BEDAH oleh FAIZ NAZIM

1.4K 28 8
                                    


"Ayang..."

"Ya abang?"

"Tolong urutkan badan abang ni boleh tak?" Asyraf meminta lembut. Dia sudah terbaring di atas katil. Tidak berbaju dan hanya berboxer. Dia selesa begitu. Entah kenapa, sejak sehari dua ini sakit pinggangnya menjadi-jadi. Badan pula rasa panas-panas. Walau tingkap kamar dibiar terbuka luas. Masih juga berpeluh seolah keringat berlari marathon.

Global warming fikirnya. Mungkin.

"Alah... gediklah abang ni. Ayang kan baru je balik dari kursus." Lina membalas. Sengaja dia bergurau dengan suaminya.

Lina merasakan Asyraf sebenarnya rindu yang teramat. Ah, biar suaminya meminta lagi. Suka benar mendengar permintaan yang berulang kali. Seolah dirasakan dirinya perlu; penting teramat. That "you're needed, indeed" feeling.

"Ayang... bolehlah. Nak bermanja pun dah tak boleh ke? Lagipun abang memang betul-betul sakit badan ni. Especially kat pinggang." Asyraf cuba meminta lagi sambil membuat muka sedih dan buat-buat mengurut badannya sendiri. Dia sudah terbiasa. Apa-apa permintaan, kalau diminta pada isterinya, hanya kali yang kedua baru akan ditunaikan.

Teringat kembali dia pada kata-kata Lina semasa malam pertama mereka. "Kalau nak, minta dua kali baru orang tahu. First time, the words might be accidental, but second time? That's no coincidence that I will grant for sure."

Apa punya formula yang dicedok pun Asyraf tidak tahu. Dia menurut sahaja.

"Okaylah. Sayang suami punya pasal." Lina menjawab sambil senyum manis yang menguntum. Dia pun duduk bersimpuh di atas katil menghadap suaminya yang sudah terlentang tanpa.

Masih tegap juga tubuh suaminya itu walau sudah dua tahun mereka berumah tangga. Tidak seperti mitos-mitos orang kononnya, laki-laki ini, mahu tak mahu, dah kahwin nanti, six packs jadi two packs juga. Jangan mimpi lah nak maintain. Tapi untuk situasi Asyraf, bukan sekadar six packs sahaja yang masih membonjol, biceps dan triceps Asyraf masih boleh tahan kepejalannya. Tergiur Lina mengurut lelakinya itu.

Haish, baru je balik dari kursus. Penatlah aku nak main malam ni. Menduga betul jantan aku ni.

"Err. Ayang..." Asyraf bersuara memecahkan lamunan Lina.

"Apa dia?" Lina bertanya mudah.

"Abang ada benda nak cerita. Tentang housemate abang dengan housemate ayang dulu tu." Asyraf menjawab.

"Luqman dengan Zulaika?" Lina cuba mendapatkan kepastian.

"Haah." Asyraf mengiyakan.

Siapa tak ingat mereka berdua tu. Melekat macam gam. Kemain lagi nak buktikan yang diorang macam pinang dibelah dua. Cincin dengan permata. Isi dengan kuku. Aur dengan tebing. Dan semua peribahasa lain yang ada senang cerita. Pergh! Rapat dan mesranya, tak boleh dikalahkan. Boleh dapat diabetes siapa yang melihat. Sweet sangat.

"Cerita apa pasal diorang?" Lina bertanya lagi. Semakin bertambah rasa mahu tahu dia. Baru dua hari dia keluar berkursus, sudah ada gosip pula suaminya itu.

"Ceritanya macam ni..." Asyraf mengambil lajak sebelum ceritanya itu. Cerita yang dia harap tidak mengena pada sesiapa lagi. Paling kurang, tidak pada rumah tangga mereka.

***

Luqman merasakan sesuatu tidak kena. Bayangan dua tahun lalu mula menjelma kembali. Kali ini lebih agresif. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bila bertemu doktor, katanya halusinasi semata. Ada masalah pada bahagian di pons dan brain stem kononnya. Bermacam ubat dan ujian ingin diberikan. Dan pada Luqman, itu tak lain tak bukan, hanya eksploitasi doktor untuk mengorek poketnya yang sudah sedia berlubang.

RASUK: ANTOLOGI CERPENWhere stories live. Discover now