1

4.7K 162 21
                                    

Hari ini hospital ramai macam biasa. Tadi lepas Pak Li turunkan aku depan pintu kaca hospital, aku terus ke kaunter. Temu janji dengan doktor hari ini pukul 2 petang. Aku sampai tiga puluh minit lebih awal.

"Selamat petang encik. Boleh saya bantu?"sapa gadis kaunter beruniform biru pekat. Aku senyum sebelum menjawab.

"Doktor Maisarah ada ke? Appointment saya pukul 2 petang ni."

"Kejap ya. Saya check dulu."

Sementara dia buat kerja dia, aku meliarkan pandangan ke sekeliling kawasan lobi hospital ini. Di sudut kanan, ada sofa beberapa buah. Mungkin untuk ahli keluarga pesakit duduk melepaskan lelah setelah semalam menjaga kesayangan agar sihat pulih kembali. Sementara di sebelah kiri ada sofa juga cuma lebih sedikit kerana ada satu lorong yang akan membawa sesiapa yang melalui jalan itu terus ke kafe.

2 tahun. Setelah dikenang kembali, sudah dua tahun aku berulang alik ke sini. Seorang. Sampai aku rasa gadis kaunter yang aku berurusan hari ini merupakan gadis yang ke lima belas. Kerap betul bertukarnya.

"Encik Arul?"panggil gadis itu tiba-tiba.

"Ya saya!"Aku lukis sengih di wajah.

"Doktor ada di bilik. Encik bolehlah naik ke bilik dia."

"Terima kasih,"ucapku bersama senyum di wajah.

"Sama-sama."Senyum dibalas senyum.

Kalau diikutkan, bilik Doktor Maisarah di tingkat 5 dan aku sekarang berada di tingkat 2. Entah semangat apa meresap masuk dalam jasad, aku terus menuju ke arah tangga. Anak tangga aku hitung satu demi satu hinggalah sampai ke tingkat 5. Pintu rintangan api aku tarik.

"Phew!"peluh di dahi aku kesat dengan belakang tangan. Penat beb!

Keluar sahaja ke ruang koridor, kesunyian yang menyapa. Suasana hospital memang begini agaknya. Langsung tak ada orang yang lalu lalang.

Aku membaca papan kenyataan di dinding. Mencari nama Doktor Maisara. Ahaks! Jumpa. Langkah kaki aku atur ke kanan. Menuju ke ruang bilik di mana para doktor ditempatkan. Pintu yang memisahkan ruang koridor dan pejabat para doktor itu aku tolak.

"Amboi, wangi!"

Hidung aku menangkap bau seperti bau lavender. Entah minyak wangi atau haruman untuk ruang pejabat.

Di kiri kanan aku ada banyak pintu yang terlekat sama nama doktor yang mendiami pejabat itu. Aku jalan terus ke hadapan, sampailah aku bertemu dengan nama Doktor Maisarah. Okay dah jumpa. Aku tarik nafas dalam-dalam lalu aku lepaskan perlahan.

Sebenarnya, ini kali pertama aku jumpa Doktor Maisarah. Sebelum ni aku berurusan dengan Doktor Husin. Tapi dia nak ke luar negara sebab nak sambung pengajian PhD dia. So, kes aku ni diserahkan kepada doktor pakar lain di hospital ini. Disebabkan itu, hari ini hari pertama aku akan berjumpa dengan dia.

Fuh! Perlahan-lahan pintu aku ketuk sebelum seseorang membukanya dari dalam.

"Encik Arul kan?"sapanya bersama senyum manis di wajah.

"Ya. Doktor Maisarah?"

"Yups! Jemput masuk. Duduklah."

Dia mengambil tempat di kerusinya sambil aku melabuhkan duduk di atas kerusi yang berhadapan dengannya.

Lawanya doktor ni! Apahal lah hospital ni tak bagi doktor lawa macam ni dari awal. Confirm aku cepat sihat.

Doktor Maisarah mengeluarkan sebuah fail yang aku yakin di dalamnya ada semua laporan tentang penyakit aku dari awal dulu sampai sekarang. Cermin mata berbingkai penuh berwarna hitam diletakkan ke wajah. Sehelai kertas di tarik keluar. Aku nampak tarikh yang tertulis di atasnya 10 Februari 2014. Dia tekun meneliti laporan tersebut. Betul-betul teliti.

"Hmmmm. Stage 3. Rawatan apa yang Encik Arul dah buat?"soalnya sambil meletakkan cermin mata tadi di atas meja.

