Bab 20

10.5K 463 12
                                    


Everything I do right does me wrong



Selesai memakai jubah,aku memakai selendang dan memerhatikan diriku di cermin.Aku memakai 'eye-liner' dan membuka 'compact powder' untuk menempekkan sedikit bedak di wajahku.Puas hati dengan penampilanku,aku melihat cermin.Aku nampak sopan dan cantik.Hohoho,perasan sungguh! Tidak mahu membuang masa,aku mengangkat bagasiku yang berat keluar daripada bilik.

"Ha,nak gerak dah?" Soal ibu keluar daripada dapur.

Aku hanya menganggukkan kepala dan mengheret bagasiku sehingga ke kereta.Buka bonet sahaja aku terus humbankan bagasiku yang berat seperti beberapa ton ke dalam.Fuh,berat gila! Mak dan abah sudah menunggu di muka pintu.

"Abah,balik dulu ye."Ucapku sambil menyalam dan mencium tangan abah.

"Bawak kereta elok-elok.Biar lambat asalkan kamu selamat."

"Orait bah."

Aku beralih pada mak pulak.

"Cantik kamu melaram Hani."Kata mak.

Aku tersengih dan menyalam tangan ibu.

"Kirim salam pada Khadijah untuk mak.Bertuah budak tu akhirnya kahwin juga."Kata mak dan aku mula berasa tidak sedap hati.Alamak,mak dah mulalah!

"Kamu ni,bila nak ada buah hati Hanani? Ingat,kamu tu bukan muda selalu."

Tengok,aku dah agak!Aku mendengus.

"Mak,tolonglah.Nanti kalau dah ada calon orang bawaklah balik rumah."Gerutuku.

"Daniel tu? Mak tengok kamu ni macam-Apa orang putih kata? Something? Ha,kamu berdua macam ada 'something' je?" Mak tersenyum lebar.

"Hissh,dia dah ada awek mak!"

"Abah pun ok dengan dia.Maklumlah,keluarga dia pun abah dah kenal,senanglah."Abah pula menyokong mak.Aku menampar dahi dengan geram.

"Sudahlah,Daniel tu dah ada awek mak.Dia takkan pandang orang punyalah! Hanani balik dulu ye.Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam."

Mak dan abah kata serentak dan aku menuju ke kereta.

"Jangan lupa,bawak balik menantu mak!"

Laung mak.Arghh!

"Iyolah!"

Sahutku kembali dan terus menghidupkan enjin kereta.Dengan perlahan-lahan aku keluar daripada perkarangan rumah dan memandang sekilas kelibat kedua ibu bapaku buat kali terakhir.Aduh,dekat mana aku nak cari menantu emak oii.

"Khadijah!"

"Hanani!"

Laju kami berpelukan dengan gembira.Khadijah kelihatan cantik sekali dengan baju perkahwinan berwarna 'peach' sedondon dengan pasanganya.Suaminya yang aku tahu bernama Nizam melihat kami dengan bingung.

"Weh,lama kut aku tak nampak korang?! Zulaikha mana?" Soal Khadijah dengan riang.

"Zu tak dapat datang,ada kerja.Dia nak aku bawak balik sikit nasi minyak,boleh tak?" Aku tersengih seperti kerang busuk.

"Boleh je,aku tak kisah! Nanti aku suruh saudara aku bungkuskan untuk kau."

Aku tersenyum lebar.

Dia bagaikan 'Hurricane'Where stories live. Discover now