🐷 empat

459 65 21
                                    


"Aku punyalah ingat denda depa dah tamat. Rupanya belum. Takpa lah, depa pun masuklah untuk solat asaq."

"Tapi muka depa macam marah kat aku. Maybe sebab aku tak bersekutu dengan depa kot dalam menjalankan misi depa tu. Heran gak aku."

"Hanya disebabkan aku, misi depa tak menjadi, penting gak la aku ni bagi depa. Ehek. Lepas depa solat, depa keluaq semula untuk sambung denda kat luaq."

"Aku pulak pergi minum petang. Makan biskut empat segi cicah ayaq teh O panas. Sepetang tu aku duduklah seorang-seorang dalam bilik."

"Selalunya petang-petang aku keluaq pi main ligan-ligan ka, main parit belakang rumah orang ka, sampailah jam 6.30 petang baru la menyengek pakat lari masuk asrama takut tak sempat mandi untuk solat maghrib pulak," habis keluar semua slang utara dari bibir Shah ketika bercerita.

Berkerut dahi Kina mendengar perkataan 'menyengek' tu. Dia tak faham, tapi dia malas nak tanya Shah akan maksudnya.

Pepatah lama ada menyebut, malas bertanya sesat jalan. Nah, Kina rela tersesat dari bertanya. Bengong. Inilah masalah orang selatan sepertinya.

Dulu, Kina pernah baca novel trilogi Murtad by Hasrul Rizwan. Dalam novel Murtad, Tuhan dan Qisas tu, terdapat beberapa perkataan dan slang utara yang dia kurang faham akan maksudnya. Tapi, dia tetap teruskan bacaannya. Sebab bagi Kina, novel-novel dari penulis yang sekampung dengan Shah itu, sangat menarik!

Kina masih fokus terhadap cerita Shah yang masih belum bertemu titik noktahnya.

"Macam-macam la aku buat petang-petang sebelum ni. Tapi hari tu aku tak keluaq buat aktiviti tu semua. Sebab takdak kawan kan, tak kan aku nak main ligan-ligan sendiri, sapa yang nak jadi pemangsa kalau aku dah jadi mangsa?"

"So, memang sepetang tu aku bertapa dalam bilik sambil mainlah apa-apa mainan yang ada dalam almari aku, tu pun hasil dari pembelian aku kat uncle yang rajin lalu kat rumah orang bunyi kling kling kling tu."

"Semua mainan tu aku dapat sebab aku beli dora, dindang, entah apa benda lagi entah cekelat yang kalau beli dapat mainan sekali tu," cerita Shah mengimbau nostalgia zaman ketika kanak-kanaknya membuatkan Kina turut rindu akan masa kecilnya.

"Masa dah nak maghrib, aku pun pi la mandi siap-siap nak solat maghrib. Selalunya sebelum maghrib, kami akan zikir dulu sementara tunggu nak masuk waktu maghrib. Tapi hari tu tak dengaq la bunyi suara kanak-kanak berzikir."

"Tetiba ustazah suruh aku panggil depa bertiga masuk untuk solat maghrib dulu, then lepas solat keluaq balik. Waktu dok dalam bilik tu la depa sembang sesama depa."

"Mira tu cakap camni, 'aku dah malas nak dok dalam kandang babi ni. Dah la dalam kandang ni ada mak babi ngan anak babi'. Eh selamba cicak je dia cakap aku ni anak babi, yang ustazah aku tu mak babi, dan asrama kitorang tu dia kata kandang babi."

Fuh, muncul juga babi yang ditunggu oleh Kina sejak tadi.

Kina dah ketap bibir menahan tawa dari meletus. Tapi dia tak mampu. Akhirnya Kina ketawa mengekek. Shah pula masih meneruskan penceritaannya.

"Aku time tu diam je la. Aku seorang kot. Gila apa nak melawan, padahal depa tak boleh buat apa pun. Pastu, aku jemaah maghrib gak la ngan depa walaupun depa sedang bersolat dengan 'anak babi'. Persoalannya, sah ke solat mereka ini?"

"Well, tak baligh lagi kan time tu. Pastu, dah lepas solat, aku bagitahu kat ustazah Husna yang depa dok kata aku ni anak babi, ustazah aku tu mak babi and asrama tu kandang babi. Aku tengok ustazah aku macam tahan ketawa tau bila aku mengadu macam tu."

"Then, depa pun kena la keluaq balik sambung denda siang tadi. Tapi, kali ni depa tak kena dok dekat depan rumah dah, depa kena duduk dekat belakang rumah, lebih spesifik lagi depa kena duduk kat belakang jamban."

"Ustazah suruh dok situ sebab belakang jamban tu banyak nyamuk. Biaq nyamuk hisap darah manusia yang bagi label aku sebagai 'anak babi'. Heh, padan muka depa!" Shah bercerita sambil tersenyum sinis.

Amboi, marah betul ni kena label sebagai anak babi. Kina mengulum senyum.

"Tiap-tiap lepas maghrib akan ramai anak orang kampung yang mai datang mengaji Quran. Kalau ustazah tak sempat or ada kerja, aku la yang jadi 'ustazah' jap. Tolong semak and betulkan bacaan bebudak tu. Lagipun time tu aku dah baca Quran and dah nak khatam dah, ustazah percaya kat aku la tu agaknya. Then, isyak tu aku solat la ngan ustazah and bebudak yang mai ngaji tu."

"Si Mira, Piqa ngan Kak Azie masih lagi kena denda. Lama depa dok belakang jamban tu sampai pukul 11 malam kalau tak silap aku. Mujoq la esoknya tak sekolah. Sebab tu ustazah berani denda sampai tengah malam kot."

"Pastu, depa dipanggil masuk untuk solat isyak then makan and tidoq. Kalau tak silap aku, depa dah merajuk ngan ustazah. So, depa takmau makan."

Shah mengakhiri cerita babinya dengan sengihan panjang. Eh, bukan sengih, tapi senyum. Dan, lekuk pada lesung pipit di pipi kanan dan kirinya terserlah saat dia senyum begitu.

"Alolo tak sangka 'anak babi' tu makin comel sekarang ni ek Shah. KAHKAH."

"Bongok ah Kina." Serentak itu tangan Shah naik menghempuk belakang kepala best friend-nya itu.

TAMAT.

Vavi. [√]Where stories live. Discover now