Cerpen:My BODYGUARD

9.5K 248 4
                                    

Part 1...

"Dato', disini ada surat untuk untuk Dato'."ujar Azlin,PA Dato' Jaafar sambil menyerahkan sampul berwarna coklat kepada Dato' Jaafar.

"Dari siapa?"soal Dato' Jaafar setelah dibelek sampul tersebut.Ternyata,tidak dinyatakan siapa pengirimnya.

"Saya pun tak pasti,sampul tu memang dah ada kat atas meja saya sejak pagi tadi"beritahu Azlin.Dato'Jaafar mengangguk faham.

"Hurm..takpe lah,awak boleh keluar.Terima kasih."arah Dato'Jaafar.

"Sama-sama Dato'.Saya keluar dulu."Azlin meminta diri untuk keluar.Sebaik sahaja Azlin keluar,Dato'Jaafar meletakkan sampul tersebut ke dalam laci,kemudian beliau menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi.

Namun,Dato'Jaafar mula berasa tidak sedap hati dan akhirnya Dato'Jaafar mengambil keputusan untuk membuka surat tersebut.Sebaik sahaja beliau melihat isi sampul tersebut,mulutnya terlopong.Sepucuk surat ugutan berserta gambar seorang gadis,sebetulnya gambar anak gadisnya.

Dato' Jaafar mula berasa susah hati selepas membaca surat tersebut.

Jaa'far,kau mesti ganti rugi apa yang kau dah buat dekat aku.Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa,Jaafar.Jadi,biar lah anak kau menjadi galang gantinya.

Dato' Jaafar mula memikirkan keselamatan anaknya itu.Tidak lama kemudian,Dato'Jaafar terfikirkan sesuatu.

"Bodyguard"ucapnya perlahan.

*****
"Afiq Rayyan,awak ditugaskan untuk menjaga anak perempuan Dato' Jaafar.Nama dia Nala Batrisya."arah Encik Rizwan,ketua Syarikat The security.

"Dalam ni ada profile dan gambar anak perempuan Dato'Jaafar,awak boleh baca nanti.Ini job description awak,Dato' Jaafar yang tulis sendiri.Dia nak awak patuh semua arahan dia."beritahu Encik Rizwan.

Afiq Rayyan membaca JD yang diberikan.

1.Sentiasa bersama Nala.
2.Menjadi driver sementara Nala sehingga masalah selesai.
3.Tinggal di Villa kami untuk memastikan Nala selamat.
4.Jangan jatuh cinta,mencintai dan dicintai Nala.
5.Jangan terlalu mesra dengan Nala.
6.Selesai sahaja masalah,dilarang mendekati Nala.

Dahi Afiq Rayyan berkerut,baginya diantara keenam-enam list tersebut yang bernombor 4 menarik perhatiaannya.

'Apa anak dia ni cantik sangat ke sampai takut aku jatuh cinta'Afiq Rayyan berbisik didalam hati.

"Awak ok ke Afiq?Kenapa?Awak tak boleh ambil kerja ni ke?"soal Encik Rizwan sebaik sahaja melihat kerutab di dahi Afiq Rayyan.

"Eh,takdelah Encik Wan.Saya ok je"jawab Afiq Rayyan lantas dia menandatangani perjanjian tersebut.

"Ok,Dato'Jaafar kata awak dah boleh start tugas awak tu esok."beritahu Encik Rizwan sebaik sahaja Afiq Rayyan menyerahkan kertas yang telah ditandatanganinya tadi.

"Baik Encik Wan."Afiq Rayyan mengangguk tanda faham.

*****
"Jadi,awaklah yang akan jadi bodyguard anak saya tu."soal Dato' Jaafar.Tiba-tiba sahaja pagi itu,seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai bodyguard yang telah diupah oleh Dato'Jaafar.

"Ya Dato',Encik Rizwan yang hantar."Jawab Afiq Rayyan

'Hmm..muda lagi.'bisik Dato' Jaafar di dalam hati.

"Apa nama awak?"soal Dato'Jaafar.

"Afiq Rayyan,Dato'."

"Umur?"

"25 tahun"

'Hmm..tua 5 tahun dari Nala'gumam Dato' Jaafar.

"Awak dah baca JD yang saya bagi?"

"Sudah Dato'."pendek sahaja jawapan Afiq Rayyan.

"Baguslah kalau macam tu.Awak dengar sini Rayyan,kalau awak langgar mana-mana JD yang saya bagi tu,saya tak akan teragak-agak untuk suruh Encik Rizwan pecat awak.Awak faham?"tegas Dato'Jaafar memberi peringatan.

"Baik Dato'.Saya faham."balas Afiq Rayyan.

"Suri!"panggil Dato'Jaafar.

"Ya Dato'."jawab seorang wanita tua.

"Saya kenalkan,ini bodyguard dan juga driver Nala,Afiq Rayyan.Saya nak Suri tolong tunjukkan bilik dia kat atas.Sebelah bilik Nala."arah Dato'Jaafar.

"Baik Dato'.Encik Afiq,mari saya tunjukkan bilik."pelawa Makcik Suri.Afiq Rayyan menurut dengan bersama sebuah beg pakaian dibimbit.

Dato'Jaafar tersandar tenang sebaik sahaja kelibat Afiq Rayyan dan Makcik Suri menghilang ke tingkat atas.Dia mengeluh lega.

My BODYGUARDWhere stories live. Discover now