Teaser 5

18.9K 620 15
                                    

"ARGH! Benci!" Rania menghentak stereng kereta sekuat hati. Sakit hatinya bila mengingatkan pengakuan berani mati Emir terhadap Khaira yang sekerat jalan tadi. Bertambah sakit apabila Dato' Khalid ingin menjodohkan Khaira dengan Emir secara tiba-tiba. Langsung dia tidak boleh terima semua itu.

Bukan ini yang dia harapkan setelah penantiannya selama bertahun-tahun menunggu kepulangan Emir ke tanah air.

Ya, memang dia mengaku mereka tidak pernah punya hubungan istimewa selain daripada hubungan kekeluargaan. Tetapi dahulu Emir selalu melayaninya dengan baik dan sentiasa menyokongnya tak kira apa pun yang terjadi. Semua itu membuatkan dia berasa selesa dengan Emir dan menyimpan rasa cinta terhadap sepupunya itu. Semua layanan yang diterima telah menyalah ertikan perasaan Emir terhadapnya pada waktu itu.
Dia tahu hakikat itu. Emir tidak pernah cintakannya. Tapi itu tidak bermakna yang Emir boleh cintakan Khaira setelah segala harapan yang telah dia terima selama ini.

'Kenapalah abang Emir boleh jatuh cinta dengan perempuan tu?! Entah apa yang dia nampak tentang Khaira pun tak tahu.'

"Kau tunggu aje nanti Khaira. The game will begin now. Hahaha." Hilaian tawa tercetus dari bibirnya.

Di Pavilion...

"So, kau ada masalah apa sampai nak release stress dengan aku ni?" Tasha menikmati aiskrim baskin robbin yang mencair di dalam mulut. Ya lah, dah orang nak belanja kan. Telan aje lah. Hehe...

"Daddy aku suruh aku kahwin." Keluhan kecil terlepas dari bibir Khaira. Berat benar rasanya untuk dia utarakan sebaris ayat itu.

"So, kahwin aje lah." Selamba saja Tasha memberi cadangan.

"What? Kau biar betul? Aku baru 24 tahun kot. I'm still young to get married."

"Habis tu, tolak ajelah pinangan tu." Cadang Tasha sekali lagi.

"Daddy aku tu bukannya senang nak lawan dia. Semua benda asyik nak menang kat dia aje." Khaira menekur lantai. Aiskrim di atas meja dibiarkan cair begitu sahaja. Tiada selera untuk menikmati.

"Kesian kat kau. Eh, tadi kau cakap nak release tension kan? Ha, jom kita pergi karok." Pantas Khaira bersetuju. Lagipun dah lama dia tidak menyanyi. Yeah...walaupun suara tak sedap mana.

Tanpa mereka sedar, ada yang sepasang mata memerhati dari meja belakang.

"Huh! Asal tak terjun bangunan aje. Tak payah nak stress-stress dah." Rania menanggalkan cermin mata hitamnya setelah Khaira dan Tasha bangun dari meja. Stalker? Macam lah dia peduli dengan gelaran tu. Asalkan gerak-geri Khaira dalam pemantauannya. Mana tahu kalau-kalau dia boleh mendapatkan informasi berguna tentang Emir.

"Lebih baik aku pergi Starbuck ke best lah jugak. Bosan lah diaorang ni datang Baskin Robbin." Baru sahaja ingin melangkah meninggalkan Baskin Robbin, tubuhnya dirempuh oleh seseorang dan menyebabkan pursenya jatuh tanpa disedari.

"Aduh! Hei, buta ke?!"Tempelak Rania kepada gerangan yang merempuhnya itu.

"Sorry, saya tengah kejar seseorang tadi." Rania cuba mengamati wajah gerangan yang baru saja melanggarnya tadi. Begitu juga dengan pemuda yang berada di hadapannya kini.

"Rania?!"

"Rayyan?!"

"ASSALAMUALAIKUM, along. Along restu tak kalau angah satukan Khaira dengan Emir?" Malam itu Dato' Khalid akhirnya berjaya menyampaikan hajat yang selama ini terbuku. Hanya Emir yang dia boleh harapkan untuk menjadi suami kepada Khaira.

"Waalaikumussalam. Hang nak menikahkan depa dua ka?" Pak Latif kedengaran tenang. Tidak melatah dengan hajat yang disampaikan secara tiba-tiba.

"Itu pun kalau along setuju lah. Angah bukan apa, Khaira tu kena ada orang yang boleh bimbing dia. Lagi satu, kalau kami dah tak ada nanti, sekurang-kurangnya ada jugak orang yang boleh tengok-tengokkan Khaira." Pak Latif mengeluh di hujung talian.

"Hish... Hang janganlah cakap lagutu. Aku tak kisah pun kalau hang nak menikahkan depa tu. Tapi depa setuju ka?"

"Khaira dah setuju. Tapi Emir, angah tak tahu dia setuju ke tidak. Along tolong pujuk dia, boleh?" Pinta Dato' Khalid penuh mengharap.

"Insha-Allah. Hang dah tetapkan tarikh ka ni?"

"Dah. Bulan depan bertunag, lagi 4 bulan kahwin. Setuju?"

"Ha, okey lah tu. Dah lah, aku letak dulu naih. Aku nak pi kebun sat. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Khalid talipon ke bang?" Soal Mak Lijah sambil menghulurkan mangkuk tingkat yang berisi nasi dan lauk kepada suaminya.

"Ha la Lijah, oi. Satgi kita bincang naih... ada benda peting abang nak bagitau dengan hang. Abang pi kebun dulu." Pamit Pak Latif.

"Hati-hati tau bang."

'Benda penting apa lah dia nak bagitau agaknya.' Monolog Mak Lijah sebelum berlalu ke dalam rumah.

"Non Khaira udah pulang ya. Makanan udah saya siapin. Non mau makan?" Bik Rita lekas menyambut setelah Khaira menapak masuk ke dalam rumah. Khaira sudah seperti anaknya sendiri memandangkan dia telah menjaga Khaira sejak kecil.

"Saya dah kenyang lah, bik. Bibik panggil diaorang aje lah. Saya nak naik atas dulu." Laju kakinya mengatur langkah ke tingkat atas. Bik Rita hanya sekadar mengangguk lalu beredar ke dapur.

"Ish, tepi sikit boleh tak?!" Geram dengan tingkah Emir yang sengaja menghalang laluannya menuju ke bilik. Memang nak cari gaduh dekat tengah tangga ni ke macam mana?

"Aku ada sesuatu nak cakap dengan hang."

"Cakap apa? Cepat sikit, aku penat ni." Matanya sudah kuyu memandang wajah tampan Emir. Eh.

"Pertama, teqima kasih la sebab hang sudi nak menikah dengan aku. Dan yang kedua, aku.. aku.." Tergagap-gagap Emir ingin menyambung ayat seterusnya.

"Aku apa?!" Sergah Khaira. Kasar.

"Aku cintakan hang!" Akibat terkejut disergah oleh Khaira, Emir terlepas tentang luahan hatinya yang terpendam selama ini. Lenyap serta-merta rasa kantuknya setelah mendengar sendiri luahan perasaan Emir. Gila!

'Gosh... Aku rasa nak pengsan.'

Pandangan Khaira menjadi gelap setelah itu.

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora