[KISAH 1 ] Gerbang Ke Syurga

526 12 0
                                    

Aisyah Binti Abu Bakar as-Siddik dan Hafsah binti Umar al-Khattab, dua wanita yang amat dikasihi Rasulullah, kerana kedua - duanya wanita sahabat yang turut melibatkan diri secara aktif dalam menyampaikan dakwah Islamiyah.

Rasulullah s.a.w menikahi Aisyah atas perintah daripada Allah s.w.t ,Jibril a.s. sendirilah yang datang menemui baginda untuk membawa perintah dari langit dengan suatu bentuk pelambang sehelai kain sutera yang amat indah. Oleh itu tidak hairan kalau baginda amat mengasihi Aisyah r.a.

Sementara Hafsah, Rasulullah s.a.w. nikahi setelah menjanda, untuk mengubati kedukaan Umar bin al-Khattab dan setelah ditolak oleh Abu Bakar as-Siddik dan Usman bin Affan. Keputusan baginda untuk berkahwin dengan Hafsah ini adalah untuk melenyapkan kesedihan sahabatnya Umar bin al-Khattab dan puterinya itu, supaya usaha-usaha mempergiatkan dakwah lebih licin dan berkesan.

Kedua-dua puteri sahabat dekat Rasulullah ini, yang dinikahi baginda berdasarkan sebab-sebab tertentu, merupakan teladan dalam bidang kesucian serta pengalaman agama semoga Allah meredai mereka tetapi sebagai manusia yang mempunyai kelemahan- kelemahan , meteka pun tidak luput daripada ketidak sempurnaan. Mereka juga pernah terdorong melakukan perkara yang tidak dikehendaki syarak. Dan hal ini tidak perlu menjadi punca kekeliruan bagi kaum wanita.

Kekeliruan yang pernah mereka perbuat tidaklah seharusnya dijadikan ikutan, tetapi lebih merupakan tamsilan / tauladan bahawa orang-orang yang kuat imannya pun adakalanya terdorong melakukan perkara yang dilarang. Dan ini bukanlah cara yang menghantar ke syurga.

Jalan menuju syurga itu ialah pegangan yang kukuh pada nilai - nilai kebenaran yang ditetapkan oleh Islam. Kebenaran inilah yang mendominasikan keseluruhan hidupnya tidak kira dalam keadaan bagaimana dan waktu bila pun. Ini bererti mesti mempunyai sikap yang jelas dan tegas menolak segala perangkap hawa nafsu dan tipu muslihat syaitan, sama ada dalam bentuk yang menggiurkan ataupun yang menakutkan.

Wahai wanita - wanita beriman, sesungguhnya, Asiyah binyi Muzahim, isteri kepada Firaun merupakan perumpaan yang paling menonjol dalam sejarah umat manusia. Barangkali kerana Asiyah hidup di tengah - tengah suasana yang penuh dengan kepalsuan, kepura-puraan, kesesatan dan kemewahan yang tidak ada bandingannya.

Kalau Asiyah mahu, ia dapat menggunakan kuasa yang mampu meranapkan segala penghalang kepada nafsu jahatnya. Betapa besarnya kekuasaan yang dimilikinya dengan mata awak sendiri dan tidak pernah mendengarnya dengan telinga seakan - akan cerita khayalan yang dibacakan kepada kanak- kanak sebelum tidur.

Asiyah menjadi perumpamaan yang paling menonjol dan istimewa, kerana semua yang ada di sekelilingnya, tidak secuitpun mengurangi nilai keimanan serta keyakinannya. Asiyah mempunyai pendirian yang teguh di depan segala pengaruh luar dan pengaruh dari dalam dirinya, ia tidak pernah menyerah kalah terhadap semua itu. Bahkan, Asiyah menafikan setiap pengaruh yang negatif itu, lsntas ia munajat kepada Allah sambil memohon :

" Wahai Tuhanku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di dalam syurga." - Asiyah.

"SEMAKIN HAMPIR SESEORANG
ITU KEPADA ALLAH MAKA SEMAKIN
DAMAI PULA HATI DAN JIWANYA."

[ Rujukan kisah dari buku 'Wanita Paling Bahagia'. ]

MUTIARA HAWAWhere stories live. Discover now