Pindah

4.3K 177 37
                                    

"Abang...! Dah kunci rumah belum? Teksi dah mai "

"Dah.....mulut awak je yang belum di kunci lagi" Bini aku ni asyik nak mengarah je. Tau la aku kunci sendiri.

"Amboii...kuat bebeno perli tu" Sempat dia menyengat paha aku. Cubitannya mantap sekali.

Sepanjang perjalanan ke rumah baru. Bini aku tak habis² membebel. Lahaii....nyesal perli dia tadi.

***

Setibanya di rumah baru aku rasa seram sejuk seluruh badan. Instinct aku mengatakan ada sesuatu yang pelik.

"Abang. Angkat beg masuk rumah! "

"Hmm..."

Ape masalah bini aku ni? Ape guna naik teksi kalau aku kena angkat beg dia. Kan itu kerja drebar teksi tu. Aku buat tak tau je. Kaki ni terus melangkah, nak pantau satu banglo tinggal ni. Bini aku yang pandai ² beli rumah baru.

Dengan perasaan baru, aku melangkah masuk ke dalam rumah selepas menghulur sedikit tips kepada pemandu teksi. Bini aku dah hilang kemana tah, mungkin ke dapur. Rumah tu tak la bersepah. Semua dah kemas. Barang² dan perabot pun masih elok lagi tapi ditutup dengan kain putih bagi mengelakkan habuk membiak.

"Arghhhh....!!!!." Macam suara bini aku. Terus aku meluru ke dapur dengan tercungap - cungapnya. "Kenapa ni Ani?!"

"Heehee....saja je jerit². Abang. Ade anak kucing laa kat dapur ni. Comelkan?"

Ani mencapai tanganku supaya membelai anak kucing di pahanya.

"Awak ni! Perlu ke menjerit?"

Niat nak marah, tapi lepas tengok muka Ani yang comel lagi menawan ni rasa sayang pulak.

"Mesti anak kucing ni ada mak diaa kan bang. Nanti tolong cari kan ye bang" Ani membuat muka manjanya sampailah aku terpaksa mengangguk.

***

Malamnyaa...

Setelah usai menonton televisyen, aku terus pergi ke bilik untuk merehatkan badan. Bini aku berpakaian jarang di atas katil. Menggoda sungguh. Aku mengambil kesempatan untuk melayankan nafsu ku malam tu. Dalam tak sedar kami berdua terus dibuai mimpi indah.

Aku terjaga dalam pukul 3. Waktu tu aku terdengar bunyi orang bercakap. Rancak sungguh perbualan. Badanku rasa tak selesa dan sakit² badan. Aku terkejut kerana aku berada di sofa ?! Dengan screen televisyen masih terpapar bercahaya. Jadi, suara tu mesti lakonan Emma Maembong dan Zizan dalam rancangan Hantu Selfie ni...Aku mula menyedapkan hati.

Setelah usai menutup televisyen, aku terus pergi ke bilik tidur. Aku lihat Ani sedang berpakaian jarang dan sedang memeluk bantal yang disangkakan badan ku yang sado ni.

Macam mana aku boleh ada di sofa? Tidur berjalan ke? Tak kan lah. Aku tak pernah tidur berjalan sebelum ni. Mungkin aku memang tertidur masa menonton televisyen tadi kot. Lama aku berfikir sampailah aku tak perasan hari dah terang. Aku tak tidur semalaman sebab fikir hal ni?!! Serius lahhh! Jerit aku dalam hati selepas melihat isteriku keluar dari bilik mandi. Wangi bau badan dia.

"Abang...thanks malam tadi" Ani menoleh ke arahku sebelum dia perlu berpakaian dan sempat dia memberiku satu flying kiss.

Aku terpinga². Berjaya ke aku memuaskan diriku malam tadi??? Aku ingatkan malam tu mimpi je. Aku hanya memberikan senyuman nakalku pada nya.

Selepas sarapan, Ani keluar untuk menyebarkan tentang pemindahannya ke rumah baru kepada rakan² gosipnya. Aku hanya melayan cerita Sinetron di kaca TV. Selepas beberapa minit, aku terdengar suara orang menyanyi. Seram sejuk aku dibuatnya. Aku pergi ke arah suara tu dan aku lihat radio sedang terpasang dengan volume yang agak tinggi. Aku mula hairan. Cuma aku saja yang ada di dalam rumah. Macam mana radio ini boleh terpasang dengan sendirinya?

