Minah ni lagi -_-

319 11 0
                                    

Akim memakir superbike nya di tempat yang disediakan. Dia berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Setelah mendapat tahu kelas, Akim terus mencari kelas nya yang terletak di tingkat 2 bangunan.

Akim mengambil tempat duduknya. Dia melihat keadaan kelas yang tak terkawal. Bising!

"Yoo! Sini! Sebelah aku." Jerit Akim kepada rakannya, Izat. Izat menuju ke arah meja Akim.

(SKIP)

"Okay, saya mahu kamu jadi ketua" Cikgu Amili menunjuk ke arah Akim. "Okay sila ke depan" arah Cikgu Amili kepada Akim dan penolong yang tidak di kenalinya itu.

Selesai memperkenalkan diri, penolong pula yang bersuara untuk memperkenalkan dirinya.

"Haii. Saya Sarah. Sarah Farisha Binti Sheikh Azman. Nice too meet you guys. Saya pelajar baru disini. So, saya harap kita dapat berkawan." Sarah memperkenalkan dirinya dengan sopan.

Akim terkejut mendengar nama itu. Dia pantas memandang kesebelahnya.

'Minah ni lagi. Apasal pula aku kena tengok muka minah ni dalam kelas aku ni? Ish! Dari tabika sampai sekarang dia asyik muncul depan mata aku, takda perempuan lain ke? Erh!' Rungut Akim.

"Hope dapat bekerjasama dengan baik la yaa." Kata akim sinis.

"Hope kau pon boleh jadi ketua yang berdedikasi la ya." Balas Sarah.

Mereka menjeling sesama sendiri.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now