HPB41

4.9K 128 1
                                    

Setelah keadaan kembali tenang, Syazmie pun sudah boleh menerima kenyataan yang dia tidak ditakdirkan hidup bersama Balqis. Syafiee menceritakan tentang keadaan Balqis kepada Syazmie. 'Kau tak cuba bawa doktor datang sini?' tanya Syazmie. 'Aku ada sorang kawan doktor tapi sekarang dia dah pindah. Aku tak tahu nak bawa doktor mana lagi' jawab Syafiee. Mereka berdua diam sejenak. 'Kejap. Aku rasa aku tahu siapa yang boleh tolong kita' tiba-tiba Syazmie mempunyai idea. Sebuah kereta Avanza berwarna hitam singgah di halaman rumah itu. 'Haa inila dia kawan aku yang aku bagitahu tadi. Doktor Atika nama dia' kata Syazmie memperkenalkan doktor yang juga selama ini merawat Balqis namun Syafiee belum lagi mengetahui perkara yang sebenar. Doktor Atika juga tidak mengetahui bahawa Syafiee adalah suami kepada Puteri Balqis. Setelah masuk ke dalam bilik, alangkah terkejutnya doktor Atika apabila melihat Balqis. 'Kenapa tika?' tanya Syazmie. 'Balqis ni wife u?' tanya Atika pada Syafiee. Syafiee mengangguk. 'Kecilnya dunia. Dia ada beritahu awak apa-apa? tanya doktor Atika lagi. 'Takda pula. Kenapa ya?' tanya Syafiee pelik. 'Biarkan dia rehat kat sini. Saya ada sesuatu nak bagitahu awak' kata doktor Atika. Doktor Atika membuka kot putihnya itu. 'Saya minta maaf sekiranya perkara ini akan membuat awak sedih tapi inilah kenyataannya. Sebenarnya Balqis adalah pesakit saya. Saya mendapati, dia menghidap penyakit buah pinggang. Salah satu buah pinggangnya telah rosak dan kini kami sedang menunggu penderma yang sesuai untuk Balqis' kata-kata yang dikeluarkan oleh doktor Atika sangat mengejutkan Syafiee. Begitu juga dengan Syazmie. Syafiee tidak dapat berkata apa-apa.

Hati Puteri BalqisWhere stories live. Discover now