Hanya Aku

4.6K 233 19
                                    

Aku mula merantau ke Perlis pada tahun 1996 sebagai seorang pelajar MRSM. Aku dapat asrama di blok C. Waktu tu satu bilik 4 orang. Kebetulan waktu tu bilik sebelah tertutup pintunya dan yang pelik kenapa perlu sampai kena palang dan memaku pintu tu? Aku pun tak fikirlah apa-apa dan beranggapan yang bilik tu tempat simpan barang-barang. Maka bermula kisah di malam hari...

Malam Sabtu, ramai budak-budak asrama balik ke syurga mereka. Aku? Mereput jelah dekat asrama tu sebab aku duduk Selangor. Jauh. Jadi, yang tak balik ke rumah ni semuanya lepak-lepak dalam bilik aku sebab aku ni tokey komik.

Tak semena-mena, ada.lah seorang senior ni pergi 'persembahkan' cerita hantu. Lepas daripada tu, masing-masing takut nak keluar dan pergi tidur. Bayangkan 15 orang terpaksalah bersesak dalam bilik yg mampu memuatkan 4 orang sahaja. Nazak oii!

Mungkin dalam pukul 3, aku terjaga dari tidur sebab terasa macan silau. Rupanya pintu bilik aku ada orang bukak. Aku tengoklah siapa..." ouh budak.ni rupanya (lupa nama). "

Aku pun sambung tidur. Esoknya, aku tanyalah pelarian dalam bilik aku ni pasal budak yang bukak pintu tu. Tapi semua cakap yg mamat tu dah balik Jumaat petang.

Habis tu siapa pulak yang aku nampak semalam? Kenapa semua tak sedar pintu bilik terbuka tapi hanya aku yang ...

Start daripada kejadian tu, aku mula diganggu, satu demi satu yang datang...

Horror Stories (Malay)Where stories live. Discover now