kain putih itu selama 3 jam lamanya. Ayat-ayat suci Al-Quran juga dibaca secara tunggang langgang akibat ketakutan yg kian memuncak di dalam diri.

Namun, makhluk itu kian hilang,pudar dan kabur daripada pandangan mata perempuan itu apabila laungan azan bergema di telinga...

-kisah pocong yg ditaipkan ini memang pendek namatey sbb author tak suka gila nametey. Kalau semangat dah kembali, author akan menaip lebih banyak cerita mengenai sweet...-


Horror Stories (Malay)Where stories live. Discover now