13

730 30 3
                                    

Qasya menyalami tangan Ikhwan sebelum berangkat ke sekolah.Tangannya di sambut lembut Ikhwan.Ikhwan turut mencium dahi Qasya.Qasya tersenyum-senyum seorang diri mengenangkan peristiwa yang berlaku pada dirinya pagi tadi.

Haqym yang dari tadi berada di sisinya tidak disedari.Haqym pelik melihat BFFL nya senyum-senyum sorang diri macam orang utan dapat makanan.Haqym segera menegur Qasya sebelum guru-guru lain fikir Qasya sudah sakit mental.

"Qasya,awak ni dah kenapa?Senyum sorang².Dah macam orang terencat pun ada.Cer cite kat kitew..Jahatnya dia happy sorang² aje.Bffl kesayangan ni tak nak diajak?"Haqym memusingkan tangan ke kiri dan kanan persis gaya ucop dalam Hantu Kak Limah..Qasya yang tadi tersenyum-senyum,tiba berubah menjadi muka garang macam singa.Marah dengan Haqym yang mengganggu dirinya yang tengah dalam mood happy.

"Qym,awak Ni kan.Terkejut saya dibuatnya...Kalau awak bukan Bffl tersayang saya,dah lama tapak tangan saya ni melayang kat muka awak yang 'hensem' tu.Saya boleh pakai sarung tangan apa untuk tampar awak"Qasya mengangkat dua jari dari setiap tangan dan menggerakkan 'mereka' semasa menyebut perkataan hensem.Kembang kempis hidung Haqym mendengar Qasya memujinya buat pertama kali walaupun dia tahu Qasya menyindirnya tetapi dia tidak kisah asalkan ada juga insan yang sudi memanggilnya handsome even bukan dari hati.

"Takde papelah.Saya senyum-senyum pun tak boleh,ke?Habistu saya perlu buat apa?Marah?sedih? Bila saya tengah happy?ke saya perlu teriak dekat rooftop tu dan jerit Saya gembira?Macam tu?".Qasya masih enggan memberitahu perkara yang membuatkan dia tak tentu hala asyik senyum aje."Takpelah...nampaknya diri ini tiada orang yang sayang."Haqym buat nada merajuk.Qasya menjadi serba salah tetapi egonya perlu diteruskan kalau tidak jatuh maruahnya.

Qasya sempat meminta maaf kepada Haqym kerana belum bersedia untuk menceritakannya sebelum berlalu pergi meninggal Haqym yang berpura-pura merajuk supaya Qasya simpati.Tapi,apa yang dia dapat?Makan hati aje dengan Qasya.Dia mendengus kecil.

Qasya masuk kelas 6Bestari sambil membimbit sebekas kek yang diletakkan dalam bekas Tupperware pinky.Minda Pelajar 6Bestari ligat meneka apa yang terdapat di sebalik bekas pinki itu.Sebaik sahaja Qasya melangkah,pelajar 6Bestari bangun dari kerusi.Qasya memberi salam dan disambut baik para pelajarnya.

"Hari ini saya ada bawakan kek coklat yang saya buatkan khas untuk kamu semua petang semalam.Kek ini sebagai tanda untuk kita merapatkan lagi hubungan."Bunyi cengkerik mula menyinggah dalam kelas itu.Qasya yang tadi tersenyum lebar mengecutkan senyumanmya.Dia sedikit kecewa dengan pelajarnya yang seperti menganggap dia tidak pandai masak kerana baru berumur 23 tahun.Qasya tetap tersenyum walaupun dalam badannya sudah dibanjiri dengan tangisan."so,siapa yang nak cuba dahulu."Ayuni yang berbadan gempal mengangkat tangannya tanda menginginkan kek Qasya.Qasya sedikit gembira.

"Kau ni Yuni,kalau pasal makanan number one.Kalau belajar huh...hampeh!Aku rasa kau ni patut di reward sebagai The Queen of Food,kot."Suasana kelas yang dipenuhi cengkerik mula bising macam pasar dengan suara berapa orang pelajar yang setuju dengan ejekan Naqib.Qasya mula bersuara mempertahankan Ayuni,"Naqib,jaga sikit mulut kamu tu.Kalau kamu di tempat dia,apa yang kamu rasa di hina sebegitu rupa".Tubir mata Ayuni dipenuhi dengan linangan air mata yang menunggu masa sahaja untuk gugur.Naqib buat muka selamba aje.Macam tiada masalah.Ayuni duduk kembali di tempat duduknya kerana malu dengan ejekan Naqib.

Kelas menjadi senyap seperti semula.Adam bersuara memecah kesunyian,"Cik Qasya...kek ni untuk berbaik ngan kita orang?Aduh,childish betul la Cik Qasya ni.Kita orang ni dah besar tak perlu di beri kek kek bagai.Jiwa kita orang dah berubah 360° daripada budak kecik."merah padam muka Qasya menahan marah apabila disindir childish oleh pelajarnya,Adam yang turut merupakan gangster sekolah."Cik Qasya,apa kata Cik Qasya call sekali birthday party planner supaya bawakkan sekali belon-belon,topeng-topeng separuh muka or penuh gambar barbie,pooh datang sini sekaligus boleh sambut salam perkenalan kita"Danny menyambung ayat Adam.Sepertinya,mereka sepakat.

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now