Insiden

310 9 5
                                    

                  

                  

Sudah sepuluh tahun tidak menikmati kesaujanaan mata memandang panorama matahari terbit, Sufi kini tekad untuk kembali ke Kampung Bayangan. Menjadikan bas ekspres sebagai medium pengangkutan jalan untuk kembali ke tempat dia menghabiskan sisa-sisa remajanya. Setiap kali terlihat papan tanda jarak antara lokasi terkini dengan Pekan Pasir, Sufi menjadi lebih gelisah.

            Ironinya, Sufi yang merupakan seorang Pegawai Psikologi di dalam hospital kerajaan berkepakaran dalam mententeramkan pesakitnya, gagal mengawal perasaannya sendiri.

            "Betul ke apa aku buat ni?"

            Seperti mesin pencetak, itulah monolog yang tercetak ratusan kali di dalam fikirannya. Perjalanan yang mengambil masa tiga jam dari Kuala Lumpur ke Pekan Pasir benar-benar menyeksa mindanya.

            Pressed sugar berperisa pudina dikemamnya empat biji sekali gus dengan harapan menthol yang sama mendinginkan lidah dapat mendinginkan keresahannya. Malangnya, hati Sufi tetap tidak keruan. Memandangkan Sufi tidak dapat menenangkan diri, dicapainya pemain muzik dan dipasangnya lagu bergenrekan rock mengharapkan diri akan hanyut dalam petikan gitar solo. Lagu Freak Like Me oleh Halestorm dimainkan secara berulang bagi mewajarkan keputusannya untuk pulang ke kampung.

If you're a freak like me, wave your flag

If you're a freak like me, get off your ass

Its our time now to let it all hang out so shout

If you're a freak like me, you were born to burn

This is no disease, you don't need a cure

Its our time now to come out

If you're a freak like me

            Mesej pengunggul diri yang tersemat di dalam bait-bait lirik lagu itu berjaya menenangkan hati Sufi. Malah Sufi jadi terlebih tenang sehinggakan dia tertidur didodoikan lagu tersebut.

            "Encik, saya tahu seronok tidur dalam bas sebab saya pun suka tidur dalam bas tapi kita dah sampai ni." Sufi dikejutkan oleh pemandu bas.

            "Kenapa laju sangat pak cik drive ni? Boleh tak saya nak sambung tidur sekejap."

            "Boleh. Kalau ini hotel la. Malangnya, ini bas dan bas dicipta untuk mengangkut orang. Apa yang saya tahu, bas ni dah laksanakan tugas dia untuk hantar encik dekat Pekan Pasir ni."

            "Pak cik ni lawak la. Okay, terima kasih sebab kejutkan saya." Balas Sufi sebelum turun daripada bas itu.

            Matahari yang makin meninggi memaksa Sufi mencari tempat untuk berteduh seketika. Sambil menunggu cuaca mendung yang dipengaruhi oleh monsun seperti diramalkan oleh Yehaa dalam laman sesawangnya, Sufi singgah di kedai mamak menyegarkan dirinya semula dengan memesan segelas Neskopi panas dan sekeping roti canai.

            Sufi memusingkan kepalanya seolah-olah periskop kapal selam, memerhati 360 darjah pemandangan Pekan Pasir. Tiada perubahan dari segi pembangunan yang berlaku pada pekan itu melainkan majoriti penduduk telah bertukar model kereta mereka daripada Neutron Saga kepada Perotiga UrVi. Kedai runcit Ah Lim yang pernah menjadi tempat dia bermain tikam untuk mendapatkan sepucuk pistol air suatu ketika dahulu, masih lagi berdiri kukuh. Mungkin kerana kedai Ah Lim masih lagi membenarkan transaksi berkonsepkan buku 555.

            Sufi merasakan dirinya masih lagi merupakan sebahagian daripada Pekan Pasir dan syukur kerana masih lagi dapat mengenang bayangan dirinya pada zaman kanak-kanak di situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selumbar Where stories live. Discover now