Nazim Part 11

7.8K 174 3
                                    

    "Papa! Ajim nak beli mainan boleh tak? Mama... Bolehlah please...", pujuk Nazim yang duduk disebelah Idzham. Aku hanya memerhati gelagatnya. "Okay boleh, tapi dengn satu syarat", tambah Idzham.

"Apa syaratnya? ", soal Nazim.

"Nazim jangan beli banyak banyak tau?", tambah Idzham dengan riak muka tegas. Nazim hanya mengangguk.

"Okay pa! Yeay!! Nak beli mainan nak beli mainan. Mama! Mama ikut sekali tau", jerit Nazim yang amat teruja apabila Idzham bersetuju untuk membelikannya mainan baru.

"Mestilah ikut", ujarku sambil mengusap kepalanya. Nazim tersenyum riang.

"Dah. Sara , Nazim pergi bersiap. Pukul 2 kita pergi Mall okay", pinta Idzham sambil menuju ke bilik untuk menukar baju. Aku dan Nazim mengangguk dan terus membawa Nazim ke biliknya untum bersiap. Selepas itu, baru Sara menyiapkan dirinya.
      Setelah sampai ke IOI Mall,Putrajaya. Idzham dan Nazim keluar dari kereta. Sementara itu, Sara baru keluar dari kereta itu dan tiba tiba Nazim terus berlari melintasi jalan raya itu. Kereta laju sedang menghampiri Nazim.

"Nazim?!!!!", jerit Idz yang sedang mengejar Nazim. Tiba tiba kereta itu menghentam tubuh Idzham dan Nazim sempat ditolak ketepi.
    'Dummm!!!'
"Abang!!!!", Sara menjerit setelah melihat tubuh Idzham terkaku di atas jalan raya dan darah yang mengalir deras. Sara terus menuju ke arah Idzham tetapi tubuh Idzham tetap kaku. Nazim menjerit jerit nama ayahnya lantas menangis dengan kuat.Sara membawa Idzham masuk ke dalam kereta sekali memimpin Nazim untuk melintasi jalan raya itu. Segera Sara menuju ke hospital. 'Ya Allah apa lagi dugaanmu ya Allah. Selamatkanlah nyawa suamiku' bisik hati Sara. Wajah kerisauan jelas terpancar di wajah Sara.
   
   Setelah tiba di hospital, Sara terus pergi ke kaunter kecemasan dan memanggil dokter disitu untuk membantu Idzham yang sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Idzham dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Aku hanya menunggu di luar dalam keadaan risau. Aku terus menelefon papa dan mama untuk memberitahu hal ini.

"Ya Allah Sara. Apa dah berlaku ni? Macam mana boleh jadi macam ni?", suara Mama yang menuju ke arahku. Aku hanya diam kelu seribu bahasa.

"Sara. Jawablah. Kenapa diam macam ni,?", papa berbicara.

"Tadi kami pergi ke mall, bila keluar kereta je, Sara nampak Nazim berlari lintas jalan raya. Lepas itu ada kereta yang bergerak laju. Idz terus selamatkan Nazim. Kemudian, terus kereta tu langgar Idz", jawab Sara sambil teresak esak menangis.
Orang tua Idzham hanya terdiam dan menangis kesedihan. Dalam hati Sara hanya berdoa agar umur Idzham dipanjangkan. Itu sahaja yang diharapkan tiada lain.

"Sabar Sara, semua ni dugaan tuhan. Dia sayang kamu sebab tu dia beri kamu ujian. Dah kamu bertenang dulu insyaAllah tak akan ada apa apa yang berlaku", pujuk mama di sebelahku.
Satu jam kemudian, kami sudah menunggu Idzham diluar. Gelisah menyelubungi diri. Entah apa yang terjadi pada Idzham didalam. Sara mundar mandir kerana risau akan Idzham suaminya tercinta.
Tak lama kemudian, dokter yang merawat Idzham keluar."boleh saya berjumpa dengan ahli keluarga Idzham?",soal dokter lelaki itu sambil muka kelat.

"Ya kami semua", jawap papa.

"Maaf,kami tidak dapat selamatkan pesakit. Hentakkan dikepalanya terlalu kuat sehingga buluh darahnya pecah. Maaf sekali lagi kami sudah cuba yang terbaik", ujar dokter lelaki itu.
Sara terduduk. Air matanya bergelinangan. Ya Allah kenapa semua ni harus terjadi?
Papa dan mama mengusap belakang Sara yang sedang keesakan menangis. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Terlalu besar ujian yang Allah berikan kepada Sara.

"Mama! Papa pergi mana ma? Papa tak tinggalkan ajim kan ma? Nak jumpa papa ma", tangisan Nazim terdengar. Anak mana tidak sedih apabila mendapat berita bahawa ayahnya sudah pergi meninggalkannya.
"Kenapa Idzham yang terima semua in? Kenapa Idzham yang tinggalkan kita. Kenapa? Kenapa Allah tak ambil nyawa Sara!?", jerit Sara.

"Tak baik kamu cakap macam tu. Ajal maut semua tuhan yang tentukan. Ada hikmah Sara semua ni terjadi", pujuk mama.

Sara terus masuk ke wad Arwah Idzham untuk menatap wajah suaminya untuk kali terakhir. Tangan suaminya dipegang erat. Wajah tenang seakan tersenyum itulah yang menyempurnakan hidupnya. Jasad kaku yang terbaring itulah yang membuatnya tersenyum. Tetapi segalanya seakan hilang sekelip mata. 'Kenapa aku yang harus terimanya?' .

  "Abang, Sara nak minta maaf kalau Sara ada buat salah. Sara sayangkan abang, tapi kenapa abang tinggalkan Sara? Abang tak kesian ke dekat Sara dengan anak kita Nazim? Abang kata abang sayang Sara", ujar Sara sambil meratapi jasas suaminya yang sudah tidak bernyawa lagi. Sara mengucup dahi suaminya. Ingin saja dia memeluknya.

   "Mengucap Sara. Tak baik menangis depan arwah Idzham. Tersiksa dia nak. Sedih dia nanti kamu tak relakan dia pergi", ujar mama yang berada dibelakangku.
Memang benar, pasti Idzham tersiksa kerana aku masih tidak merelakan dia pergi. Tapi ini semua diluar kemampuanku. Aku terlalu menyayanginya.

   "Kami harus sempurnakan mayat ini. Mohon bekerjasama", ujar dokter lelaki sebentar tadi. Aku hanya bangun dan melihat Idzham ditutup dan dibawa ke bilik mayat untuk dituntut.

I love you, cikgu!Where stories live. Discover now