Almari

9.7K 379 38
                                    


Penatnyaa nak handle budak balik ni. Huhhh... Rasa nyesal pulak join Persatuan Mahasiswa/i Anak Selangor (PERMAS) UUM. Sebagai Exco Logistik aku kenalah cari anak² Selangor yang lain yang nak balik time cuti semester ni. Tapi time sekarang ni, aku sorang je yang handle. Mane budak exco lain ? Dorang semua mengada tak nak balik la, dah balik dulu la. Menyusahkan aku je. Bukan nak habak awal².

Bila bas lambat, aku pulak kena marah ngan budak yang nak balik ni. Please la okehh... Aku nie bukan drebar. Kalau tak mommy suruh aktif dalam kelab, tak de nye nak masuk ape² kelab ni. Nasib badan~

Sampai je Klang Sentral..mommy dah lambai - lambai tangan dia.

" horaayy..!!! Tak shabar nak balik" mampu jerit je dalam hati nanti terjaga pulak orang - orang dalam bas ni. Tak pasal - pasal kena marah lagi.

***

" my sweet home " aku depakan tangan sambil mata melihat ke arah langit yang hitam.

" Dah². Jangan tercegat kat sini. Pegi basuh kaki pastuh terus tidur "

" Alaa mommy ni... Lia kan lama tak balik, nak bergosip gak dengan adik si busuk masam " jari telunjuk tangan kananku mulalah tergesel - gesel kat jari telunjuk tangan kiriku sambil buat muka innocent. Innocent sangat.

" Mommy tak makan dah muka innocent tu Liaaa oiii....adik ko pon mungkin dah tidur. Pukul 2pagi nak oi. Esok je la gosip mak jemah"

" Sampai hati " (muncung sikit bibir) kasar jugak aku bukak kunci rumah. Tak tau la sebab ape. Sebab sakit hati dengan mommy ke atau aku dah lupa cara bukak pintu rumah ni?

" Haahhh!!! "

" Arghhhhh.......!!!" Menjerit aku tak henti-henti lepas terkejot ade lembaga hitam yang tangannya hampir nak tikam aku . Busuk nye kemain lagi.

" Ape jerit² ni Lia?! "

" Tu ade hantu tepi pintu, busuk pulak tu. Tak sedar diri. Ajar dia cukup² mommy"

"Heheee...."

Sengih² pulak budak ni. Hati kecil ku berbisik.

" Malas mommy nak layan, kunci rumah tu balik" .

Penat betul mommy malam ni sampai nak bergurau pun tak boleh dahh..bermonolog aku sendirian.

" Dik. Bersepah tak bilik akak. Ko tak usik kan?"

" Eleyy...Tak usik pon la, kak..busuk sangat ke adik ni? "

" Akak suruh beli deodorant ko tak nak, tanya mommy la kalau tak caye"

"Tak nak kawan "

Helemekk budak ni, tadi dia jugak yang tanye. Baik aku basuh kaki sat. Tudung yang aku pakai tadi aku campakkan atas katil. Dengan tak bertukar bajunya terus aku melompat atas katil. Mengalahkan perenang yang nak buat terjunan tu. Hahaa~

Pukul 4 pagi...

Tengah sedap² lena tiba - tiba aku terjaga. Terjaga sebab dengar bunyi yang halus dan jelas. Dekat sangat bunyinyaa. Macam bunyi cakaran kuku pada permukaan kayu. Pada mulanya bunyi itu agak perlahan dan akhirnya menjadi semakin jelas. Aku cuba mengenal pasti sumber bunyi tersebut. Akhirnya aku pasti yang bunyi itu datang dari dalam almari kayu yang terdapat di dinding bilik. Dah la almari ni pattern lama yang dibuat terus melekat ke dinding.

Tadi bukan ke lampu bilik ni terbukak? Ahh.. mungkin mommy dah tutupkan kot. Kan aku selalu lupa tutup suis lampu. Aku cuba berfikiran positif setakat ini.

Lawak SeramKde žijí příběhy. Začni objevovat