Persoalan

603 16 4
                                    


"Woi cepatlah!" teriak Arif yang sedang menunggu di atas motosikalnya.

Sambil memilih warna jubah yang hendak dipakai untuk ke surau menunaikan solat Maghrib, kedengaran satu suara yang tidak sedap didengar. Razin tidak suka disergah kerana sergahan mengganggu apa sedang melintas di fikirannya dan menjadi punca Razin tidak dapat memilih warna jubah untuk disesuaikan dengan auranya. Razin dengan keluhnya mencapai jubah istimewa berwarna merah milik arwah ayahnya yang kali terakhir dipakai pada hari graduasinya tahun lepas. Dia menganggap ia sebagai tanda penghargaan kepada ayahnya dalam membentuk dirinya menjadi manusia yang berjaya di mata Tuhan dan di mata manusia.

"Kau gelojoh sangat nak pergi surau ni kenapa?" tanya Razin.

Razin sebenarnya tahu Arif tidak sabar ingin berjumpa dengannya kerana sudah tiga tahun jalan hidup mereka tidak sehaluan atas faktor mengejar ilmu yang berlainan bidang.

"Cepatlah!" Jerit Arif.

"Maghrib lagi 30 minit. Sekejap, Maghrib lagi 31 minit 27 saat! Kau tunggu je kat bawah tu." Balas Razin mengusik Arif yang perinci orangnya.

Arif ketawa berdekah-dekah keseorangan kerana tidak percaya dia dianugerahkan rakan yang sangat mengetahui normanya sebagai seorang yang sangat menepati masa.

Razin meluru ke meja peribadinya dan mencapai kopiah putih yang akan dikenakan dengan jubah merahnya itu. Dengan menyarung selipar berjenama mahal yang dibeli sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur, maka sudah bersedialah Razin untuk ke surau.

Baru langkah pertama diambil oleh Razin menuruni anak tangga rumah yang diperbuat daripada batu sungai, sudah tiba giliran Arif pula untuk mengusik Razin.

"Dude, you look dashing! Kau nak pergi dating ke nak pergi surau?"

"Nak pergi dating dengan Tuhan, mestilah kena jaga keterampilan kan? Burn!" Balas Razin dengan mulutnya terlolong besar ketawa seraya menghunus jari telunjuk ke arah rakan baiknya itu.

Apabila sentuhya selipar Razin di tanah, Arif datang memeluk Razin melepas rindu.

"Fine! Aku tak sabar nak dengar suara kau nak bagi ceramah agama malam ni. Yelah, dulu masa remaja, kita sama-sama rosak. Tak sangka aku akan jumpa hari ni. Hari kau bentuk orang jadi manusia."

"Orang jadi manusia? Macam sama je maksud perkataan tu. Apa maksud kau?" tanya Razin dengan muka bingungnya. Persoalan Razin membuatkan Arif terdiam seketika.

"Maksud aku.."

"Aku tau maksud kau. Kau ingat aku belajar Usuluddin dan Falsafah Islam ni buat aku tak paham komunikasi? Aku saja nak usik kau." Razin serta-merta mencelah penerangan Arif.

"Aku cuma kongsikan ilmu yang dah disampaikan dekat aku. Dah tanggungjawab aku macam tu. Macam kau lah. Didik anak orang jadi manusia. Aku pun tak sangka sejahat-jahat kau, kau akhirnya jatuh dalam golongan yang melahirkan pemimpin." Razin tetap dengan pendiriannya untuk menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

"Ye. Ye. Aku tahu. Tapi aku tak sehebat kau." Balas Arif tidak henti ketawa dan kemudiannya menghidupkan enjin motornya lalu menuju ke Surau Al-Istiqomah.

Setibanya di Surau Al-Istiqomah, Arif cuba mendapatkan klu tajuk tazkirah yang bakal disampaikan oleh Razin sebentar lagi tetapi Razin tidak melayan keterujaan Arif. Arif memberontak dengan menolak kepala Razin yang masih disarung topi keledar. Tabiat suka menolak kepala sesama sendiri ini tidak pernah mengalami penuaan walaupun mereka pernah 'diajar' oleh guru disiplin semasa di bangku sekolah dahulu.

Selumbar Where stories live. Discover now