HPB38

4.8K 132 0
                                    

Malam itu, Syafiee telah tidur dengan nyenyak. Air mata Balqis mengalir lagi. Dia teringat akan kata-kata Doktor Atika. 'Maafkan saya puan Balqis. Awak menghidap penyakit buah pinggang. Buah pinggang awak telah rosak. Kita terpaksa menunggu penderma yang sudi dermakan buah pinggang mereka untuk awak namun begitu bukan mudah untuk mendapatkannya kerana kita perlu memastikan buah pinggang mereka sesuai untuk awak. Tempoh awak tak panjang, puan. Kira-kira, hanya dalam masa 5 bulan sahaja' kata-kata Doktor Atika bermain-main di kotak fikiran Balqis. Dia keluar dari bilik. Dia tidak mahu menganggu Syafiee yang sedang tidur. Dia ke halaman rumah. Dia memandang langit. 'Jika ditakdirkan aku pergi mengikut jejak papa, aku redha. Jika ditakdirkan jangka hayat aku hanya tinggal 5 bulan, aku redha. Jika ditakdirkan tiada penderma yang sesuai untuk aku, aku redha. Jika ditakdirkan aku akan pergi meninggalkan Syafiee, mama dan umi secepat ini, aku redha. Aku redha, Ya Allah. Aku redha' Balqis menangis semahu-mahunya malam itu. Dia tidak mahu memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya. Dia tidak mahu ahli keluarganya berasa risau akan dirinya. 'Ok Puteri Balqis. Kau tak boleh nangis. Kau kena kuat. You have to show that you're fine. Yaa. I have to learn to face the fact. Insha allah, semuanya akan ok' kata Balqis sambil mengelap air matanya dan masuk semula ke dalam bilik.

Hati Puteri BalqisDonde viven las historias. Descúbrelo ahora