Ketentuan

36.2K 575 10
                                    

"Jangan lupa kemaskan barang kau yang nak bawak ke sana tau!" suara Azlina yang excited dari telefon pintar kepunyaanku.

"Yalah makcik! Aku tak akan lupa. By the way, kita pergi sana lima hari kan?" Soalku. Hendak pastikan supaya senang aku nak bagitau ibu dan ayah bahawa aku pergi bercuti (berjimba) bersama kawan-kawan.

"Aah, lima hari aje. Ha okay lah bye Assalamualaikum! Aku ada banyak benda yang nak dikemas. Make sure, besok pukul 7pagi aku ambil kau dekat rumah alright? " kata Azlina mengingati aku.

Almaklumlah, aku ni kekadang pelupa sikit. Nasiblah ada si Nurul Azlina ni a.k.a kawan aku yang sedia berkhidmat katanya!

"Haa... okay okay. Bye Waalaikumasalam" balas aku lantas mematikan panggilan telefon.

Wahhh! Tak sabarnya esok nak pergi berjimba dengan kengkawan! Lahai dekat saja,Cameron Highlands. Dah lama tak jejak kaki dekat sana. Besok boleh la singgah rumah makcik kejap dekat Pahang.

Kita dah cerita panjang ni tapi nama tak tau. Haha. My name, Nurin Az-Zahra. Umur 23 tahun. Muda lagi.. still duduk dengan parents sebab tak nak berjauhan. Ada dua adik satu lelaki satu perempuan. Yang lelaki umur 18 tahun. Nama Muhamad Hafiz. Dia baru habis ambil SPM. Yang lagi satu ni nama dia Nur Izzatul Natasya,umur 15 tahun. Dia pulak baru habis ambil PT3. Kebetulan pulak dua dua ada periksa besar dalam tahun yang sama.

Akhirnya! Habis pun kemas. Esok nak bangun awal. Memang setiap hari bangun awal pun, solat subuh wei... sekarang jam menunjukkan sudah pukul 11 malam. Dah lewat ni selalunya tidur pukul 10. Anyway, I really excited tomorrow!

Ipp! Baca doa dan ayatul kursi sebelum tidur agar dijaga oleh malaikat dari malam sehingga pagi.

Mata ditutup.
Selimut ditarik sehingga dada.
Mulut tersenyum gembira.

Ketentuan ✅Where stories live. Discover now