aku gadis hijrah..

473 12 4
                                    

"eee dahla tudung labuh tapi gelak terbahak-bahak"
"budak usrah tapi minum pon berdiri"
"tegur orang tapi ikhtilat dia bukan main lagi"
"sibuk ceramah orang sana sini tapi diri sendiri pon goyang"
"konon join liqa' join usrah tapi k-pop tak tinggal"

Pernah dengar macam kat atas tu ?
Pernah kena ?
Kena depan-depan atau di laman sosial ?
Peritkan ?
Penghijrahan terima kritikan ?
Dear gadis bertudung labuh,
Kau aku kita kena kuat ..
Kita bukan maksum ..
Biarlah orang cakap apa pon pasal kita ..depa bukan tau proses hijrah kita..
Ingat senang kaa nak ubah minum duduk sebab zaman dolu-dolu memang kita suka betul minum berdiri sambil jalan-jalan tawaf sekolah dengan milo aih cik kantin..
Ingat senang ke nak jaga ikhtilat (pergaulan lelaki perempuan),kalo dolu-dolu kita ni memang style ganas yang merepek dengan lelaki time sekolah sebelum hijrah ni..
Ingat senang kaa kita ni nak bertudung labuh teruih jadi orang yang jalan tunduk bawah pastu terlanggar tiang ..
Gadis-gadis yang sudah melalui proses perubahan mesti paham apa yang cuba aku sampaikan ..
Kita ni biase-biase je awak-awak yang suke komen kita itu ini ..kita di zaman jahiliah dulu ketua jahiliah tau tak ? Tapi kita dapat turning point..
Apa ingat senang nak berubah mendadak jadi ustazah pilihan ke ?
Susah tau tak ?
Perubahan ini aku cakap kat kau memang,
Penuh airmata,
Penuh drama,
Penuh noda,
Tapi aku suke jalan ni..
Jalan ni buat aku sedar..
Manusia memang hopeless..
Hopeless nak tolong aku
Hopeless nak buat aku happy..
Sebab tu aku berubah..
Mula-mula aku aku pakai handsock pastu stokin..
Sekarang tudung aku dah labuh tutup dada dan perut (pasal kalo kau tutup dada kau ngam ngam,nanti kau angkat tangan satgi ternampak juga dada kau tu)
Aku suke aku sekarang..
Kalau ko tengok kami-kami yang bertudung labuh ni tunduk pandangan, jaga ikhtilat, minum duduk, baik 24 jam tu..
Sorrylah..
Kami ni manusia biasa ..
Masih dalam proses tarbiah..
Nak tegur mai meh cakap depan-depan..
Kami hargai..
Nanti kami bole kiss pipi tanda ukhuwah sebab tegur kami. .(akhwat sahaja)
Kalau kami salah,
Kami nakal,
Kami gedik,
Tegur kami.
Tapi jangan depan orang ramai. .
Jaga aib kami deh..
Heheehe..
Last sekali nak cakap korang yang bertudung labuh tu jangan pulak buat pasai tak improve diri dengan alasan kami ni manusia biasa..
Aku ketuk nanti..
Dan kepada yang belum ber'turning point' atau berhijrah,
aku nak cakap satu je,
Bile kau tau manisnye bertudung labuh,
Bestnye lelaki tak pandang kau,
Seronoknya bile dunia ni kau tak kecoh nak kejar..
Tenangnya bile kau tak kejar follower..
Kau akan sedar yang gadis-gadis yang dah lalui 'penghijrahan' bukan biase-biase.. 0:) <3

islam itu indahWhere stories live. Discover now