Rahsia

110 8 0
                                    

Akim berjalan menuju ke kelas dengan perasaan teruja. Kenapa teruja? Sebab nak jumpa Sarah laa Ahahahaha

Tiba-tiba bahunya dirangkul oleh seseorang. Akim menoleh untuk melihat siapa, ternyata tekaannya benar. Seseorang itu adalah sahabat baiknya, Izat.

"Amboi happynya dia. Tak sabar nk jumpa buah hati ke?" Sindir Izat.

"Kau jangan nak memacam eh. Mulut tu senyap je buleh tak?" Akim menyiku perut Izat dengan muka tidak berpuas hati.

Izat ketawa melihat muka Akim yang seakan risau jika Izat membocorkan rahsianya tu.

Mereka melangkah masuk ke kelas. Kelihatan Sarah sedang berbual bersama rakannya, Alisa. Izat menuju kearah meja Sarah seraya menjeling Akim dan memberikannya senyuman nakal di bibirnya.

Hati Akim bagaikan mahu pecah melihat gelagat Izat yang seakan-akan ingin membocorkan rahsianya.

'Macam mana ni? Kalau Sarah tahu mati la aku.' Akim bermonolog. Dia menuju kearah mejanya dan duduk dengan perasaan gelisah. Sesekali dia akan menjeling Izat yang sedang rancak berbual. 'Apa yang diborakkan tu?' Akim ingin tahu apa yang dibualkan oleh mereka.

"Aik Akim. Kenapa muka kau macam gelisah je. Ada masalah ke?" Tegur Sarah yang sedar akan perubahan Akim yang langsung tidak menegurnya itu.

"Ah? Eh mana ada pape. Aku okay je."Akim mengawal dirinya. Izat yang memerhatikan reaksi Akim menahan tawanya.

Sarah mengangguk dan berpaling semula kearah rakannya yang lain.

"Weh Zat. Kenapa dgn kawan kau tu? Lain je hari ni" Sarah menyoal Izat kerana merasakan sesuatubm yang tidak kena dengan Akim.

"Hamboi. Risau ke kak?" Izat mengangkat sebelah keningnya smbil tersenyum nakal.

Sarah mengetuk kepala Izat. "Aku tanya je kan"

Izat mengaduh lalu menggosok kepalanya. "Dia okay je. Perasaan kau je tu" Izat meninggikan sedikit volum suaranya supaya didengar oleh Akim.

Akim menjeling Izat tanda amaran. Izat hanya tersenyum nakal kerana dapat mengusik sahabatnya.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now