Lepas aku mencabut wayar radio, aku terus menyambung cerita Sinetron tadi. Bila aku sampai di ruang tamu, aku lihat bukan Nia Ramadhani tapi spongebob squarepants dan Patrick di screen TV. Aku tak tengok cerita ni. Dengan rasa seram, aku cabut wayar TV sekali. Aku mengambil keputusan untuk melayan karenah perutku yang dari tadi tak henti² berbunyi. Meminta makanan barang kali.
Sesampai saja di dapur, aku dengar bunyi...

"Thakk...!" Menandakan roti siap dibakar. Sape pulak yang bakar roti ni. Aku sorang saja di rumah. Ke ade orang lain tinggal di rumah ku??? Kepalaku pening kerana banyak tanda tanya sedang berlegar - legar dalam kepalaku.

Lebih menyeramkan aku terlihat seorang perempuan sedang berjalan menaiki tangga. Aku tidak dapat melihat mukanya. Badannya yang lenggok- lenggok itu saja berjaya manarik perhatianku. Kemudian dia terus hilang menuju ke ruang bilikku.

***

"En. Zamir b. Othman! Kalau lapar pun jangan lah tertidur Kat dapur". Gegendang telinga ku bergegar seraya mendengar pekikan itu.

"Hahh? Sayang bile balik?" Aku usap² kan mata ku yang sepet ni.

"Dah lama. Dah pergi mandi"

Aku meninggalkan isteriku keseorangan di dapur dan terus membasahkan tubuhku dengan air suam. Selesa sangat badan ni.

Malam tu terjadi lagi kejadian aku tertidur di sofa. Dan isteriku pula sedang nyenyak tidur di bilik. Aku hairan dan takut setiap hari. Kelibat perempuan itu selalu muncul ketika isteriku tiada.

2bulan kemudian..

Kejadian yang sama berulang setiap hari dan tidurku selalu tidak lena. Aku mula hairan kerana barang ku selalu beralih tempat dan radio selalu terpasang. Ani pula pernah bersumpah yang dia tidak pernah menyentuh radio itu selepas aku mengecam dia. Hairan..

Petang nanti ibu mertua ku mahu melihat sekitar rumah ini. Aku perlu memberitahu kepadanya tentang hal ini supaya ibu dapat meyakinkan isteriku untuk keluar dari rumah misteri ini. Pelik. Kerana isteriku tidak pernah merasakan sesuatu tentang rumah ini seperti mana peliknya yang aku rasa.

***

Aku melihat ibu Ani sedang melegakan anak tekaknya di dapur manakala Ani sedang menggoreng ubi.

"Inilah kesempatan ku untuk memberitahu kepada ibu mertuaku" jerit aku dalam hati dengan semangatnya.

"Ibu, Zamir rasa nak pindah la" Aku mengambil perhatian ibuku dengan membuka topik pindah.

"Hah? Pindah lagi? Kamu berdua kan baru 2bulan tinggal sini. Ani?! Kenapa ni??

"Bu......Zamir merepek je bu. Tak de pape pun. " Sempat isteriku menjeling ke arahku.

"Ibu, rumah ni berhantu la bu. Ani tak nampak lagi sebab tu dia tak percaya"

"Lagi² hantu. Mana dia? Ani tak takut pun..." Kuat isteriku memerli.

"Ish ish ish. Kamu berdua ni. Zamir dah jumpa pakar?"

"Ape ibu nie?!" Walaupun rasa macam biadap kerana menengking ibu mertua tapi rasa geram dalam hati ni mintak dilepaskan.

Aku terus meninggalkan ibu dan Ani di dapur. Panggilan ibu aku biarkan berlalu berlegar di telinga saja. Tiada kuasa untuk buat orang percaya kita. Baik aku menonton TV semula.

* * *

"Ani...kenapa kamu tak tinggalkan je suami kamu tu?"

"Dah saya sayang dia bu" Ani jawab membelakangkan ibunya kerana tangannya sedang mencuci pinggan.

"Kamu yang merana setiap hari...Nanti jangan kata ibu tak ingatkan" Ibu meneguk semula air kopinya.

"Walaupunn saya perlu ingatkan dia setiap hari. Saya kena meyakinkan dia setiap hari. Walaupun saya sakit hati kadang² dia tak cam saya. Dan walaupun dia mengidap amnesia. Saya tetap tak kan jadikan semua tu alasan untuk tidak terima diaa"

Dalam pada yang sama air mata Zamir menyalir selepas mendengar keluhan isterinya dalam diam.

Lawak SeramWhere stories live. Discover now