CERITA HANTU

1K 27 0
                                    


"Susah nak buang pendamping!"

Sebenarnya, Mahadhir tidak habis modal yang banyak. Jarang dia membeli sebaliknya, koleksi yang dimilikinya kebanyakannya diberikan orang. Malah, acap kali juga dia mendapat pemberian melalui alam ghaib sama ada melalui mimpi atau separuh sedar.

Mahadhir pernah bermimpi didatangi seorang lelaki berjubah putih yang berpesan agar menjaga sebatang tombak lama yang pernah digunakan sewaktu zaman Kesultanan Selangor pada abad ke-18. "Keesokannya bila saya bangun, saya lihat tombak itu sudah ada di tempat seperti yang diberitahu lelaki itu. Malah, sering kali juga saya mendapat keris dan batu melalui cara begitu. Kadangkala bila jaga dari tidur, batu yang diberikan dalam mimpi itu sudah ada dalam genggaman tangan," ceritanya lagi.

Apa khasiatnya? Entahlah. Guru mengaji itu tidak berminat untuk mengetahuinya. Yang penting, barang yang sampai ke tangannya biarlah 'bersih' dan tidak mendatangkan gangguan.

"Memang saya akui barang-barang lama begini ada pendamping. Selalunya kalau barang itu ada penjaga', saya akan tinggalkan barang itu di suatu tempat dahulu untuk dua atau tiga hari.

"Adalah interaksi saya dengan 'penjaga' itu. Jika ia minta tinggalkan di suati tempat, di situlah saya akan letakkan barang itu. Bila sudah 'bersih', baru saya bawa pulang ke rumah. Jika 'benda' itu tak mahu pergi, saya akan tinggalkan saja barang itu," ujarnya yang tidak mahu barangan yang 'berpenghuni' kelak mengganggu ketenteraman keluarganya.

Ada sekali Mahadhir mendapat sebiji labu air dari sebuah rumah lama yang terbiar. Ada banyak 'penghuni' dalam labu itu. Setelah 'berbincang' dengan penghuni itu, Mahadhir kumpulkan kesemua mereka dan letak dalam bungkusan untuk dihanyutkan dalam air mengalir.

Lalu dia menyuruh salah seorang anak muridnya untuk mencampakkan bungkusan itu ke dalam sungai. Tetapi, anak muridnya hanya meletakkan bungkusan tersebut di bawah jambatan di tepi sungai. Akibatnya, malam itu anak muridnya menelefon kerana tidak tahan diganggu.

"Memang agak susah nak buang 'pendamping'. Tapi, disebabkan setiap hari saya dan murid- murid mengaji dan buat bacaan ratib di sini, 'benda' itu pun tak tahan hendak tinggal lama di sini sebab panas," katanya lagi.

Jadi, barangan lama ini semuanva bersih'?

Mahadhir anggukkan kepala pada pertanyaan gadis itu.

Fuhh! Gadis itu tarik nafas lega. Bolehlah jari jemarinya menyentuh barangan di situ. Kalau tidak, gerun juga dibuatnya. Tak fasal-fasal nanti ada pendamping ikutnya pulang ke Kuala Lumpur pula.

Kemudian, mata gadis itu terpandang bilik kecil di bahagian belakang. Dalam bilik itu hanya muat-muat sebuah katil lama bagai zaman dulu kala. Tanya si gadis lagi, apa pula cerita katil itu?

"Oh! Katil itu saya bawa pulang dari sebuah rumah pusaka yang terbiar di Kuala Pilah. Saya minta izin dari warisnya. Kata pewarisnya, mereka sendiri takut hendak masuk apatah lagi mengambil barangan lama dalam rumah itu," jawab Mahadhir.

Dia yang tertarik dengan katil besi klasik itu membawanya pulang ke rumahnya di Pasir Panjang, Port Dickson. Malam itu semasa tidur, Mahadhir bermimpi didatangi lembaga hitam yang besar yang marah kerana mengambil katil itu. Lembaga itu memijak-mijak tubuhnya.

"Saya hanya terjaga bila ibu mengejutkan kerana mendengar saya terjerit-jerit. Walaupun mimpi, tapi tubuh saya terasa sakit-sakit. Pernah saya pujuk lembaga itu untuk pergi, tapi dia enggan," jawabnya lagi.

Jadi, katil besi itu masih ada 'tuannya'? Si gadis mula rasa seram seram sejuk.

"Katil itu sudah 'bersih'. Jangan risau," jawabnya dalam senyuman. Tunggu sebentar. Dahi si gadis berkerut. Bukankah tadi Mahadhir memberitahu dia gagal memujuk lembaga hitam itu pergi. Jadi, siapa yang berjaya mengusirnya?

"Penghulu bunian!" Pantas mulut Mahadhir menjawab membuat mulut si gadis melopong kembali.

CERITA HANTU MALAYSIAWhere stories live. Discover now