12

4.5K 307 19
                                    

Jiae melangkah ke taman yang berada di belakang rumah agam itu. Jiae mengambil tempat dan dia memandang langit yang kelihatan agak cantik ketika itu. Banyaknya bintang-bintang di atas!~

Aku dah mula rasa tenang sikit. Asyik fikir pasal Kai oppa buat aku rasa nak tumbuk sesuatu je. Jimin oppa pulak buat macam tak kisah je. Yelah, hati batu macam dia mana faham perasaan aku.

"Jiae? Buat apa dekat sini?" tegur seseorang. Jiae menoleh pada gerangan yang menegurnya. Oh Jungkook rupanya.

"Tak ada apa. Saya cuma nak tenangkan fikiran." Jiae kembali merenung bintang di langit. Jungkook duduk di sebelah kanan Jiae. "Saya tau apa yang awak rasa sekarang, Jiae. Saya terdengar perbualan antara awak dengan sayang saya."

"Tau apa?" Jiae ingin tahu sangat apa yang Jungkook terdengar tu. Jungkook serba salah nak cakap.

"Kai. Awak ada berjanji dengan dia yang awak nak kahwin dengan dia." . "Hm. Memang betul. Saya rasa, saya kene jugak jumpa dia dan cakap terus terang. Karang dia fikir lain pulak."

Jungkook mengangguk-angguk. "Betul. Cara yang terbaik adalah dengan berterus-terang walaupun awak tahu nanti hati dia terluka kan?" Jiae mengangguk lemah.

"Saya masuk dulu. Jangan duduk luar ni lama sangat. Karang ade benda jadi, tak pasal-pasal Jimin hyung risau." Jungkook bangun dan melangkah masuk ke dalam. Jiae masih tidak mahu masuk ke dalam. Dia ingin mengambil ruang dan masa di tempat yang tenang dan nyaman. Malam pun masih muda lagi.

Jungkook mendekati Halla yang menyorok di belakang pintu. "Macam mana, honey? Jiae ada cakap apa-apa tak?" Jungkook senyum. "Dia sangat risau pasal Kai tu. Selagi dia tak berterus-terang dengan Kai, selagi tu rasa bersalah dia masih ada. Kita kene buat sesuatu." Halla mengangguk. "Honey setuju. Tak silap, Jiae ade simpan gambar Kai oppa tu."

---------

"Manalah budak sorang ni?? Aku cari merata tempat tak jumpa-jumpa jugak! Aku try cari dekat luar pulak!" Jimin berlari di koridor di tingkat 3 dan menuju ke tangga. Dengan peluh yang menitis di dahi, Jimin tetap mencari Jiae sampai dapat.

Eish budak tu! Kalau aku dapat jumpa kau, tengoklah apa aku buat nanti!

Jimin membuka pintu luar, yang menghadap taman. Jimin ternampak seseorang sedang duduk disitu. Dia mengecilkan matanya supaya nampak jelas. Dia berlari ke taman itu.

Kedengaran dengkuran halus berirama(?) di telinga Jimin. Jimin mengeluh lega apabila melihat Jiae yang tertidur di bangku taman itu. Nyenyaknye kau tidur ye! Aku susah payah cari kau, dekat sini rupanya!

Jimin mendukung Jiae dengan bride style sehingga ke bilik. Maids yang masih bekerja berbisik-bisik apabila melihat Jimin mendukung Jiae.

"Kau tengok tu! Si Jiae tu mesti pura-pura tidur sebab nak Tuan Jimin angkat dia! Dasar pompuan tak tau malu!"

"Kan!! Dia tu tak sedar diri dia siapa! Aku yang layak jadi isteri Tuan Jimin sebenarnya!"

Dengan rasa geram, Jimin menoleh pada dua orang maid itu. Dia memandang mereka dengan pandangan maut. Sukahati kau je eh nak ngumpat isteri aku! Kau siapa?! Dia lagi baik dari korang yang berhati busuk ni!

Dua orang maid tu dah mula kecut tengok muka Jimin macam singa kelaparan. "Ma-maaf Tuan Jimin. Jomlah!" Maid yang paling depan menarik lengan kawannya.

Jimin teruskan berjalan sampai ke biliknya. Dia meletakkan Jiae di atas katil dan menyelimutkannya. "Lenanya aku tengok kau tidur, Jiae." Jimin menyisirkan rambut yang menutupi mata Jiae. Dia merenung lembut wajah Jiae. Baru aku tau, wajah dia ni nampak lembut dan manis. Aku baru sedar. Jantung Jimin mula berdetak laju. Eish! Dah kenapa dengan aku ni?

[C] Maids ✎ p.jmWhere stories live. Discover now