9

166 11 0
                                    

"Mimi pakai tudung. Afiq datang" Aidil menyerahkan tudung kepada Mimi.

Mimi memakai tudungnya.

"Hai, sihat dah?" Afiq duduk di tepi kaki Mimi.

Mimi mengangguk. "Dah. Abang.. orang boring lah"

"Mimi nak pergi mana?"

"Ermm TS"

"Okay. Mimi siap lah"

"Eh, betul ke abang nak teman orang?" Mimi terkejut. Dia sebenarnya saja je cakap nak pergi TS.

"Betul lah. Lepastu kita pergi beli barang untuk berniaga esok. Tapi Mimi dah betul betul okay ke nak buka kedai ni. Larat ke?"

"Larat lah. Okaylah, orang nak siap dulu"

Afiq keluar dari bilik Mimi lalu menutup pintu bilik Mimi.

Mimi hanya tinggal kunci dari dalam.

Mimi keluar dari bilik setelah bersiap.

"Amboi, cantiknya dia" kata Afiq sambil memandang Mimi dari atas sampai bawah.

Mimi tersenyum. "Abang Aidil dengan Aqil tak ikut ke?" Mimi memandang Aidil.

"Tak lah. Kejap lagi kawan abang datang. Nak bincang pasal kelas tambahan untuk budak form 3"

"Hermm. Nanti bila ibu dan ayah dah balik, cakap orang pergi TS lepastu nak beli barang kedai sikit dengan abang Afiq"

Aidil mengangguk.

Mimi dan Afiq keluar dari rumah. Mimi menuju ke kereta, Afiq menuju ke motor.

"Abang?" Mimi menjongketkan keningnya.

"Hehehe. Abang gurau je" Afiq berjalan menuju ke kereta.

"Beragak lah orang nak naik motor dengan abang"

"Hahaha!" Afiq tergelak.

Sampai sahaja di TS, mereka pergi ke Vivo.

"Mimi nak makan apa?" Afiq menyelak menu makanan.

"Ermm classic caesar salad and mango delight"

Setelah mereka mengoder, mereka berbual bual semasa menunggu makanan sampai.

"Tengah hari, makan lah makanan berat sikit. Ni tak, yang dimakannya salad" kata Afiq.

Mimi tersengih.

"Biasa kalau mak abang buka kedai, ikut jadual esok masak apa?" Mimi menukar topik.

"Tak kisah. Tapi biasa nya, esok.. nasi lemak, sambal sotong, rendang ayam dengan.. rendang kerang"

"Ermm okay. Kerang tu, kerang siap kopek ke belum?" Mimi bertanya lagi.

"Belum. Tapi kalau Mimi yang masak. Beli yang dah kopek je lah. Buat penat je nak kopek kopek kerang tu"

"Alah, biar lah. Bukan susah pun nak kopek kerang tu"

Afiq mengangguk.

Mimi membuka wechat di phone nya.

"Aik? Budak ni lagi? Hahaha, sedih betul. Dah kena tolak banyak kali pun still tanya lagi" kata Mimi.

Flashback.

Mimi membuka wechatnya kerana kebosanan.

"Hurmm, siapalah yang tak ada kerja nak chat orang pukul 3 pagi ni" kata Mimi apabila terdengar bunyi menandakan ada notification masuk.

Mimi membuka chat tersebut.

"Hai" orang itu menyapa Mimi, atau di kenali sebagai Rashid.

"Hai" orang itu kata sepatah, Mimi menjawab sepatah.

"Boleh kita berkenalan?"

"Eh, bukan kita memang kenal ke?" Rashid itu sebenarnya rakan sekelasnya.

"Ermm, maybe kenal as pasangan. Do you want to be my girlfriend?"

Mimi tergelak. Dia terus keluar dari wechat itu.

"Hahaha! Tak boleh blah betul lah! Ya pun nak ngorat aku face to face lah! Ni main pakai wechat, hahaha!" Ketawa Mimi semakin menjadi jadi.

End flashback.

"Hai, makwe teringat pakwe ke?" Afiq menegur Mimi yang sedang tersenyum sorang sorang.

"Pakwe ke benda nya. Ni hah" Mimi menyerahkan phone nya kepada Afiq. "Scroll sampai habis"

"Hahaha, huish sampai 6 kali? Macam betul betul nak je.." kata Afiq setelah membaca semua chat antara Mimi dan Rashid.

"Eee betul betul ke, tak betul ke, tak nak orang" Mimi membuat muka.

"Hahaha, tak baik tau. Mimi dah ada pilihan hati sendiri eh?"

Mimi tersenyum.

"Haa senyum senyum ni mesti dah ada. Cerita lah orang tu macam mana? Dia orang mana? Umur berapa?" Afiq ingin mengorek rahsia.

'Heh memang tak lah orang nak bagitau kantoi orang minat kat abang' kata Mimi di dalam hati.

"Heh, mana boleh bagi tau. Secret" Mimi menggeleng gelengkan kepalanya.

"Eleh, dah pandai nak bersecret secret eh sekarang. Haa daripada hari tu lagi abang nak tanya tapi abang lupa" kata kata Afiq terhenti.

"Tanya apa?" Mimi jadi semangat ingin mengetahui apa yang ingin di tanyakan oleh Afiq.

"Ermm, Mimi dengan Aidil memang dah tak rapat macam dulu eh?"

"Bukan tak rapat, rapat. Tapi cuma.. cuma.. cuma.. cuma orang rasa macam pelik pulak bila ada abang Aidil kat rumah"

"Hurmm biasa lah tu, tapi Mimi kena juga biasakan"

"Orang tengah cuba lah. Tapi abang sendiri boleh nampak kan. Abang Aidil tu masa hari cuti pun busy. Macam mana orang nak biasakan"

Vote and

My Crush!Where stories live. Discover now