"Semua yang dicadangkan. Semua saya dah buat."

"Awak sekarang macam mana? Makin baik atau tak ada perubahan?" tanyanya sambil mencatit sesuatu di atas laporan tadi.

"Tak taulah doktor. Kadang rasa sihat kadang rasa penat. Saya pun tak tau macam mana sebenarnya."

"Selera makan macam mana?"

"Kadang rasa macam nak makan sekawah tapi kadang rasa macam tak nak makan apa-apa langsung."

Tiba-tiba doktor depan aku ketawa. Bersungguh-sungguh ketawa.

"Err...doktor okay ke?"

"Encik Shahrul, patutlah Doktor Husin tu bagi kes awak pada saya. Siap kata lagi yang kalau saya ambil alih kes awak ni secara tak langsung stres saya hilang. Baru sekarang saya percaya,"jelasnya dengan tawa yang masih bersisa.

Apa benda doktor ni mengarut. Aku salah bilik ke apa?

"Doktor, saya tak faham."

"Oh tak apa. Awak tak payah faham pun tak apa. By the way, nama saya Maisara. Awak boleh panggil saya Doktor Sarah."

Aku senyum sendiri. Boleh tahan masuk air doktor sorang ini. Lalu aku perkenalkan diri aku macam yang korang baca dekat prolog tadi. Oh,doktor ini sebaya aku rupanya. Dia juga masih single! Okay. This is over. Itu doktor kau Arul!

Selepas itu aku menjalani beberapa ujian kesihatan. Rutin yang aku selalu buat. Sebelum balik, beberapa pek ubat dibekalkan kepada aku. Aku pun tak sure aku akan makan atau tak memandangkan kat rumah aku tu ubat-ubatan ni semua aku sepah merata.

Aku benci ubat. Aku benci barah yang dah tahun hidup dalam badan aku ni.

Selesai semua, aku meminta diri untuk balik. Tapi sebelum aku meninggal doktor muda tadi, dia melaungkan nama aku membuatkan aku berpaling ke belakang.

"Arul. No fon awak apa? Boleh ke saya nak simpan?"

Auuuuwwww! Aku kena ngorat ke ni? Ehem ehem! Aku menyeluk saku seluar lalu menarik keluar telefon Huawei Best Wei aku.

"Nombor doktor?"

"0183777622."

Aku larikkan jari pada skrin. Nombor doktor itu aku dia. Seketika terdengar ringtone lagu yang aku tak tau lagu apa.

"Thanks. Saya simpan ya?"

"Okay. Saya balik dulu. Bye!"

Kali ini aku turun menggunakan lif. Di luar perkarangan lobi hospital, Pak Li sedang menunggu aku. Sebak sahaja ternampak aku sedang berjalan ke arahnya, Pak Li terus membukakan pintu belakang untuk aku.

"Berapa kali saya cakap Pak Li? Saya nak duduk depan." Pintu belakang aku tutup. Pak Li terkulat-kulat memandang aku.

"Tak tuan, saya..."

"Tak apa Pak Li. Kalau saya naik kereta dengan Pak Li, saya nak duduk depan. Kita sama je Pak Li. Jangan bina tembok besar di depan saya. Dah lah. Jom! Saya lapar ni."Kataku sambil mengambil tempat di kerusi penumpang hadapan.

"Ya tuan. Jom, jom!"

Hari itu telah berlalu dengan baik. Tiada apa yabg tak best berlaku. Kesihatan juga baik. Mungkin sebab dapat tengok muka doktor comel tadi.

Sampai sahaja di rumah, aku terus menuju ke kamar. Niat di hati ingin berbaring sebentar. Penat seharian di luar. Saat aku ingin merebahkan kepala di bantal, pintu bilik aku dibuka dari luar. Along segera meluru ke arah aku. Satu tamparan kuat hinggap ke wajah. Perit! Aku pipi yang terasa sakit. Pandangan mata masa yang sama berpinar. Aku ingin melawan atau setidak-tidaknya menjerit ke arah Along. Baju kiri terasa basah. Aku sapu dan kelihatan darah meleleh keluar dari lubang telinga. Ini bukan petanda yang baik.

"Adik tak guna!"jeritnya sekuat hati.

"Shahrul Amsyar!"jerit Mak Long pula.

Selepas itu, segala imej di depan mata kian kabur. Gelap. Padam.

Hidup Dalam MatiWhere stories live. Discover now