Bab 4

16.1K 501 4
                                    

Zahra terjaga dek suara lunak Safiyah dan Siti ketawa.. Zahra terlena kerana penat memikirkan tentang Mikhail yang akan bersama-samanya menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Dia risau akan Mikhail akan memberitahu kawan-kawannya tentang hubungan mereka. Nik Nur Farhana sahaja yang mengetahui tentang hubungan Zahra dan Mikhail. Nik sekarang berada di Kelantan, rumah nendanya.

Memang tak salah, tapi, hmm apa-apa saja lah. Ya Allah, permudahkan lah urusanku di Cameron Highlands ini. Kau bukakanlah hati aku ini, untuk menerima Mikhail sebagai suami aku yang sah. Kau berikanlah petunjuk bahawa Mikhail suami aku yang selama ini aku idamkan dan aku berdoa kepada-Mu. Aamin!

"Shh! Senyap sikit, abang aku call ni" kata Azlina ditempat pemandu.

"Okayyy. Eh, Zahra kau dah bangun??" Tegur Intan yang duduk disebelah Zahra.

"Aah.. aku pening kepala sebab tu aku tertidur tadi. Sekarang ni pun.. pening lagi" Jawab Zahra dan memegang kepalanya yang berlapikkan shawl berwarna biru.

"kau nak panadol? Aku ada...kejap" tanya Siti lalu menghulur satu papan panadol yang baru diambil di dalam beg tangannya kepada Zahra.

" thanks Siti" ucap Zahra.

"Okay bye." Ucap Azlina lalu menamatkan panggil dengan abangnya.
"Korang mesti laparkan?" Tanya Azlina sambil memusingkan stereng,membelok kiri untuk singgah ke kedai makan.

"Of course lah beb! Perut dah buat pesta overdose ni!" Jerit Safiyah dari belakang.

"aku pun!" Jerit Siti pula.

"Yalah, makcik makcik sekalian. Bawa bertenang dah nak sampai dah ni!" Jerit Azlina pula untuk membalas dendam. Mereka sudah pun tiba di Cameron Highlands. Cuaca disini sangat sejuk. Tak ada lah sampai takat 0 darjah selsius!

Mereka turun dari kereta dan membetulkan tudung mereka dari pantulan cermin kereta supaya kelihatan lebih cantik gitu. Normallah perempuan 😆😉
Mereka memasuki kedai makan tersebut diikuti Amir dan kawannya. Suasana dikedai itu agak riuh rendah kerana pelanggan yang agak ramai.

"Weyh, kita makan nasi campur lah. Kenyang sikit" kata Zahra sambil memegang perutnya.

"Aku dengan Safiyah pergi cari meja tau" cadang Qisya. Jumlah pelanggan agak ramai jadi Azlina bersama rakannya dan Abang Amir akan duduk berjauhan . Group Zahra dibahagian sini,group Mikhail dibahagian sana.

Tetapi, Zahra dapat mengesan bahawa Mikhail sering melihat dirinya semasa makan walaupun jarak diantara mereka jauh berpuluh kaki. Setelah habis menikmati juadah tengah hari. Mereka berkumpul hadapan kereta mereka masing-masing. Kereta mereka di parking bersebelahan.

" sekarang ni dah pukul 1 30 petang. Kita pergi apartment dulu. Rehatkan diri. Lepas itu pukul 4 atau 5 petang kita keluar pergi Pasar Malam dekat Tanah Rata, nanti Lina whatsapp dekat abang lah, kalau ada ada apa hal tau!" Kata Amir kepada adiknya.

Mereka masuk ke dalam kereta setelah habis perbincangan. Zahra menunggu Siti dan Safiya masuk kereta dulu kerena mereka duduk di belakang. Zahra sempat melihat kereta disebelahnya. Mata Zahra terhenti apabila ternampak Mikhail yang sedang kusyuk memain telefon pintarnya. 'Boleh tahan lah mamat ni, Kacak! My type jugak ni hahaha opss' Getus hati Zahra.

Mikhail sedar akan seorang sedang memerhati dirinya. Dia menoleh ke cermin kereta dan terlihat Zahra melihat dirinya. Lantas Zahra menggalihkan pandangan nya dan sejurus memasuki kereta. Mikhail tersenyum melihat telatah Zahra. 'how can i say that you are cute Nurin Az-Zahra! Kenapa lah aku tak sedarnya dari dulu?' Monolog Mikhail didalam hati. Kalau dah jodoh tak kemana kan.

♥♥♥

Hai! Assalam! I want you to help me something, readers. Kalau boleh tolonglah... please promote cerita ini kepada kawan kawan anda ke siapa-siapa agar membaca cerita saya. :) and terima kasih kasih kasih kerana membaca this story. Saya akan cuba sedaya upaya untuk update cepat-cepat. Memang cadang nak update cecepat pun! Story ni akan habis sebelum tahun 2016. :)

Ketentuan ✅Where stories live. Discover now