19

2.9K 210 8
                                    

No one's POV

Jiae menangis teresak-esak di bahu Halla. Jungkook yang menyilangkan tangannya di dada menggeleng sahaja.

"Tak sangka hyung buat macam tu. Sekurang-kurangnya bincanglah elok-elok. Ni yang nak kena ceramah ni! Bila omma dengan appa tak ada dekat rumah, dia buat hal! Eish!" Jungkook mengetap bibirnya.

Halla mengusap-usap bahu Jiae. "Jiae, sudahlah tu. Meh aku letak ais dekat pipi kau tu. Bengkak dah aku rasa."

Halla mencapai beg ais di tepinya dan meletakkan beg itu perlahan-lahan di pipi Jiae. Jiae mengaduh sakit.

"Sakit sangat ke Jiae?"

"Mestilah sakit Halla oi. Aduh! Aku ingat aku kena tampar lagi sekali tadi."

"Eh! Aku letak perlahan-lahan lah! Kau ni. Boleh pulak nak buat lawak kan time camni?"

Jiae tersengih. Tapi dalam hati siapa tahu. Halla menggeleng. Jungkook meminta diri untuk keluar dan berbincang dengan hyungnya.

"Kau rasa Jimin tu ada perempuan lain tak?" tanya Jiae kepada Halla secara tiba-tiba. Mata Halla terbeliak mendengar soalan yang diajukan untuknya.

"Kau jangan nak merapu eh! Masin mulut kau tu karang! Kau sebagai isteri dia kenalah fikir positif sket. Jangan fikir macam tu."

Jiae mengesat air matanya menggunakan lengan bajunya.

"Takyah nangis-nangis lagi. Jom! Kita pergi jalan-jalan? Kau nak pergi mana? Aku ajak Jungkook ikut sekali." Halla mengenggam kedua-dua bahu Jiae yang menghadapnya.

"Boleh ke ni? Kau tu dah mengandung berapa bulan. Jungkook pun ada hal. Kita berehat dekat taman belakang jelah eh? Kita berpicnic dekat situ. Ehem....kau masak eh?" Jiae pandang ke bawah dan matanya dihalakan ke Halla. Ala~ buat muka comel pulak dia ni!

"Yelah. Demi kawan aku yang aku paling sayang ni, aku akan masak special untuk kau. Cakap je apa kau nak! Dessert? Cake?"

di taman...

Halla dan Jiae membentang kain yang berpetak di atas rumput. Jungkook yang baru tiba di rumah, nak join. Lagipun, banyak benda jugak nak kena angkat.

Dua buah bakul diletakkan di atas kain. Jiae mengambil tugas untuk mengeluarkan semua makanan yang ada dalam bakul. Halla pula, membantu Jiae meletakkan makanan-makanan tersebut di pinggan. Jungkook berdiri sambil menghirup udara segar. Tadi dia tak jumpa abang kembarnya. Kata setiausaha pejabat abangnya, Jimin pergi ke sesuatu tempat.

Mungkin hyung nak cari kebenaran kot, bisik hati Jungkook.

"Honey, jom makan." Halla memanggil Jungkook.

Jungkook senyum dan mengambil tempat di sebelah Halla, berhadapan dengan Jiae.

"Tadi honey ada jumpa Jimin tak?"

Jungkook menggigit sedikit sandwich dan mengunyah. "Tak. Sayang rasa Jimin hyung pergi satu tempat ni. Tempat tu mungkin boleh membuktikan yang Jiae tak bersalah."

"Tempat apa?" tanya Jiae dengan perasaan yang kurang sabar. Jungkook mengangkat bahu. "Saya tak tahu tempat tu dekat mana. Firasat saya kata hyung mungkin pergi tempat macam tu."

Jiae melepaskan nafas yang berat. Dia jadi semakin risau dengan Jimin. Macam mana lah oppa dapat gambar-gambar macam tu? Siapalah yang sanggup buat aku dengan Jimin sampai jadi macam ni? Bahagia sangat ke dia kalau dia buat macam ni dekat kitorang?

×××

Jimin mengetap bibirnya. Dia sedaya upaya cuba menahan tangisannya.

"Jadi.....gambar ni memang diphotoshop lah?" tanya Jimin lagi. Mahukan kepastian. Lelaki yang diupahnya itu menggangguk menyebabkan Jimin meraup rambutnya dengan kasar.

"Aku nak kau tolong aku. Cari siapa yang hantar dekat aku gambar-gambar ni. Check semua security camera dekat ofis aku! Aku akan telefon kau esok. Kau boleh pergi."

Lelaki itu menggangguk dan berlalu pergi. Jimin menghentak meja dengan kuat.

"Jiae-ah.... mianhae." Air mata lelakinya jatuh juga. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan dan menangis semahu-mahunya.

"AHHH!!!!!"

×××

"Ah!"

Jiae terbangun dari tidurnya. Berpeluh-peluh dia. Dia memandang sekeliling bilik itu. Sekarang, dia sudah tidur di bilik Jimin. Semenjak Jimin tak balik semalam, Jiae ambil keputusan untuk tidur di bilik itu.

Jiae mengelap peluhnya menggunakan tapak tangan. "Berpeluh gila aku ni. Nak minum air kejap lah."

Jiae bangkit dari katil dan berjalan ke meja yang berada di tengah-tengah bilik itu. Asyik nak ke dapur aje. Jadi alang-alang ada meja dekat bilik ni, letaklah sejag air suam dengan dua gelas.


Sambil menuang air, Jiae terfikirkan Jimin. Manalah suami aku ni pergi? Dia sibuk sangat ke nak cari kebenaran? Nampak sangat dia tak percayakan aku.

Jiae meneguk air sampai habis. Dia kembali baring di atas katil sambil memikirkan Jimin. Dia tak perasan, Jimin baru masuk ke dalam bilik dalam keadaan yang gelap.

dum.

"Oh? Oppa?" Panggilan Jiae tidak disahut. Jimin berlari ke arah katil. Dia memeluk Jiae seerat-eratnya. Bahunya tersengguk-sengguk. Tangisannya semakin bergema dalam bilik itu.

Jiae mengusap belakang badan Jimin. "Oppa. Waegurae?"

"Mianhae, Jiae. Mianhae!"

Jiae tak mampu nak cakap apa lagi. Dia hanya mengusap dan terus mengusap belakang badan Jimin sehingga Jimin tertidur dalam pelukannya.

×××

updated!! T3T
maaf sebab tunggu lama. idea pun makin kering ಥ⌣ಥ mid-year exam pun lagi dua minggu~

terima kasih sebab support saya dan cerita saya ni ╥﹏╥ tak sangka ramai yg sudi baca. ayat pun macam baru nak belajar merangkak.

vote and comment ^.^

[C] Maids ✎ p.jmWhere stories live. Discover now