bab 32

607 7 0
                                    

"Isteri encik keguguran" Doktor memberitahu Aeril. Aeril terkejut dengan kenyataan itu membuatkan dia serba salah. Sedih!. Aeril meraup mukanya.

"Sayang.. maafkan abang" Aeril memegang tangan Qalisha yang terlantar di atas katil. Jelas kelihatan pucat pada wajah Qalisha.

"Abang.." aku membuka mata. Sedikit pening. Hmm. Aku memgang perut yang terasa agak sakit. "Eh. Kejap. Abang... mana baby?? Abang???" Allahu.. kenapa perut aku kempis. Mana anakku?? Aku menangis teresak-esak. Adakah aku...... ??tidakk!!

"Sayang...bawa bersabar please.. anak kita dah takde sayang keguguran" Aeril memeluk aku. "Apa??.abang...." aku menangis . ANak aku dah takdee.. Allah.. apa salah aku. Anak mama.... aku memandang Aeril. "Puas hati abang?? Abang cakap saya hampir bunuh anak kita. Tapi.. abang tengok apa dah jadi" aku tidak dapat mengawal perasaan.

"Sayang.. abang mintak maaf. Abang tahu abang salah. Abang mintak maaf sayang.." Aeril memujuk. Tapi ini bukan masa yang sesuai. "Izinkan saya mencari ketenangan seorang diri" Aeril mengangguk dan keluar dari ward.

Aku mengambil wudhu.. aku gunakan kudrat yang ada untuk mengadu pada pencipta.

Allahu... berat ujianmu untuk hambamu ini ya Allah. Kuatkan aku. Kuatkan hambamu yang lemah dan hina ini. Aku redha dengan kepergian anak yang sempat aku kandung . Sempat jua aku merasai nikmat menjadi ibu walaupun seketika. Aki bersyukur. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Tunjukkan kebenaran dan jalan terbaik untuk aku dan suami ku ya Allah

Aku termenung sendirian.. teringat perbuatan Aeril membuatkan aku menangis lagi dan lagi. Jujur aku mencintainya. Tapi... siapakah perempuan cantik yang bersama Aeril waktu itu??. Siapa dia?? Dan kenapa Aeril berkeras tidak mahu menceritakan hal sebenar.

Bermacam2 hal bermain di kotak fikiran saat ini. Aku memejamkan mata. aku perlu siasat semuanya.tapi.. keadaan saat ini tidak mengizinkan. Ain!!. Ya Ain. Aku perlukan pertolongan Ain saat ini.

"Hello ain!" Aku menelefon Ain. "Sha.. kau okay?? Mama kau cakap...." belum sempat Ain menghabiskan kata-kata, " ya ain. Aku perlukan kau. Datang sini eh". Air mata tak tertahan.

DIA,MY HUSBANDWhere stories live. Discover now