BAB 7

162 3 5
                                    

Setelah siap berkemas, mereka berempat turun ke lobi untuk mendaftar keluar di kaunter pendaftaran. Baru hendak membawa beg galas masing-masing yang diletakkan dalam troli. Keluar seorang wanita Inggeris daripada lif. Dia turut menyeret dua bagasi pinknya yang sederhana besar.

Atiqah dan Ain beralih ke tepi sedikit apabila wanita itu juga menghampiri kaunter pendaftaran. Ain dan Atiqah sedang berbual dengan kakak yang menjaga kaunter itu. Seorang lelaki tiba-tiba menegurnya daripada belakang. Mereka berbual dalam bahasa inggeris sekejap. Wanita itu menunjuk ke arah sebuah bagasi pink miliknya yang diletakkan bersebelahan sofa di situ. Lelaki itu mengambil bagasi, lalu terus membawanya keluar.

"Sila tandatangan sini ye. Semua bayaran penginapan sudah dibayar", senyum Kak Nabila yang menjaga kaunter pendaftaran.

"Eh, yeke? Siapa yang bayar? Serius ke ni kak?", Atiqah kehairanan. Masih tidak percaya ada orang yang sanggup membayar penginapan mereka. Sudahlah tiket kapal terbang pun pak cik Afieq yang belanja.

"Sudah dik. Ada seorang abang ni, dia pergi ke kaunter, cakap dia nak bersedekahlah apalah. Dia nak bayar tetamulah. Kami dah tolak tapi dia berkeras nak. Jadi kami suruhlah pilih. Dia pilih bilik kau berempat", terang Kak Nabila sambil menuding jarinya ke komputer di situ. Mereka pun tidak tahu kenapa.

"Alhamdulillah, untunglah kita kan," ujar Aziz. Afieq pun turut menggangguk, daripada semalam sampai hari ini, mereka berempat langsung tidak perlu mengeluarkan duit dalam pengangkutan dan penginapan. Murah betul rezeki!

"Flight pukul berapa nanti?," tanya Kak Nabila lagi. Perempuan yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu menyangka yang mereka akan balik pada sebelah petang.

"Eh taklah kak. Kami masih seminggu lagi kat sini. Hari ni nak pergi ke Sri Aman pulak. Kami ada tugasan kajian yang perlu disiapkan berkaitan dengan kawasan di situ.", terang Aziz.

Meskipun perempuan Inggeris itu sedang sibuk menulis sesuatu atas buku nota kecilnya, tetapi dia sempat mencuri dengar perbualan mereka. Dia menegur Atiqah yang sejak daripada tadi mendiamkan diri mendengar perbualan mereka berempat.

"Saya nak tanya, kamu berempat nak pergi ke Sri Aman ke nanti? ", tanya perempuan Inggeris itu kepada Atiqah. Dibukanya cermin mata hitam yang menutupi matanya. Wajahnya yang putih melepah dipadankan lagi dengan bentuk matanya yang cantik. Bedak dimukanya nipis tetapi cukup untuk memukau setiap orang yang memandangnya.

Atiqah terpegun dan hatinya berbisik, "Jadi inilah natural beauty?". Dia masih teringat akan video Youtube yang ditontonnya tentang program model-model daripada Australia yang bagi tips untuk kecantikan. Perempuan Inggeris dihadapannya persis cantik seperti model dalam program itu.

"Minta maaf. Dah ada pengangkutan ke untuk ke sana ke?"

"Eh, akak boleh bercakap bahasa melayu?? Ya, selepas ni lah pergi, nanti kami hentikan teksi atau tengok bas yang mana dapat pergi ke sana kot", Atiqah menjawab selamba, sebenarnya memang dia tidak merancang apa-apa pun untuk perjalanan daripada Kuching ke Sri Aman. Mereka berempat bercadang dengan pihak kaunter nanti

"Ooh saya dah lama berada di Malaysia sebenarnya. Nama saya Elizabeth. Elizabeth Lennor," Elizabeth menghulurkan tangannya, menyalami Atiqah. "Tempat yang saya nak tuju ni pun menggunakan jalan yang sama melalui Sri Aman. Apa kata kau berempat pergi dengan saya. Empat orang cukup kot".

"Eh, tak susahkan akak ke. Barang-barang kami ni banyak kak"

"Eh takdelah, ni je kan barang-barang kamu. Muat kot dalam kereta akak"

"Kak saya bincang dengan kawan-kawan saya dulu ye", Atiqah meninggalkan Elizabeth yang sedang melabuhkan punggung pada sofa yang agak jauh daripada kaunter pendaftaran.

MEMORIWhere stories live. Discover now